Welcome to my blog :)

rss
Memaparkan catatan dengan label kolej pergigian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kolej pergigian. Papar semua catatan

Isnin, 18 April 2011

Bosannye jadik student. Nak jadik bini org plak

Wahhhh gila gila gila gila gila gila lame gila tak hapdate blog. Hoho. Tak berkesempatan. *taklah sangat da bukak tenet menghadap benda bukan2 memanglah kan? :P
Bersawang habeh blog ni. Reminds me to my bilik now. Opss.. kantoi pulak bilik macam tongkang pecah yek..

Macam gatal sangat tajuk post aku kan? Tapi.. ada aku kesah? Kan belog gue. Mau tulis apain ya ikutan gue dong. *mencarut ape ntah aku pon tak paham. Hihi.

Berbalik kepada tajuk diatas, sebenarnya, hari ini, melepaknya saya disini adalah untuk hapdate apa yang patot saja. Dan kepada sesiapa yang PERNAH TERsinggah belog aku ni mungkin tahu aku memang suka buat karangan off topic. baca: mengarot meraban.

So sekarang tinggi masih maintain dengan berat yang kian pesat mengembang. Itu sudah lazim bagi aku ni. Makan @ mentekedarah secara tepatnya adalah hobi yang memang tak boleh diubah sejak dari azali lagi. Bersenam adalah sangat mustahil kerana malasnya tahap memang tak boleh nak ditahapkan lagilah. Kalau boleh nak je aku haramkan bersenam tuh dalam kamus hidup aku. Tapi apakan daya, kadang2 gatal jugak kaki pergi ikot poco2 lah senam robiklah bagai nak rak lepas tu sumbat perot macam tauhu sumbat tak berhengat.

Study? Well. Nak kata apa ya? Baca buku.. malas. Tengok buku... jeling2 jek. Tu pon kalau sudi. Buat asaimen.. erm. Doktor nak bila yek? Minggu depan ea? Tahun depan insyaallah aku anta kalau aku buat. Apa? Ko dah buatkan? Alhamdulillah... *macam tulah lebey kurang. Praktikal.. tiap kali nak buat mesti kena baca doa terang hati, doa tenangkan akal pikiran yang kusut doa nak g perang doa macam2 doalah supaya datang motivasi dalam diri ni nak mulakan kerja.

Apa nak jadi? Prognosis masalah saya ni agaknya nak kena kawen kot. *tetiba.

Tapi aku rasa masalah aku ni akan selesai minggu depan sebab minggu depan dah study week. So aku akan jadik macam robot sebab study last minit. Kawan2 aku akan mula mempersoalkan soalan seperti: mi ko baca buku mi? Buang tebiat ke mi? Lepastu mula meraba dahi nak tengok suhu naik ke tak. Dan aku mesti jadik gila meroyan lepas tu sebab tensen belajar tak habes tapi exam dah nak dekat tak tahu nak jawab apa. Lepas tu tak abeh2 bentang sejadah mintak doa *tawakalla kunun  sebab tak dan dah nak buat apa2 lagi. usaha takde mana pon tawakal jek yang lebey. 

Moral of the story is: kawan2 sila jangan makan macam saya sebab nanti jadi gemok macam dipam-pam tapi saya takpe sebab saya comel sebegitu. Hakhak

Moral of the story 2: silalah rajin2kan diri belajar kawan2. final dah dekat. Ko nak ke balik rumah tanam anggur tunggu orang masuk minang pastu kawen ngan orang tua tak laku tinggal kat hujung kampung tu?? *ayat mama aku kalau mengugut. (-_-'')

Dahla. Nak tido. 




macam biasa. haruslah menyempitkan?
p/s: mood: sedang ingain bercinta :)

Sabtu, 1 Januari 2011

cerita toyol di tahun baru.


Okeh aku tulis entri ini pada Satu Januari 2011. Lokasi: 1202, KLPM. Mood: belia benci kolej. Haha. Lambat post sebab: berukband macam taik!

Sumpah rindu anak beranak aku kat kampung. Kucing tok aku si puteh tu pon aku boleh rindu sedangkan masa ada depan mata aku sepak terajang caci maki je. betulla orang kata. Jauh di mata dekat dihati. dekat dimata dekat dikaki. huhu


Semalam baru sampai kolej. Sedangkan the day before yesterday aku dah sampai penang dah. Bukak je pintu bilik terus diterpa angin rindu. *ceh ayat haram kuaq dahh.. haha. Rindu kat kampung. Terduduk jap atas katil. Pepel sungguh katil aku. Gerutu aku dalam hati. Apa kaitan dengan rindu? Aku pon tak tahu..


Arini aku lalui dengan penuh keazaman. Yerla ari ni kan Satu Januari, mesti semua orang muke poyo jer azam baru penuh didada. Azam tahun lepas entah dah buat ke belum. Biasalah. Manusia. Memandangkan aku pon manusia maka Aku pon sama. Muka memang berazam gila. Muka aku ni kalau berazam memang macam lebih hangat daripada biasa. Oh. Terperasan plak. Hiks!


menyempit


Azam apa aku tahun ni yer? Erm. Tahun ni nak beli kereta. Eh tak boleh. Tak keje lagi. Nak beli rumah. Erm. Tak boleh gak takde gaji takleyh wat loan. Nak jadi best student? Best student tuh ape hah? Nak jadi orang lebih baik?? Hampeh. Perangai baik sikit dari setan kot. Haha. Nak kurus?? Takyah mimpilah. Sepuluh tahun dah berazam nak kurus tak kurus-kurus pon. Nak jadi ape lagi... erm. Okeh. Aku nak jadi batman ah tahun ni. Eh.eh. batwoman. Apa salahnya berazam yang mustahil sedangkan yang mustahil pon susah nak dimustahilkan. Okeh ayat keling sekian terima kasih.


Esok dah kelas sumpah malas nak pergi. Plus terlibat orientasi budak-budak baru masuk kesian asek kena marah jer diorang. Erm. Yang hensem, jambu, muke innocent baik nak mati rasa macam nak ngorat pon ramai jugak. Aishhh.. rambang mata eden. Eden jerla. Diorang tuh sampai juling mata pon tak nampak der eden ni ha... yerla. Pipiku tak segebu.. muka ku tak seayu.. pinggangku tak seramping itu.. hukhuk.


So kesimpulannya disini ialah selamat tahun baru. Entri ini ditujukan khas buat semua yang mengenali serenade senget, a.k.a mimi senget, especially buat kawan-kawan sengal, Mr. Turtle yang berubah status Toyol, mamapapa, adik-adik dan follower terchenta dandan jek nak chenta bagai dan sesiapa sahaja yang membaca belog saya ketika ini. sekian terima kasih. Peace!

wajah kesayangan hamba. rindu kamu semua. T___T








p/s: dulu masa sekolah cikgu cakap aku terer buat karangan mengarut lari topik kalau karangan 350 patah perkataan aku boleh drag jadi 3500 perkataan tapi setiap perenggan takde kaitan pon. Whooahhhh.. handal tak? Handal tak? WTF!

p/s: perkataan toyol ada satu kot. wah peningkatan mendadak nih. hiks! jangan marah :)







Rabu, 4 Ogos 2010

kebaikan dan keburukan online.. hapdate blog dan facebook.

heh. kenapa aku punya tajuk macam tajuk karangan darjah 6? aku dah 21 tahun. saiz je maybe adelah sikit macam budak darjah 6. *comel kot. hari ini mari kita mengupas kesan-kesan online terhadap diri sendiri ye kawan-kawan.


bila saya online saya lupa baca buku. fine. saya tipu. saya memang tak mahu baca buku. sem ni got 12 subject OMG very-very tough one. macam otak boleh dapat muscle tegar-tegar kalau baca 12 modul tebal macam balak tuh.

bila blogwalking terus lupa dunia. boyfie ditinggalkan. sekandal diabaikan. kekasih gelap terhalalkan. baca blog sangat tekun sampaikan kalau ada soalan kefahaman lepas tiap entri saya yakin saya boleh dapat full mark. demn! kalau dulu macam ni masa sekolah, maybe aku dapat 5A UPSR, 8A PMR dan 10A SPM. maybe sekarang aku kat OXFORD ke an? xde ah kat kolej mental dental nih -_-''.

kalau bukak FB mesti akan mencarut dengan rakan-rakan FB dekat wall. yang tak tahan akan ada kawan-kawan yg bukak topik sama kat wall dia lepas tu hantar komen: 'komen kat wall aku pulak'. sengal tak kawan-kawan??

bukak FB mesti sampai tak sedar dah 2 @ 3 pagi. tomorrow got lecture so sape-sape yg berbalas komen kat wall tuh mesti masa lecture sekor-sekor macam kena tembak jepun oh.. banzai!

kalau sakit hati mesti on the spot terus publish kat wall mencarut-carut. tapi besh kot dapat meluahkan perasaan sambil mengumpat secara online. heh.


ok. aku mencarot lagi. sekian terima kasih. aku nak bukak modul. baca betul-betul. bukak je. haramjadah (~_~)v

 muka moyong wat-wat xde asaimen. *pemalas tapi online sangat rajin*



p/s: saya suka life saya sekarang. staf macam haram. ok. mulut aku mulut puaka. so what?? nak saman? silakan.




Isnin, 19 Julai 2010

bila seorang ibu bersuara

aku duduk terbaring penat. duduk ke baring? mana-mana jelah. tapi aku memang penat. tiba-tiba aku teringat. aku ada cakap dengan Pn Jamilah, aku takde baju nak pakai pergi kelas sebab hari tu aku ingat aku boleh pakai uniform. so, aku mintak Pn Jamilah poskan. dah 3 hari, kompem baju aku dah sampai. aku bingkas bangun sarung seluar and keluar pergi tingkat 1. 


aku tinggal tingkat 12. masa aku naik lif, tiba-tiba tingkat 4 lif berhenti. pintu terbukak. tapi takda orang. sunyi, sepi, hanya aku dan lif. aku tekan button lif untuk tutup pintu. pintu tertutup. tapi terbukak balik. eh tutup balik. alamak dia bukak balik lah. dalam aku dah sumpah seranah lif tu. sial betul. kat tingkat 4 yang takde oranglah kau nak buat hal. tiba-tiba mulut puaka aku ni terkata, ''hai mambang kau main lif mambang..'' bulu roma aku menegak macam pakai tancho! terus aku bukak langkah katik seribu berlari ke tangga turun tingkat 1.


dah settle ambil barang, aku naik ke bilik. kali ni aku tunggu orang lain. aku taknak naik lif sorang-sorang lagi dah. buatnya mambang lif ngorat aku, ajak aku dating kat komtar ke haru aku dibuatnya. sampai bilik aku call Pn Jamilah. aku cerita satu persatu pengalaman aku tadi. lantas Pn Jamilah berkata.

'mambang tuh bosan nengok muka ko. asek nak main lif je. cuba turun tangga. buang sikit lemak tuh. pemalas. kan dah kena kacau. setan suka orang malas ni.'

oh bonda... anakanda di tingkat 12 bonda.. bagaimana bisa anakanda turun naik guna tangga. nanti longgaq kepala lutut, wang hantaran kena diskaun mahukah dikau wahai bonda??


sambil sembang aku bukak bungkusan pos tu. mak ai. banyaknya baju Pn Jamilah pos. macam nak suruh aku pindah terus kolej mental dental ni.


'ma.. banyaknye baju?'

'dah tu.. ari tu kata tak dak baju nak pakai. pos ah semua. senang. takde nak pos banyak-banyak kali. ko ingat ko jen kena ngorat ngan mambang. aku pon kena ngorat ngan mambang posmen jugak.'

ok fine. kalau aku cakap banyak-banyak nanti makin kecoh Pn Jamilah kita tu. last-last Pn Jamilah tanya duit belanja ada tak. aku cakap ada. anak dia kan tokey.


'hah? tokey? ko jual ape?'

'alah ma. jual topup ah. kan dah lama mi jual'

'ohh.. ingatkan jual tahik idong. jangan tau. haram. tak berkat hidup nanti'

ok. so, moral of the story hari ni, jangan jual tahi idong, nanti hidup tak berkat ye kawan-kawan. hahaha =P

si gemuk dan Pn Jamilah rock-rock gtu. haha LoL



p/s: rindu Pn Jamilah saya, Tok Mek saya dan adik-adik saya soooooo much!!
Related Posts with Thumbnails