Welcome to my blog :)

rss
Memaparkan catatan dengan label kolej jururawat. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kolej jururawat. Papar semua catatan

Rabu, 4 Ogos 2010

kebaikan dan keburukan online.. hapdate blog dan facebook.

heh. kenapa aku punya tajuk macam tajuk karangan darjah 6? aku dah 21 tahun. saiz je maybe adelah sikit macam budak darjah 6. *comel kot. hari ini mari kita mengupas kesan-kesan online terhadap diri sendiri ye kawan-kawan.


bila saya online saya lupa baca buku. fine. saya tipu. saya memang tak mahu baca buku. sem ni got 12 subject OMG very-very tough one. macam otak boleh dapat muscle tegar-tegar kalau baca 12 modul tebal macam balak tuh.

bila blogwalking terus lupa dunia. boyfie ditinggalkan. sekandal diabaikan. kekasih gelap terhalalkan. baca blog sangat tekun sampaikan kalau ada soalan kefahaman lepas tiap entri saya yakin saya boleh dapat full mark. demn! kalau dulu macam ni masa sekolah, maybe aku dapat 5A UPSR, 8A PMR dan 10A SPM. maybe sekarang aku kat OXFORD ke an? xde ah kat kolej mental dental nih -_-''.

kalau bukak FB mesti akan mencarut dengan rakan-rakan FB dekat wall. yang tak tahan akan ada kawan-kawan yg bukak topik sama kat wall dia lepas tu hantar komen: 'komen kat wall aku pulak'. sengal tak kawan-kawan??

bukak FB mesti sampai tak sedar dah 2 @ 3 pagi. tomorrow got lecture so sape-sape yg berbalas komen kat wall tuh mesti masa lecture sekor-sekor macam kena tembak jepun oh.. banzai!

kalau sakit hati mesti on the spot terus publish kat wall mencarut-carut. tapi besh kot dapat meluahkan perasaan sambil mengumpat secara online. heh.


ok. aku mencarot lagi. sekian terima kasih. aku nak bukak modul. baca betul-betul. bukak je. haramjadah (~_~)v

 muka moyong wat-wat xde asaimen. *pemalas tapi online sangat rajin*



p/s: saya suka life saya sekarang. staf macam haram. ok. mulut aku mulut puaka. so what?? nak saman? silakan.




Isnin, 19 Julai 2010

bila seorang ibu bersuara

aku duduk terbaring penat. duduk ke baring? mana-mana jelah. tapi aku memang penat. tiba-tiba aku teringat. aku ada cakap dengan Pn Jamilah, aku takde baju nak pakai pergi kelas sebab hari tu aku ingat aku boleh pakai uniform. so, aku mintak Pn Jamilah poskan. dah 3 hari, kompem baju aku dah sampai. aku bingkas bangun sarung seluar and keluar pergi tingkat 1. 


aku tinggal tingkat 12. masa aku naik lif, tiba-tiba tingkat 4 lif berhenti. pintu terbukak. tapi takda orang. sunyi, sepi, hanya aku dan lif. aku tekan button lif untuk tutup pintu. pintu tertutup. tapi terbukak balik. eh tutup balik. alamak dia bukak balik lah. dalam aku dah sumpah seranah lif tu. sial betul. kat tingkat 4 yang takde oranglah kau nak buat hal. tiba-tiba mulut puaka aku ni terkata, ''hai mambang kau main lif mambang..'' bulu roma aku menegak macam pakai tancho! terus aku bukak langkah katik seribu berlari ke tangga turun tingkat 1.


dah settle ambil barang, aku naik ke bilik. kali ni aku tunggu orang lain. aku taknak naik lif sorang-sorang lagi dah. buatnya mambang lif ngorat aku, ajak aku dating kat komtar ke haru aku dibuatnya. sampai bilik aku call Pn Jamilah. aku cerita satu persatu pengalaman aku tadi. lantas Pn Jamilah berkata.

'mambang tuh bosan nengok muka ko. asek nak main lif je. cuba turun tangga. buang sikit lemak tuh. pemalas. kan dah kena kacau. setan suka orang malas ni.'

oh bonda... anakanda di tingkat 12 bonda.. bagaimana bisa anakanda turun naik guna tangga. nanti longgaq kepala lutut, wang hantaran kena diskaun mahukah dikau wahai bonda??


sambil sembang aku bukak bungkusan pos tu. mak ai. banyaknya baju Pn Jamilah pos. macam nak suruh aku pindah terus kolej mental dental ni.


'ma.. banyaknye baju?'

'dah tu.. ari tu kata tak dak baju nak pakai. pos ah semua. senang. takde nak pos banyak-banyak kali. ko ingat ko jen kena ngorat ngan mambang. aku pon kena ngorat ngan mambang posmen jugak.'

ok fine. kalau aku cakap banyak-banyak nanti makin kecoh Pn Jamilah kita tu. last-last Pn Jamilah tanya duit belanja ada tak. aku cakap ada. anak dia kan tokey.


'hah? tokey? ko jual ape?'

'alah ma. jual topup ah. kan dah lama mi jual'

'ohh.. ingatkan jual tahik idong. jangan tau. haram. tak berkat hidup nanti'

ok. so, moral of the story hari ni, jangan jual tahi idong, nanti hidup tak berkat ye kawan-kawan. hahaha =P

si gemuk dan Pn Jamilah rock-rock gtu. haha LoL



p/s: rindu Pn Jamilah saya, Tok Mek saya dan adik-adik saya soooooo much!!

Khamis, 8 Julai 2010

nurse medical vs dental nurse


okeh.. aku naik lif. then aku pelik. kenapa lif ni tak macam lif lain? kenapa dinding dia orang tutup dengan papan? kaler pink pulak tuh. aku macam agak tak boleh blah la dengan keadaan ni. curious taw. kadang-kadang ada jugak try intai-intai celah-celah papan tu. manelah tahu diorang saje tutup nak sorok peta harta karun ke, jampi serapah pas exam ke ape kan?

last-last, akhirnya, finally aku dapat tahu jugak setelah hampir setahun aku memendam rasa. rupa-rupanya kat lif tu banyak iklan. hahahaha -_-''
nak tahu iklan apa??


''eleh... setakat korek gigi orang pon nak amek sampai diploma. balikla woiii!!!!''
p/s: sudah baca harap balas ye miss GG =p

''balas: eleh... cuci bontot orang pon nak diploma. korang ah balik! bontot sendiri pon belom tentu cuci!''
p/s: balas ah balik!


dan begitulah mereka ni berbalas=balas 'pantun' sampai habis dinding lif tu. oh. baru aku sedar. betullah. budak medical takda tegur kami sangat. ada perang tradisi rupanya. sengal jugak nurse ni ea? aku ingat lemah lembut kat luar dalam pon macam tulah jugak. rupanya.. hihi.. so sape-sape yang duk gile tengok nurse come-lote nak-nak yang baru masuk praktikal tu, hati-hati ea. mulut puaka semua tu. hahahha! aku pon. eh. bukan part mulut puaka tu. okeh. adalah sikit-sikit. tapi bukan ah. yang part comel tu baru aku. wiki-wiki XD




p/s: aku refer semua nurse. bukan medical or dental sahaja. jangan saman aku! =P

Isnin, 5 Julai 2010

aku disuruhnya mencarot.. ada ke patot..?

ada ke patot disuruhnya aku mencarot. mana boleh? mak aku cakap nanti tuhan kerat lidah. aku kan budak baik. lagipon kau nak suruh aku mencarot apa kat belog aku yang shupan lagik shantun ni? vavi? hissshhhhh... tak baik.. tak baik.. berdosa tau?? kalau berdosa, nanti kena azab. ko nak? aku taknak.. dosa aku yang ada pon dah berazab-azab agaknya. -_-''

okeh. stop shitting. hari ni hari last budak-budak junior orientasi. aku tak. aku junior tua. (taknak ngaku seyh. wtf) hari ni dah ada kelas anatomi pergigian. sekali kakak KPSL cakap Pn Azmah kasik lecture 110km/j. hamek kau. tersentap diorang kejap. satu hape pon tak masuk kepala. ada yang terhegeh-hegeh pergi salin slide show. hello! kami tadi angkat modul berat-berat kasik korang yang korang salin slide show tu apa jadah? adoyai. aku cukup bengang kalau orang tak pandai menghargai kemudahan diberi. dah bagi jamban depan mata, kau pergi berak kat perigi buta nun jauh kat sana. ibarat macam tu lah kan. 

lepas tu, Pn Mag pesan, lantik penghulu. diorang bising-bising pakai pilih ikot sedap je. aku cakap la kat diorang. bukan apa, kesian nanti nak kena tukar-tukar macam dulu sebab tak puas hati kan. padahal sendiri yang pilih. pastu sendiri yang komplen sendiri punya pilihan. kelingkan ayat aku? ade aku kesah?  sekali lepas aku habis cakap, diorang pakat ramai-ramai vote aku jadi penghulu. demn. ko ingat aku promote diri ke kat depan tu dik oi... lepas tu, time kakak ni bebel bagitahu jadual semua terkekek-kekek macam kakak ni duk buat lawak sarkas kat depan. oh junior. kenapalah? mengapakah? kamu gilakah? aku jerit korang melopong buat muka innocent. aku malas nak jerit banyak-banyak. nanti jadi macam dulu kes aku jerit marah budak,KPSL terasa. alahai. hati orang 'senior' ni sensitif sikit kot. so mimi, kena jaga mulut celupar kau tu. mulut ko dahla mulut puaka. heh. 



p/s: stat hari ni, maybe aku akan banyak membebel pasal kolej je kot. bestnye.. nanti boleh kutuk-kutuk orang macam dulu-dulu kat belog. eh. silap. bukan kutuk ye. kritikan membina. =P
p/s: budak-budak KLPM yang follow aku kat sini sila inform ye. mana lah tahu nanti terkutuk korang ke nanti korang lak yang terasa. kalau inform awal-awal takdelah aku nak kutuk. okeh. kan aku cakap aku mulut puaka. heh.

 



Khamis, 1 Julai 2010

malam pertama saya.. sumpah saya nerves! nak nanges pon ada.

oh. saya macam tak percaya. akhirnya datang juga hari ni. saya tak pernah mimpi pon saya akan mengalaminya. i mean, adalah sekali dua kan, tapi tak sangka akhirnya ia betul-betul berlaku. saya malu! saya nerves! saya nanges! ohh... dia tengok saya macam serba salah je. tapi dia faham je, maklumlah malam pertama kan. korang percaya tak saya boleh nanges semalam. hello semalam malam pertama saya. hari yang saya tunggu-tunggu selama ni. kenapa saya nanges??? waddehekla mimi!

okeh. stop. semua ingat aku melucahkan. hahaha. semalam malam pertama aku di KLPM selepas aku bercuti sakit hampir 8 bulan menghabiskan beras masa di rumah. suppose aku happy boleh jumpa kawan-kawan lama yang sekarang dah jadik senior aku. tapi semalam aku sangat-sangat homesick.. rindu shartini yang gedik.rindu farid yang koya semak smart, rindu mama, rindu papa, rindu tok mek yang suka bebel tuh, rindu rumah dan rindu bilik saya! huhu.

tadi dah pergi lapor diri. ramai budak baru(junior) kali ni. pening lah kepala kawan-kawan aku aka senior diorang. muahaha. aku nak gelak je. moga sucsess menjadi senior. janganlah korang jadi senior yang kerek giler macam SESETENGAH senior kita dulu. mintak-mintak diorang tak baca. heh. tadi dah jumpa almost everyone including Dini, Kak Aza, Wanie, Ernie, Afiza, Fazlin, Zie, kak Yani, Mira & Nini, even tengok kat lif je diorang tak nampak aku pon tapi it counts okeh! miss them bangat! aha! benda yang aku wajib tulis kat sini. diorang tanya.. 'mimi kenapa tembam?' okeh respon wajib aku.. orang bahagia duk umah biasalah. dalam hati.... T_T. demn! sila diet mimi!

oh ya lupa nak cakap. junior aku lawa-lawa weyh. esp yang dari sabah sarawak. mak aihhh... cun melecun. kalau nak ngorat sila jadik follower saya. boleh ea macam tu? kekeke. biol si mimi ni. dahla. aku nak mandi. nanti pegi makan lagi. yay! eh tadi bukan aku cakap nak diet ke?? erkk... -_-''

 view from 1202: pulau pinang pepagi celik.

view from 1202: pulau pinang kala senja.

oh ini budak tembam dan roti tisunya! chumel dan tinggiiiiiii.. giler kentang!



p/s: ya allah.. kau permudahkanlah perjalanan ku kali ini..
Related Posts with Thumbnails