Welcome to my blog :)

rss

Jumaat, 28 Oktober 2011

exam dah dekat sangat dah wokk

perghhh gila kentang first time aku nak masuk exam langsung tak ada satu apa dalam kepala. bajet macho sangat dah otak ni kan. bagos2. still. masih blogwalking. masih berfesbuk. masih mencarut ntahapehape tanak baca buku. hoiihhhh. kalau Pn Jamilah tahu ni membebel sakan lah ni. kalah YB berucap time nak mengundi tuh. heh. 


oh ya. budak PMR and UPSR dah raya kan dah abes exam. so ada apa-apa tips untuk kakak ni? erkk. mintak tips dengan budak kecik pon kira bolehlah naa... usahakan tangga kejayaan. hiks! 


belum mintak restu Pn Jamilah dengan Enchik Sabri lagi ni. bila entah nak mintak. tadi dah pelok-pelok dengan chekgu sume. even selalu kena marah sekali-sekali kena pelok pon syok jugakkan? rasalah kasih sayangnye. selama ni rasa nak mengumpat je. hihi. mintak maap ye chekgu2 sekalian anak didikmu tidak sempurna. ada saja yang kurang. namun setiap titik peluh yang diberikan ikhlas dari sekeping hati yang ikhlas ingin menimba sedikit ilmu dari kalian. moga dihalalkan kesemuanya ya.


banyak benda nak kena buat untuk exam. preparation. preparation. preparation. reading bookssssss & fesbuk and memorizing. pharmaco, patology, oral surgery subjek membunuh wajib score. tapi aku rasa boleh lagi kot. kalau dah tanya maksud komunikasi berkesan hampeh kompem aku tak boleh jawab. kadang-kadang dah spot killer subject tapi subject cincai-cincai yang keluar soalan susah  sampai nak pecah otak berterabur atas lantai bilik exam. tak guna betol.
-_-''


last-last, selamat menyambut exam final untuk semua student kolej aku.  maaf zahir dan batin ye. apa? kau ingat nak raya je ke boleh ucap macam ni? hihi. niway, for all those tiny-tiny scratches dekat hati tu sama ada tersengaja atau tertidaksengaja, ampunkanlah ya. banyak marah-marah korang sebab korang degil tanak dengar cakap, acting like all time favourite bitches, please please please forgive me. manusia buat silapkan. erk. korang pon banyak buat silap ngan aku bila nak mintak maap? takkan tunggu raya kottt.... :P


dahla panjang pulak mencarut. nak berchinta pulak tunggu BB saya pulang. apa korang je ada aku takde? see da leglahhhh... licin wooo.. hahaha. nice day peeps. 

=p







p/s: doakan saya lulus exam ya kawan-kawan :)

Sabtu, 17 September 2011

Dah tertulis tapi kita tak pernah nampak..

salam readers. sekian lama menyepi akhirnye muncul kembali *haremnye ayat. =P
sihat ke korang? aku ni macam biasalah malas dah nak cakap. secomel biasa. ahaks. lama tak menulis disini. tapi selalu blogwalking cari info. well. serajin biasa. ahaks lagi. so what's with the title? macam biasa aku punya entri tak pernah berkaitan dengan tajuk. tapi hari ni sumpah aku nak tulis pasal tajuk tu. korang sure-sure tak tertipu lagi. heh. 


dah tertulis tapi kita tak pernah nampak. apa dia. aku tak bagi korang teka teki teka tekuk. aku bercakap pasal takdir dan qada dan qadar. bukan nak tukar jadi ustazah pilihan hari ni. bukan nak bodek masuk rancangan solehah tu. just baru ni sedang aku mengelamun, aku terfikir. kenapa hidup aku macam ni ha? aku buat dosa apa sebenarnya. teruk sangat ke hidup aku? eh tak. ada orang yang hidupnya lagi miserable dari aku. syukur.. 


dulu lepas habis sekolah aku mintak UITM. aku dapat UITM Syah Alam. course jururawat. tapi aku tolak. nak masuk matrix la konon. kononnye top sangatla orang masuk matrik. topla sangatkan. ok. wrong choice. then, tercampak kat UMS. but, tak menyesal sebab UMS even jauh but yet very memorable. kawan. that what matters most bila kita tak tahu arah nak tuju, tak tahu apa pilihan kita, tak tahu apa pegangan kita. syukur lagi.


lepas tu, aku dapat kolej under KKM jugak. Pn Jamilah bagi ayat kaw terbaekkk punya suruh balik. ok. syurga di telapak kaki ibukan. so.. i followwww *ala2 salleh yaakub tu. dah dua tahun masa aku habiskan. then i end up here. tempat yang sangat 'best' giler sampai dah berapa orang tak sempat habiskan pengajian. heh. tanaklah cakap sebab apa. bermodalkan 'sebab aku nak dapat kerja so aku tahan' then adalah aku kat sini sampai sekarang. korang nampak tak? memang aku ditakdirkan untuk jadik nurse pon. tu je aku nak cakap. hihihi. 


aku ni sangatlah tak bersopan santun sangatlah tak berlemah lembut sangatlah tak suka budak-budak. but sometime we need to know that life doesnt flow with our choices. dah termaktub dalam Loh Mahfuz qada dan Qadar kita. Allah knows best. jadi apa yang ada sekarang kita syukur jerla. *syukur jerla lepas habis belajar aku terus dapat kerjakan. err.. nampak sangat ke tak ikhlas? =P




p/s: miss Pn Jamilah. sumpah tak pernah salahkan mama.
p/s: terima kasih kawan-kawan sebab bertahan bersama-sama. 
p/s: nak balikkkkkkkkkkk.. huaaaaaaaaaa :(

bersatu kita teguh bercerai kita kawen lagi~ =P
gambar credit to oyen sunquick

sayang kamo semua. :))




THANK YOU ALLAH!

Sabtu, 13 Ogos 2011

bulan puasa setan kena ikat.


Assalamualaikum wbt.

Hadirin hadirat dihormati sekalian... di bulan ramadhan al-mubarak yang mulia ini, marilah kita sama-sama... eh..eh.. silap siaran.. tukar balik ye

Mak ai lama betol tak hapdate blog, bukan setakat sawang ni boleh tumbuh hutan khatulistiwa dah belog kesayangan saya ni kan? Eventho tiada update kat sini tapi still maintain blogwalking meyh jejalan belog kawan-kawan carik info-info terkini. :)

Erm.. bulan puasa tinggal lagi 2 minggu lebih kurangkan. So persiapan raya macam mana? Biasalah kalau perempuan ofkos dah bersiap awal-awal even puasa tak cukup sebulan pon. Lelaki pulak maybe lambat sikit kot. Ada yang pagi raya baru terkial-kial nak cari baju nak pakai kan? Haha ya saya tahu sebab si masam adik saya pon macam tu.. =.=''

Eh perasan tak cara penulisan agak sopan hari ni?? Hahaha. Ok sambung cerita. :P

Bulan puasa kali ni saya rasa yang paling menguji kesabaran. Saya dah mula merawat pesakit. Rasa macam tak percaya dah 2 bulan sentuh pesakit dan memberi rawatan. Tapi agak mencabar jugaklah sebab pesakit tuh manusia bukan lagi patung yang kami gunakan sebagai latihan sebelum kami merawat pesakit sebenar sebelum ini.

Kolej pon agak menguji keimanan lah bila macam-macam perkara terjadi di luar dugaan. Tapi sabar jerla bulan-bulan puasa ni kan?? Untung-untung dapatlah jugak pahala free. Ceh asek nak harap pahala free jekk..

Oh lambatnya raya! Bukan nak raya sangat pon, nak jumpa bonda ayahanda dan adinda sekalian melepas rinduuu... tipu :P.

Dahla membebel buat masa ni.. bulan puasa ni tak elok cakap banyak. Termengumpat karang dah diskaun pahala puasa kan?  Selamat berbuka semua... siapa-siapa berbuka lauk sedap tu bawakla mai sini kongsi sesama. Yang buka lauk tak sedap tu, sama lah kita. Nak lauk Pn Jamilahhhhhhh!!! 








p/s: bulan puasa orang len kurus kenapa aku gemok?
p/s: kaki kena charlie lagi... hampeh charlie sekarang dah gemuk macam aku, so bisanya berganda-ganda lagi hebat. Mencikkkk!!!!!
p/s: aten kol cakap baju raya dia dah berapa pasang tah. tensen aku. wek!!

Khamis, 21 April 2011

sudah terhantuk baru terngadah




Hari ini aku dapat berita gembira. Gembira sangat-sangat sampai menitis air mata kegembiraan aku. Hoho. Ko ingat senang-senang orang brutal macam aku ni nak mengalirkan air mata? *ceh padahal cengeng.

Tulahhh... dulu suruh buat asaimen ko malas. Sikit-sikit nak tiru orang sikit-sikit nak tiru orang. Pastu mula lah bila orang cakap ramai yang fail ko pulak perasan lebey sampai satu kerja pon ko tak buat hari ni kan???


Tulah.. mama ko dah pesan duk kat sini buat hal ko sudahlah jangan sebok hal orang karang ko jugak yang serabut. Tapi bila orang duk bergosip ko sebok nak mencelah konon takot ketinggalan berita hot lah. Nah! Keluar berita tak syok pasal student fail baru kau serabut perot sampai makan pon takda selera. Kononlah.


Tulahh. Lain kali ko jangan layan orang kuat bergosip tu. tambah-tambah orang tu memang jenis sampai kan cerita tak betol jek 24 jam. Macam dah takde kerja lain. Nak je aku luku-luku kepala tuh. Mengenangkan ko orang tua je. naseb baik saya ni berbudi bahasa orangnya tak marah2 orang tua. :P


Thanks Allah. You knows best.


p/s: terima kasih buat doamu wahai bonda
p/s: maafkan saya tidak sempurna
p/s: congrats kawan2. alhamdullillah masih lagi berkongsi exam room yang sama



ms.fatbrat. please kill urself and dont bother me again. sumpah menyampah. syuhh! :P



nurul shamimi sila pergi study! Kerja menggatal, menggedik, mengonline, mengecoh, menyenget mengapa lagi dah aku tak tahu.

Nurul shamimi: baik cik senget. Muahaha.

Dahla nak study. Malas nak layan orang gila. :P

Isnin, 18 April 2011

Bosannye jadik student. Nak jadik bini org plak

Wahhhh gila gila gila gila gila gila lame gila tak hapdate blog. Hoho. Tak berkesempatan. *taklah sangat da bukak tenet menghadap benda bukan2 memanglah kan? :P
Bersawang habeh blog ni. Reminds me to my bilik now. Opss.. kantoi pulak bilik macam tongkang pecah yek..

Macam gatal sangat tajuk post aku kan? Tapi.. ada aku kesah? Kan belog gue. Mau tulis apain ya ikutan gue dong. *mencarut ape ntah aku pon tak paham. Hihi.

Berbalik kepada tajuk diatas, sebenarnya, hari ini, melepaknya saya disini adalah untuk hapdate apa yang patot saja. Dan kepada sesiapa yang PERNAH TERsinggah belog aku ni mungkin tahu aku memang suka buat karangan off topic. baca: mengarot meraban.

So sekarang tinggi masih maintain dengan berat yang kian pesat mengembang. Itu sudah lazim bagi aku ni. Makan @ mentekedarah secara tepatnya adalah hobi yang memang tak boleh diubah sejak dari azali lagi. Bersenam adalah sangat mustahil kerana malasnya tahap memang tak boleh nak ditahapkan lagilah. Kalau boleh nak je aku haramkan bersenam tuh dalam kamus hidup aku. Tapi apakan daya, kadang2 gatal jugak kaki pergi ikot poco2 lah senam robiklah bagai nak rak lepas tu sumbat perot macam tauhu sumbat tak berhengat.

Study? Well. Nak kata apa ya? Baca buku.. malas. Tengok buku... jeling2 jek. Tu pon kalau sudi. Buat asaimen.. erm. Doktor nak bila yek? Minggu depan ea? Tahun depan insyaallah aku anta kalau aku buat. Apa? Ko dah buatkan? Alhamdulillah... *macam tulah lebey kurang. Praktikal.. tiap kali nak buat mesti kena baca doa terang hati, doa tenangkan akal pikiran yang kusut doa nak g perang doa macam2 doalah supaya datang motivasi dalam diri ni nak mulakan kerja.

Apa nak jadi? Prognosis masalah saya ni agaknya nak kena kawen kot. *tetiba.

Tapi aku rasa masalah aku ni akan selesai minggu depan sebab minggu depan dah study week. So aku akan jadik macam robot sebab study last minit. Kawan2 aku akan mula mempersoalkan soalan seperti: mi ko baca buku mi? Buang tebiat ke mi? Lepastu mula meraba dahi nak tengok suhu naik ke tak. Dan aku mesti jadik gila meroyan lepas tu sebab tensen belajar tak habes tapi exam dah nak dekat tak tahu nak jawab apa. Lepas tu tak abeh2 bentang sejadah mintak doa *tawakalla kunun  sebab tak dan dah nak buat apa2 lagi. usaha takde mana pon tawakal jek yang lebey. 

Moral of the story is: kawan2 sila jangan makan macam saya sebab nanti jadi gemok macam dipam-pam tapi saya takpe sebab saya comel sebegitu. Hakhak

Moral of the story 2: silalah rajin2kan diri belajar kawan2. final dah dekat. Ko nak ke balik rumah tanam anggur tunggu orang masuk minang pastu kawen ngan orang tua tak laku tinggal kat hujung kampung tu?? *ayat mama aku kalau mengugut. (-_-'')

Dahla. Nak tido. 




macam biasa. haruslah menyempitkan?
p/s: mood: sedang ingain bercinta :)

Khamis, 10 Februari 2011

konversasi lebat cetus ilham politikus usang

Minggu penad sangat. Homesick sangat. Aku rasa aku comel sangat. *tetibe


Sedang duk berangan nak kawen termenung mengenang masa depan yang malap, aku tiba-tiba sengih sorang-sorang macam kerang busuk. Memang agak kegemaran lah tabiat ini lately. Sindrom nak gila ni. Merbahaya. Tapi aku peduli apa. Suka hati akulah nak termenung pastu senyum sorang sampai subuh pon. Aku tak kacau orang. Aku kacau bilau je. haha


Sebab apa sengih? Aku teringat En. Sabri lah. Ini peristiwanya.


En. Sabri ada sebuah besi buruk kereta yang agak lama usianya. Kereta tuh digunakan since aku sekolah Form 2 lagi. So memang dia sayang sangat kereta tuh. Walaupon kereta tuh dah berapa kali aku calarkan, aku langgar orang, aku langgar tiang, kemek sana sini, dia tetap taknak beli kereta lain jugak. Bukan takda duit nak tukar kereta. Tapi dia tetap nak kereta yang tuh jugak. Aku langgar tiang bukan aku yang dijengah, rela dia usap-usap kereta tuh tanya ada apa-apa ke tak. Kalau kereta tuh hidup, agaknya dia pon naik heran aku rasa.


Alkisah, baru ni kereta tuh rosak taknak hidup. Papa bawaklah ke pomen (mekanik) untuk mengubati penyakit sawan kereta tersebut. Then, lepas 2 hari pomen tuh call beliau suruh amek kereta. Dia mintak mama aku hantar dia ngan motor ke rumah pomen tuh. Aku ikot sekali bawak kereta lagi satu. Padahal kalau tiga-tiga naik kereta pon takda hal. Nak buat camna. Dah macam 3 stooges pon ada jugak. Sampai jer kat rumah pomen aku tengok papa aku turun dari motor dengan muka merah-merah. Dengan tak bagi salamnya masuk rumah orang amek kunci kat tepi tu lepas tu masuk kereta. Mama aku terpinga-pinga je. lepas tu papa start kereta tuh. Reverse. Then aku dengar mama aku sound. ''kok ye pon jangan la pakai helmet naik kereta tu. macam kura-kura naik proton dah haa''. Aku bantai tergelak. Sebijik macam kura-kura kot. Papa aku sound balik. ‘aku nak berak. Tak tahan’. Terus dia pecut. 170kmj tuh aku rasa.


Aku tengok dia pecut aku followla belakang. Tapi tak sempat sebab dia laju sangat. Bila aku sampai kat rumah, aku tengok kereta buruk tuh dah tersadai depan pintu, aku cari kelibat helmet, tak jumpa. Tetiba masa aku nak pergi dapur papa aku keluar dari tandas dengan muka lega. PAKAI HELMET PERGI BERAK. Orang cakap tutup kepala masa masuk tandas sunat. Hamek kau! Bapak aku bedal helmet terus masuk toilet. Baru kebal. Setan pon tak tercelah. Muahahaha.

sekadar gambar hiasan *ntah mamat jepun mana ntah. muka macam sembelit je. kekeke.






p/s: sila berak dulu sebelum pergi mana-mana. sekian terima kasih. 
p/s: sori tajuk takde kena mengena. :P

Sabtu, 22 Januari 2011

korang kire ini lucah ke??




Korang pernah tak tengah gayut dengan gf @bf @ secret admirer @ peminat korang tetiba korang rasa perut korang memulas-mulas. Aku rasa pernahlah. Mustahillakan korang tak pernah even sekali. Yela. Perasaan nak berak tuh involuntary kot. Tak boleh dikawal. Kalau dah rasa nak berak tak payah nak tahanla der.. kompem tercirit jugak sudahnya. Berbalik kepada topic asal, kalau pernah lah kan.. apa korang cakap pada mereka yang sedang korang gayuti tu? Adakah korang berterus terang cakap ‘aku nak berak kejap’ atau korang akan berdalih je cakap 'ayang t u kol i balik coz i ada kerja sikit.'



Kalau macam aku, aku cakap je aku nak berak. Sumpah. Hahahahha. Siot x entri aku? Bye.





p/s: kaw2 kene tipu dek tajuk eh??
p/s: tak boleh ketidurannnn... :(


Rabu, 12 Januari 2011

pernah jumpa budak nih kat mana2 tak??

ni bukan entri untuk mencari orang ilang. ni entri nak memperkenalkan anak ikan baru mak. mude yaw. baru 14 tahun, tahun ni 15 la kot eh? status persunatan tidak diketahui, status keakilbalighan pon tidak diketahui. tapi mak peduli apa, mak sukee.. i loikeeeeeeee bak kata budak-budak 'geli' zaman sekarang. 





amacam? hensem tak anak ikan mak? hensem kan kan kan?
budak nih nama dia aiman. 
peserta Kamilah Bintang. pernah tengok?
alaaa kat Astro Ceria.
orang-orang innocent cam aku jer tengok Ceria tu. 
korang mesti ukak channel ada orang berbikini ke, ada orang gosip-gosip ke, ada orang main laser ke.. 
aku tak, aku cari channel untuk tatapan budak-budak je. 
maklumlah nak meminimakan dosa. =.=
ok tipu.
penat gaduh ngan tini last-last dia menang sebab dia kipas Pn Jamilah. 
menyampassssss.. seb bek aiman ensem. 
takdelah aku seksa dengar suara budak-budak tak pecah nak tercirit terpekik-pekik atas pentas tuh.
aiman tak, aiman macho. :P




p/s: tak boleh tido, bukak google search anak ikan hensem. cam haram jekkan? hahaha. ada aku kesah? aiman tak kesah. :P

p/s: tengok betol-betol muka aiman dengan muka aku, macam sama padan jek. lalalla
p/s: aiman wayyy better than Justin Bibir! (-_-)v


Khamis, 6 Januari 2011

tribute buat kekasih hati.


Ok. PMS. Harap maklum.


Hati terasa sayu
Mata menjadi kelabu
Lidah seraya kelu
Berkata pun tidak termampu
Air jernih tidak tersapu
Bertanya mengapa begitu
Satu jawapan tidak ketemu
Aku tidak tahu..


Sebelum mencarot panjang-panjang sila bagi salam dulu. Assalamualaikum wbt.


''malam ni langsung tak boleh tidur long. Hati rasa sedih sangat-sangat. Rase macam tak sanggup nak hantar farid kat asrama esok pagi. Terasa kehilangan macam hantar awak dengan fendi dulu''


Pukul 4 pagi. Aku bangun gosok mata. Baca mesej tengok sender: Pn Jamilah. Baca ayat pertama terus terburai air mata aku. Menangis sampai bengkak-bengkak mata nih. Bukan taknak balas ma. Tapi mi tak tahu nak balas apa. Sedih rupanya ma. Ingatkan suka anak dapat belajar tempat bagos-bagos kan? Tapi dalam suka sedih jugak sebab kena tinggal jauh-jauh.  


Kalau aku kat rumah tu mesti malam tu aku masakkan pared sedap-sedap, layan pared macam raja, sayang dia lebih sikit so that esok bila dia nak tinggal aku dia yang nangis dulu. Bolehlah aku coverkan? Eleh baru nak masuk asrama dekat gila jalan kaki pon sampai nak nanges-nanges. Tengok aku, ne campak mana pon rilekkk je. takde pon nak nanges-nanges. Padahal berbaldi air mata tu kalau tadah.


Farid. Ensem. Jambu. Ramai kakak angkat. Tapi koya. Menyampah tapi aku sayang. Pemalas tapi rajin. Gedik tapi macho. Mengade tapi manja. Keras tapi lembut hati. Jahat tapi baik budi. Dia form 3 awek form 5 tapi panggil abang. Geli. Hahaha. Ermm.. ni sesi kutuk adik ke puji adik? Dua-dualah senang. Adik aku, aku punya pasalla kan? Haha


Dear insan yang bernama Farid Hakim,

Insan yang bernama Nurul Shamimi ni just nak cakap, dia rindu saat kamu marah-marah dia, dia rindu saat kamu tarik rambut dia, dia rindu saat kamu gelakkan dia, dia rindu saat kamu gila bersama dia, dia rindu saat dia ajak kamu mengumpat orang lain masa duduk dalam kereta, dia rindu saat kamu masakkan untuk dia bila dia lapar malam2, dia rindu saat kamu amekkan makanan @ minuman sambil membebel cakap dia malas nak amek sendiri, dia rindu semua saat bersama kamu.

Love you so demn freaking machmach!!












p/s: untuk adik-adik yang lain, tunggu korang tinggal aku jauh2 baru aku wat tribute tok korang kat belog keyh. Ceh padahal adik ada 3 jek pon. muahahaha


p/s: sian mama mesti dah tak tahu nak marah sape dah kat rumah tu..


p/s: bila ada depan mata kita tak sedar berharganya dia.

Sabtu, 1 Januari 2011

cerita toyol di tahun baru.


Okeh aku tulis entri ini pada Satu Januari 2011. Lokasi: 1202, KLPM. Mood: belia benci kolej. Haha. Lambat post sebab: berukband macam taik!

Sumpah rindu anak beranak aku kat kampung. Kucing tok aku si puteh tu pon aku boleh rindu sedangkan masa ada depan mata aku sepak terajang caci maki je. betulla orang kata. Jauh di mata dekat dihati. dekat dimata dekat dikaki. huhu


Semalam baru sampai kolej. Sedangkan the day before yesterday aku dah sampai penang dah. Bukak je pintu bilik terus diterpa angin rindu. *ceh ayat haram kuaq dahh.. haha. Rindu kat kampung. Terduduk jap atas katil. Pepel sungguh katil aku. Gerutu aku dalam hati. Apa kaitan dengan rindu? Aku pon tak tahu..


Arini aku lalui dengan penuh keazaman. Yerla ari ni kan Satu Januari, mesti semua orang muke poyo jer azam baru penuh didada. Azam tahun lepas entah dah buat ke belum. Biasalah. Manusia. Memandangkan aku pon manusia maka Aku pon sama. Muka memang berazam gila. Muka aku ni kalau berazam memang macam lebih hangat daripada biasa. Oh. Terperasan plak. Hiks!


menyempit


Azam apa aku tahun ni yer? Erm. Tahun ni nak beli kereta. Eh tak boleh. Tak keje lagi. Nak beli rumah. Erm. Tak boleh gak takde gaji takleyh wat loan. Nak jadi best student? Best student tuh ape hah? Nak jadi orang lebih baik?? Hampeh. Perangai baik sikit dari setan kot. Haha. Nak kurus?? Takyah mimpilah. Sepuluh tahun dah berazam nak kurus tak kurus-kurus pon. Nak jadi ape lagi... erm. Okeh. Aku nak jadi batman ah tahun ni. Eh.eh. batwoman. Apa salahnya berazam yang mustahil sedangkan yang mustahil pon susah nak dimustahilkan. Okeh ayat keling sekian terima kasih.


Esok dah kelas sumpah malas nak pergi. Plus terlibat orientasi budak-budak baru masuk kesian asek kena marah jer diorang. Erm. Yang hensem, jambu, muke innocent baik nak mati rasa macam nak ngorat pon ramai jugak. Aishhh.. rambang mata eden. Eden jerla. Diorang tuh sampai juling mata pon tak nampak der eden ni ha... yerla. Pipiku tak segebu.. muka ku tak seayu.. pinggangku tak seramping itu.. hukhuk.


So kesimpulannya disini ialah selamat tahun baru. Entri ini ditujukan khas buat semua yang mengenali serenade senget, a.k.a mimi senget, especially buat kawan-kawan sengal, Mr. Turtle yang berubah status Toyol, mamapapa, adik-adik dan follower terchenta dandan jek nak chenta bagai dan sesiapa sahaja yang membaca belog saya ketika ini. sekian terima kasih. Peace!

wajah kesayangan hamba. rindu kamu semua. T___T








p/s: dulu masa sekolah cikgu cakap aku terer buat karangan mengarut lari topik kalau karangan 350 patah perkataan aku boleh drag jadi 3500 perkataan tapi setiap perenggan takde kaitan pon. Whooahhhh.. handal tak? Handal tak? WTF!

p/s: perkataan toyol ada satu kot. wah peningkatan mendadak nih. hiks! jangan marah :)







Related Posts with Thumbnails