Welcome to my blog :)

rss

Isnin, 5 Julai 2010

aku disuruhnya mencarot.. ada ke patot..?

ada ke patot disuruhnya aku mencarot. mana boleh? mak aku cakap nanti tuhan kerat lidah. aku kan budak baik. lagipon kau nak suruh aku mencarot apa kat belog aku yang shupan lagik shantun ni? vavi? hissshhhhh... tak baik.. tak baik.. berdosa tau?? kalau berdosa, nanti kena azab. ko nak? aku taknak.. dosa aku yang ada pon dah berazab-azab agaknya. -_-''

okeh. stop shitting. hari ni hari last budak-budak junior orientasi. aku tak. aku junior tua. (taknak ngaku seyh. wtf) hari ni dah ada kelas anatomi pergigian. sekali kakak KPSL cakap Pn Azmah kasik lecture 110km/j. hamek kau. tersentap diorang kejap. satu hape pon tak masuk kepala. ada yang terhegeh-hegeh pergi salin slide show. hello! kami tadi angkat modul berat-berat kasik korang yang korang salin slide show tu apa jadah? adoyai. aku cukup bengang kalau orang tak pandai menghargai kemudahan diberi. dah bagi jamban depan mata, kau pergi berak kat perigi buta nun jauh kat sana. ibarat macam tu lah kan. 

lepas tu, Pn Mag pesan, lantik penghulu. diorang bising-bising pakai pilih ikot sedap je. aku cakap la kat diorang. bukan apa, kesian nanti nak kena tukar-tukar macam dulu sebab tak puas hati kan. padahal sendiri yang pilih. pastu sendiri yang komplen sendiri punya pilihan. kelingkan ayat aku? ade aku kesah?  sekali lepas aku habis cakap, diorang pakat ramai-ramai vote aku jadi penghulu. demn. ko ingat aku promote diri ke kat depan tu dik oi... lepas tu, time kakak ni bebel bagitahu jadual semua terkekek-kekek macam kakak ni duk buat lawak sarkas kat depan. oh junior. kenapalah? mengapakah? kamu gilakah? aku jerit korang melopong buat muka innocent. aku malas nak jerit banyak-banyak. nanti jadi macam dulu kes aku jerit marah budak,KPSL terasa. alahai. hati orang 'senior' ni sensitif sikit kot. so mimi, kena jaga mulut celupar kau tu. mulut ko dahla mulut puaka. heh. 



p/s: stat hari ni, maybe aku akan banyak membebel pasal kolej je kot. bestnye.. nanti boleh kutuk-kutuk orang macam dulu-dulu kat belog. eh. silap. bukan kutuk ye. kritikan membina. =P
p/s: budak-budak KLPM yang follow aku kat sini sila inform ye. mana lah tahu nanti terkutuk korang ke nanti korang lak yang terasa. kalau inform awal-awal takdelah aku nak kutuk. okeh. kan aku cakap aku mulut puaka. heh.

 



3 ulasan:

Related Posts with Thumbnails