Welcome to my blog :)

rss

Sabtu, 13 Ogos 2011

bulan puasa setan kena ikat.


Assalamualaikum wbt.

Hadirin hadirat dihormati sekalian... di bulan ramadhan al-mubarak yang mulia ini, marilah kita sama-sama... eh..eh.. silap siaran.. tukar balik ye

Mak ai lama betol tak hapdate blog, bukan setakat sawang ni boleh tumbuh hutan khatulistiwa dah belog kesayangan saya ni kan? Eventho tiada update kat sini tapi still maintain blogwalking meyh jejalan belog kawan-kawan carik info-info terkini. :)

Erm.. bulan puasa tinggal lagi 2 minggu lebih kurangkan. So persiapan raya macam mana? Biasalah kalau perempuan ofkos dah bersiap awal-awal even puasa tak cukup sebulan pon. Lelaki pulak maybe lambat sikit kot. Ada yang pagi raya baru terkial-kial nak cari baju nak pakai kan? Haha ya saya tahu sebab si masam adik saya pon macam tu.. =.=''

Eh perasan tak cara penulisan agak sopan hari ni?? Hahaha. Ok sambung cerita. :P

Bulan puasa kali ni saya rasa yang paling menguji kesabaran. Saya dah mula merawat pesakit. Rasa macam tak percaya dah 2 bulan sentuh pesakit dan memberi rawatan. Tapi agak mencabar jugaklah sebab pesakit tuh manusia bukan lagi patung yang kami gunakan sebagai latihan sebelum kami merawat pesakit sebenar sebelum ini.

Kolej pon agak menguji keimanan lah bila macam-macam perkara terjadi di luar dugaan. Tapi sabar jerla bulan-bulan puasa ni kan?? Untung-untung dapatlah jugak pahala free. Ceh asek nak harap pahala free jekk..

Oh lambatnya raya! Bukan nak raya sangat pon, nak jumpa bonda ayahanda dan adinda sekalian melepas rinduuu... tipu :P.

Dahla membebel buat masa ni.. bulan puasa ni tak elok cakap banyak. Termengumpat karang dah diskaun pahala puasa kan?  Selamat berbuka semua... siapa-siapa berbuka lauk sedap tu bawakla mai sini kongsi sesama. Yang buka lauk tak sedap tu, sama lah kita. Nak lauk Pn Jamilahhhhhhh!!! 








p/s: bulan puasa orang len kurus kenapa aku gemok?
p/s: kaki kena charlie lagi... hampeh charlie sekarang dah gemuk macam aku, so bisanya berganda-ganda lagi hebat. Mencikkkk!!!!!
p/s: aten kol cakap baju raya dia dah berapa pasang tah. tensen aku. wek!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts with Thumbnails