Welcome to my blog :)

rss

Sabtu, 1 Januari 2011

cerita toyol di tahun baru.


Okeh aku tulis entri ini pada Satu Januari 2011. Lokasi: 1202, KLPM. Mood: belia benci kolej. Haha. Lambat post sebab: berukband macam taik!

Sumpah rindu anak beranak aku kat kampung. Kucing tok aku si puteh tu pon aku boleh rindu sedangkan masa ada depan mata aku sepak terajang caci maki je. betulla orang kata. Jauh di mata dekat dihati. dekat dimata dekat dikaki. huhu


Semalam baru sampai kolej. Sedangkan the day before yesterday aku dah sampai penang dah. Bukak je pintu bilik terus diterpa angin rindu. *ceh ayat haram kuaq dahh.. haha. Rindu kat kampung. Terduduk jap atas katil. Pepel sungguh katil aku. Gerutu aku dalam hati. Apa kaitan dengan rindu? Aku pon tak tahu..


Arini aku lalui dengan penuh keazaman. Yerla ari ni kan Satu Januari, mesti semua orang muke poyo jer azam baru penuh didada. Azam tahun lepas entah dah buat ke belum. Biasalah. Manusia. Memandangkan aku pon manusia maka Aku pon sama. Muka memang berazam gila. Muka aku ni kalau berazam memang macam lebih hangat daripada biasa. Oh. Terperasan plak. Hiks!


menyempit


Azam apa aku tahun ni yer? Erm. Tahun ni nak beli kereta. Eh tak boleh. Tak keje lagi. Nak beli rumah. Erm. Tak boleh gak takde gaji takleyh wat loan. Nak jadi best student? Best student tuh ape hah? Nak jadi orang lebih baik?? Hampeh. Perangai baik sikit dari setan kot. Haha. Nak kurus?? Takyah mimpilah. Sepuluh tahun dah berazam nak kurus tak kurus-kurus pon. Nak jadi ape lagi... erm. Okeh. Aku nak jadi batman ah tahun ni. Eh.eh. batwoman. Apa salahnya berazam yang mustahil sedangkan yang mustahil pon susah nak dimustahilkan. Okeh ayat keling sekian terima kasih.


Esok dah kelas sumpah malas nak pergi. Plus terlibat orientasi budak-budak baru masuk kesian asek kena marah jer diorang. Erm. Yang hensem, jambu, muke innocent baik nak mati rasa macam nak ngorat pon ramai jugak. Aishhh.. rambang mata eden. Eden jerla. Diorang tuh sampai juling mata pon tak nampak der eden ni ha... yerla. Pipiku tak segebu.. muka ku tak seayu.. pinggangku tak seramping itu.. hukhuk.


So kesimpulannya disini ialah selamat tahun baru. Entri ini ditujukan khas buat semua yang mengenali serenade senget, a.k.a mimi senget, especially buat kawan-kawan sengal, Mr. Turtle yang berubah status Toyol, mamapapa, adik-adik dan follower terchenta dandan jek nak chenta bagai dan sesiapa sahaja yang membaca belog saya ketika ini. sekian terima kasih. Peace!

wajah kesayangan hamba. rindu kamu semua. T___T








p/s: dulu masa sekolah cikgu cakap aku terer buat karangan mengarut lari topik kalau karangan 350 patah perkataan aku boleh drag jadi 3500 perkataan tapi setiap perenggan takde kaitan pon. Whooahhhh.. handal tak? Handal tak? WTF!

p/s: perkataan toyol ada satu kot. wah peningkatan mendadak nih. hiks! jangan marah :)







8 ulasan:

  1. salam...

    dah sambung belajar ker?? blaja elok2...

    BalasPadam
  2. haha. balik kolejla masuk sem baru :). tenkiu kamo!

    BalasPadam
  3. tajuk kontroversi gila . haha :D

    BalasPadam
  4. nak join kelab belia benci kolej!hahah

    BalasPadam
  5. hahaha.. mari2.. kita memeriahkan lagi kelab ini.. :P

    BalasPadam
  6. jom la gi link ni..

    http:// tinyurl.com/aku -dah- kurus

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails