Welcome to my blog :)

rss
Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label anak. Papar semua catatan

Khamis, 6 Januari 2011

tribute buat kekasih hati.


Ok. PMS. Harap maklum.


Hati terasa sayu
Mata menjadi kelabu
Lidah seraya kelu
Berkata pun tidak termampu
Air jernih tidak tersapu
Bertanya mengapa begitu
Satu jawapan tidak ketemu
Aku tidak tahu..


Sebelum mencarot panjang-panjang sila bagi salam dulu. Assalamualaikum wbt.


''malam ni langsung tak boleh tidur long. Hati rasa sedih sangat-sangat. Rase macam tak sanggup nak hantar farid kat asrama esok pagi. Terasa kehilangan macam hantar awak dengan fendi dulu''


Pukul 4 pagi. Aku bangun gosok mata. Baca mesej tengok sender: Pn Jamilah. Baca ayat pertama terus terburai air mata aku. Menangis sampai bengkak-bengkak mata nih. Bukan taknak balas ma. Tapi mi tak tahu nak balas apa. Sedih rupanya ma. Ingatkan suka anak dapat belajar tempat bagos-bagos kan? Tapi dalam suka sedih jugak sebab kena tinggal jauh-jauh.  


Kalau aku kat rumah tu mesti malam tu aku masakkan pared sedap-sedap, layan pared macam raja, sayang dia lebih sikit so that esok bila dia nak tinggal aku dia yang nangis dulu. Bolehlah aku coverkan? Eleh baru nak masuk asrama dekat gila jalan kaki pon sampai nak nanges-nanges. Tengok aku, ne campak mana pon rilekkk je. takde pon nak nanges-nanges. Padahal berbaldi air mata tu kalau tadah.


Farid. Ensem. Jambu. Ramai kakak angkat. Tapi koya. Menyampah tapi aku sayang. Pemalas tapi rajin. Gedik tapi macho. Mengade tapi manja. Keras tapi lembut hati. Jahat tapi baik budi. Dia form 3 awek form 5 tapi panggil abang. Geli. Hahaha. Ermm.. ni sesi kutuk adik ke puji adik? Dua-dualah senang. Adik aku, aku punya pasalla kan? Haha


Dear insan yang bernama Farid Hakim,

Insan yang bernama Nurul Shamimi ni just nak cakap, dia rindu saat kamu marah-marah dia, dia rindu saat kamu tarik rambut dia, dia rindu saat kamu gelakkan dia, dia rindu saat kamu gila bersama dia, dia rindu saat dia ajak kamu mengumpat orang lain masa duduk dalam kereta, dia rindu saat kamu masakkan untuk dia bila dia lapar malam2, dia rindu saat kamu amekkan makanan @ minuman sambil membebel cakap dia malas nak amek sendiri, dia rindu semua saat bersama kamu.

Love you so demn freaking machmach!!












p/s: untuk adik-adik yang lain, tunggu korang tinggal aku jauh2 baru aku wat tribute tok korang kat belog keyh. Ceh padahal adik ada 3 jek pon. muahahaha


p/s: sian mama mesti dah tak tahu nak marah sape dah kat rumah tu..


p/s: bila ada depan mata kita tak sedar berharganya dia.

Selasa, 11 Mei 2010

Tribute untuk mama

Mama.. mi sayang mama. Tapi, banyaknye dosa mi dengan mama kan? Mi pernah tinggi suara, mi pernah buat mama nangis, mi pernah buat mama marah.. tak cukup lagi ke mi buat mama sakit separuh mati masa mi nak keluar melihat dunia dulu?


Mama.. mi tahu.. banyak insan dalam dunia ni, mana boleh menandingi mama seorang. Mama yang terbaik yang pernah tuhan bagi pada mi. Dalam dunia ni, mi ada ramai kawan. Mi kenal ramai orang. Tapi tak satu pon yang sama ngan mama. Mama sentiasa ada. Tak kira masa. Kawan- kawan ada yang macam tu ke?


Mama.. mi rasa, mi dah banyak menyusahkan mama. Dari mi sekecil tapak tangan sampailah sekarang, sebesar anak gajah ni. Penatkan mama? Melayankan kerenah anak- anak mama ni. Tiap kali mi cakap mi mintak maaf sebab nyusahkan mama, mesti mama cakap, takpe.. mama kan mama?


Mama pernah cakap, mak sorang boleh jaga anak sepuluh orang. Anak sepuloh orang belum tentu boleh jaga mak sorang. Kenapa mama cakap macam tu? Mama tak caya ke mi dan adik- adik akan jaga mama esok-esok bila kami dah besar? Kalau pon mama tak caya, takpe. Tapi mi janji. Mi jaga mama sampai bila- bila pon. Mi takot mi tak sempat je ma.. kot- kot mi yang pergi dulu manalah tahu kan? Mama janganlah risau. Mama kan baik.. anak- anak mama mesti baik macam mama. Mesti kami jaga mama.


Mama.. mama sayang mi kan? Mi tahu. Mama membebel pon, lepas tu mesti mama masak sedap-sedap, tak pun mesti mama ajak jalan. mama rasa bersalahkan? Mama tak perlu rasa macam tu ma. Mama takkan nak membebel, nak marah tanpa sebab kan ma? Tapi nak buat camne.. hati amma lembut. Alahan dengan anak- anak sendiri.


Mama.. mi bersyukur sangat. Tuhan bagi mama kat mi. Kalau boleh mi nak mama tengok mi jadi mama. Tapi mama kena kasi mi kawen dulu lah. Hihi.. mi harap sangat cucu mama nanti macam mama. Cekal macam mama, cantik macam mama, kuat macam mama, rajin macam mama..... mi taknak cucu mama ikot mi. Sebab mi jahat, mi lalai, mi alpa. Mi nak mereka jadi orang berguna bila mereja dah besar nanti. Mama doakan untuk mi ye mama?


Mama.. andai boleh ditukar ganti nyawa kita, mi nak gantikan mama waktu mama sakit.. waktu mama susah.. waktu mama sedih.. waktu mama rasa mama tak nak berada dalam situasi itu. Biarlah mi yang rasa semua. Tapi, mama mesti doakan mama yang ganti tempat anak- anak mama kan? Mama nak tengok anak mama bahagia selalu walaupun diri sendiri merana. Muliakan hati mama? Moga syurga tempat mama.


Mama.. selamat hari ibu mama. Mi dan adik- adik sayang mama sangat- sangat. Moga mama terus berada di sisi kami menempuh alam hidup yang kian lama kian mencabar ni. Moga mama terus bersama kami mengecap bahagia. Moga mama terus bersama kami menjadi tunggak kejayaan kami ye mama. Love you mama.






Sekian.. buat Pn Jamilah Abdullah






p/s: aku baru balik dari trip ngan si tikus! weee~ so lambat sket wat entri tok mama ni :)
Related Posts with Thumbnails