Welcome to my blog :)

rss

Isnin, 19 Julai 2010

bila seorang ibu bersuara

aku duduk terbaring penat. duduk ke baring? mana-mana jelah. tapi aku memang penat. tiba-tiba aku teringat. aku ada cakap dengan Pn Jamilah, aku takde baju nak pakai pergi kelas sebab hari tu aku ingat aku boleh pakai uniform. so, aku mintak Pn Jamilah poskan. dah 3 hari, kompem baju aku dah sampai. aku bingkas bangun sarung seluar and keluar pergi tingkat 1. 


aku tinggal tingkat 12. masa aku naik lif, tiba-tiba tingkat 4 lif berhenti. pintu terbukak. tapi takda orang. sunyi, sepi, hanya aku dan lif. aku tekan button lif untuk tutup pintu. pintu tertutup. tapi terbukak balik. eh tutup balik. alamak dia bukak balik lah. dalam aku dah sumpah seranah lif tu. sial betul. kat tingkat 4 yang takde oranglah kau nak buat hal. tiba-tiba mulut puaka aku ni terkata, ''hai mambang kau main lif mambang..'' bulu roma aku menegak macam pakai tancho! terus aku bukak langkah katik seribu berlari ke tangga turun tingkat 1.


dah settle ambil barang, aku naik ke bilik. kali ni aku tunggu orang lain. aku taknak naik lif sorang-sorang lagi dah. buatnya mambang lif ngorat aku, ajak aku dating kat komtar ke haru aku dibuatnya. sampai bilik aku call Pn Jamilah. aku cerita satu persatu pengalaman aku tadi. lantas Pn Jamilah berkata.

'mambang tuh bosan nengok muka ko. asek nak main lif je. cuba turun tangga. buang sikit lemak tuh. pemalas. kan dah kena kacau. setan suka orang malas ni.'

oh bonda... anakanda di tingkat 12 bonda.. bagaimana bisa anakanda turun naik guna tangga. nanti longgaq kepala lutut, wang hantaran kena diskaun mahukah dikau wahai bonda??


sambil sembang aku bukak bungkusan pos tu. mak ai. banyaknya baju Pn Jamilah pos. macam nak suruh aku pindah terus kolej mental dental ni.


'ma.. banyaknye baju?'

'dah tu.. ari tu kata tak dak baju nak pakai. pos ah semua. senang. takde nak pos banyak-banyak kali. ko ingat ko jen kena ngorat ngan mambang. aku pon kena ngorat ngan mambang posmen jugak.'

ok fine. kalau aku cakap banyak-banyak nanti makin kecoh Pn Jamilah kita tu. last-last Pn Jamilah tanya duit belanja ada tak. aku cakap ada. anak dia kan tokey.


'hah? tokey? ko jual ape?'

'alah ma. jual topup ah. kan dah lama mi jual'

'ohh.. ingatkan jual tahik idong. jangan tau. haram. tak berkat hidup nanti'

ok. so, moral of the story hari ni, jangan jual tahi idong, nanti hidup tak berkat ye kawan-kawan. hahaha =P

si gemuk dan Pn Jamilah rock-rock gtu. haha LoL



p/s: rindu Pn Jamilah saya, Tok Mek saya dan adik-adik saya soooooo much!!

13 ulasan:

  1. wah...rock gile mak anda..hahaha..mambang tu nak pinjam perfume kowt....tak pon dia sakit gigi mintak dirawat..hehehe

    Post Terhangat...
    Manusia Beruang(Versi Gila Babi)

    BalasPadam
  2. pidut asis: huhuhu perfume apanya aku mandi pom belum tyme tuh. hahaha =P

    BalasPadam
  3. mak kita sama2 loyar buruk nampaknya.. kool!!

    BalasPadam
  4. che armster: wahahaha.. bagos2. boleh berbesan.. =P (gatei) lalala

    BalasPadam
  5. best2 entry ni..klaka..
    tak pun, terbang je dari tingkat 12 tu
    buat gaya orang nak bunuh diri..
    terbang dari tingkap..huhu

    BalasPadam
  6. berhati-hati semasa berkata-kata..=)



    latest entry koleksi terbaik punya

    BalasPadam
  7. gilo mulut celupor mung Mimie... please behave ye len kali... next post cite ah cite2 mistik kat tepat mung tuh

    BalasPadam
  8. hahahahahaha
    eh,kalau kt kelantan ada makanan buah margarita masin dalam botol yg penduduk kt sini panggil taik idung

    BalasPadam
  9. berani betul dia....hahahaha. nasib baik tak terjun terus

    BalasPadam
  10. hahaha..nsb baik xjumpe mambang tu..haha..
    p/s: thanks komen kat blog..=) setiap komen anda amat dihargai...
    ***Hit My Latest Update Here***

    BalasPadam
  11. urgh!!
    takutnye..
    teringat pengalaman penah stucked dalam lif.
    kat tingkat 4 jugak.

    BalasPadam
  12. hai...kira ok la tu mak dh pos kn bj byk2..boleh pilih2 nak pakai yg mane.. =)

    BalasPadam
  13. mambang tu sangap dowh xde keje nak buat hari minggu..hehe

    gambar last sekali tu kat teganu kan?

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails