Welcome to my blog :)

rss
Memaparkan catatan dengan label facebook. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label facebook. Papar semua catatan

Jumaat, 28 Oktober 2011

exam dah dekat sangat dah wokk

perghhh gila kentang first time aku nak masuk exam langsung tak ada satu apa dalam kepala. bajet macho sangat dah otak ni kan. bagos2. still. masih blogwalking. masih berfesbuk. masih mencarut ntahapehape tanak baca buku. hoiihhhh. kalau Pn Jamilah tahu ni membebel sakan lah ni. kalah YB berucap time nak mengundi tuh. heh. 


oh ya. budak PMR and UPSR dah raya kan dah abes exam. so ada apa-apa tips untuk kakak ni? erkk. mintak tips dengan budak kecik pon kira bolehlah naa... usahakan tangga kejayaan. hiks! 


belum mintak restu Pn Jamilah dengan Enchik Sabri lagi ni. bila entah nak mintak. tadi dah pelok-pelok dengan chekgu sume. even selalu kena marah sekali-sekali kena pelok pon syok jugakkan? rasalah kasih sayangnye. selama ni rasa nak mengumpat je. hihi. mintak maap ye chekgu2 sekalian anak didikmu tidak sempurna. ada saja yang kurang. namun setiap titik peluh yang diberikan ikhlas dari sekeping hati yang ikhlas ingin menimba sedikit ilmu dari kalian. moga dihalalkan kesemuanya ya.


banyak benda nak kena buat untuk exam. preparation. preparation. preparation. reading bookssssss & fesbuk and memorizing. pharmaco, patology, oral surgery subjek membunuh wajib score. tapi aku rasa boleh lagi kot. kalau dah tanya maksud komunikasi berkesan hampeh kompem aku tak boleh jawab. kadang-kadang dah spot killer subject tapi subject cincai-cincai yang keluar soalan susah  sampai nak pecah otak berterabur atas lantai bilik exam. tak guna betol.
-_-''


last-last, selamat menyambut exam final untuk semua student kolej aku.  maaf zahir dan batin ye. apa? kau ingat nak raya je ke boleh ucap macam ni? hihi. niway, for all those tiny-tiny scratches dekat hati tu sama ada tersengaja atau tertidaksengaja, ampunkanlah ya. banyak marah-marah korang sebab korang degil tanak dengar cakap, acting like all time favourite bitches, please please please forgive me. manusia buat silapkan. erk. korang pon banyak buat silap ngan aku bila nak mintak maap? takkan tunggu raya kottt.... :P


dahla panjang pulak mencarut. nak berchinta pulak tunggu BB saya pulang. apa korang je ada aku takde? see da leglahhhh... licin wooo.. hahaha. nice day peeps. 

=p







p/s: doakan saya lulus exam ya kawan-kawan :)

Rabu, 4 Ogos 2010

kebaikan dan keburukan online.. hapdate blog dan facebook.

heh. kenapa aku punya tajuk macam tajuk karangan darjah 6? aku dah 21 tahun. saiz je maybe adelah sikit macam budak darjah 6. *comel kot. hari ini mari kita mengupas kesan-kesan online terhadap diri sendiri ye kawan-kawan.


bila saya online saya lupa baca buku. fine. saya tipu. saya memang tak mahu baca buku. sem ni got 12 subject OMG very-very tough one. macam otak boleh dapat muscle tegar-tegar kalau baca 12 modul tebal macam balak tuh.

bila blogwalking terus lupa dunia. boyfie ditinggalkan. sekandal diabaikan. kekasih gelap terhalalkan. baca blog sangat tekun sampaikan kalau ada soalan kefahaman lepas tiap entri saya yakin saya boleh dapat full mark. demn! kalau dulu macam ni masa sekolah, maybe aku dapat 5A UPSR, 8A PMR dan 10A SPM. maybe sekarang aku kat OXFORD ke an? xde ah kat kolej mental dental nih -_-''.

kalau bukak FB mesti akan mencarut dengan rakan-rakan FB dekat wall. yang tak tahan akan ada kawan-kawan yg bukak topik sama kat wall dia lepas tu hantar komen: 'komen kat wall aku pulak'. sengal tak kawan-kawan??

bukak FB mesti sampai tak sedar dah 2 @ 3 pagi. tomorrow got lecture so sape-sape yg berbalas komen kat wall tuh mesti masa lecture sekor-sekor macam kena tembak jepun oh.. banzai!

kalau sakit hati mesti on the spot terus publish kat wall mencarut-carut. tapi besh kot dapat meluahkan perasaan sambil mengumpat secara online. heh.


ok. aku mencarot lagi. sekian terima kasih. aku nak bukak modul. baca betul-betul. bukak je. haramjadah (~_~)v

 muka moyong wat-wat xde asaimen. *pemalas tapi online sangat rajin*



p/s: saya suka life saya sekarang. staf macam haram. ok. mulut aku mulut puaka. so what?? nak saman? silakan.




Rabu, 2 Jun 2010

Bulan dah ada 6? Biar betul ni. Aku macam tak caye je.

Korang percaya tak bulan dah ada 6 weyh. Sumpah aku tak tipu. Tadi pagi aku bangun, aku tengok dinding. Kat dinding korang tahu tak ada apa? Ada kalendar ye kawan-kawan. Dan hari ni dah 3/6/2010. Omputih say 3rd june 2010 okeh? So dah masuk bulan 6 dah ye. Camne baru hari ni aku baru perasan neh. Cilakak.


Eh2.. dah bulan 6? Pejam celik pejam celik pejam tak celik-celik dah masuk bulan 6 kan? Makin lama makin kertu rupanya aku ni.. ehem.. bukan aku je.. yang sedang membaca sekarang pon sama yea :P. Sekarang ni cepat betul masa berlalu kan? Kalau setahun tu, rasa sekejap je. Lagi-lagi kalau tengah hangat hangat tahik ayam bercinta. Dah kenal setahun pon rasa macam baru semalam jatuh cinta. Kalau budak-budak bolehlah kata cinta monyet. Kalau dah tua macam ni, cinta kingkong agaknya. Hampeh. Heh


Sebab dah masuk bulan 6, maka dah setengah tahun dah kita dalam tahun 2010 ni. Tapi aku punya azam tahun baru tak tercapai lagi. Jap. Aku ada buat azam ke masa tahun baru hari tu? @_@. Ofkoslah. Aku nak kurus. Heh. Tapi mengikut keadaan aku time ni dan ini, aku rasa aku better lupakan saja hasrat murni aku tuh. Aku rasa aku dah cantik begini (ayat penyedap hati. Sila senyum sinis sekarang -_-'')


Oh ya aku pon ingat nak kahwin tahun ni, tapi memandangkan calon suami satu pon tak ada nak cakap tak laku malu :P so itu pon terpaksa aku lupuskan dari list azam aku yang gatal ni.


ngehngeh muka gatal nak kawen. teehee :P


Dah banyak azam aku terpaksa potong guna liquid paper sebab aku tak mampu laksanakan. Wishlist pulak makin hari makin bertimbun, semua benda nak. Jadi hati-hati bila berazam. Kalau rasa tak boleh sampai ke pangkal lengan janganlah kita menyeluk pekasam. Suka hati aku je modified peribahasa. Sudahlah. Aku nak berhenti merepek. Cakap banyak-banyak nanti kena saman, ada page kat facebook (eleh macamlah femes sangat.poyo.), macam-macam lagi lah. Jom blogwalking. :)







p/s: pedehal ko citer sal azam tahun baru tengah-tengah tahun ni? Tebiat dah?

p/s: yang wat page hate israel kat fb tu korang sedar tak fb tu pon yahudi punye. Lau btul nak hate boikot ah. Tak yah berfesbuk. Boleh?

Isnin, 26 April 2010

ape perasaan korang kalau boy ada girl len kat myspace @ fb @ twitter?


huh! Aku memang ler takleyh nak terima. Terus rasa nak mintak emel and password boy aku sendiri! This happened to my kawan sengal aku. Sangat kesian dol. Tapi nasebla dia da 'bersedia' i means ada plan B dah ada boy lain jugak. heh. tadi dia nak bukak myspace boy dia. Tapi boy dia punya layout yang tak leyh bukak komen tu. So aku pon ajarkan dia. Bukak-bukak je komen tu, HAH! AMEK KO! 

honey2, sayang2, muah2 dengan betina lain siooooottttttt.................

Dengan aku sekali naik geli. Wah3.. Bukan main lagi. Tiap-tiap hari bergayut konon mulut sayang-sayang tak pernah tinggal. Kita ingat muahmuah dia untuk kita je. rupa-rupanya kita share2 dia punya muahmuah tu dengan betina lain... Aku tak nakkkkkK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

bila tanya boy dia, boleh boy dia cakap, 'saya layan dia atas katil ke sampai awak nak hangin macam ni?''

Amboi3.. Banyak cantik mukanya. Menyampah tol. Jantan memang ler cam tu. baca:jantan. Lelaki please jangan terasa okeh? Cuba kalau kita yang kantoi macam tu, aku rasa dah tak cakap banyak dah, terus serang jer kan? Kalau korang, korang rasa apa? Aku rasa geramla!




p/s: kenapa aku yang teremo lebeh? heh :P

p/s: nak je aku suruh boy aku delete fb dia. bia aku sorang je ade fb. boleh tak? hihi.
Related Posts with Thumbnails