Ok. PMS. Harap maklum.
Hati terasa sayu
Mata menjadi kelabu
Lidah seraya kelu
Berkata pun tidak termampu
Air jernih tidak tersapu
Bertanya mengapa begitu
Satu jawapan tidak ketemu
Aku tidak tahu..
Sebelum mencarot panjang-panjang sila bagi salam dulu. Assalamualaikum wbt.
''malam ni langsung tak boleh tidur long. Hati rasa sedih sangat-sangat. Rase macam tak sanggup nak hantar farid kat asrama esok pagi. Terasa kehilangan macam hantar awak dengan fendi dulu''
Pukul 4 pagi. Aku bangun gosok mata. Baca mesej tengok sender: Pn Jamilah. Baca ayat pertama terus terburai air mata aku. Menangis sampai bengkak-bengkak mata nih. Bukan taknak balas ma. Tapi mi tak tahu nak balas apa. Sedih rupanya ma. Ingatkan suka anak dapat belajar tempat bagos-bagos kan? Tapi dalam suka sedih jugak sebab kena tinggal jauh-jauh.
Kalau aku kat rumah tu mesti malam tu aku masakkan pared sedap-sedap, layan pared macam raja, sayang dia lebih sikit so that esok bila dia nak tinggal aku dia yang nangis dulu. Bolehlah aku coverkan? Eleh baru nak masuk asrama dekat gila jalan kaki pon sampai nak nanges-nanges. Tengok aku, ne campak mana pon rilekkk je. takde pon nak nanges-nanges. Padahal berbaldi air mata tu kalau tadah.
Farid. Ensem. Jambu. Ramai kakak angkat. Tapi koya. Menyampah tapi aku sayang. Pemalas tapi rajin. Gedik tapi macho. Mengade tapi manja. Keras tapi lembut hati. Jahat tapi baik budi. Dia form 3 awek form 5 tapi panggil abang. Geli. Hahaha. Ermm.. ni sesi kutuk adik ke puji adik? Dua-dualah senang. Adik aku, aku punya pasalla kan? Haha
Dear insan yang bernama Farid Hakim,
Insan yang bernama Nurul Shamimi ni just nak cakap, dia rindu saat kamu marah-marah dia, dia rindu saat kamu tarik rambut dia, dia rindu saat kamu gelakkan dia, dia rindu saat kamu gila bersama dia, dia rindu saat dia ajak kamu mengumpat orang lain masa duduk dalam kereta, dia rindu saat kamu masakkan untuk dia bila dia lapar malam2, dia rindu saat kamu amekkan makanan @ minuman sambil membebel cakap dia malas nak amek sendiri, dia rindu semua saat bersama kamu.
Love you so demn freaking machmach!!
p/s: untuk adik-adik yang lain, tunggu korang tinggal aku jauh2 baru aku wat tribute tok korang kat belog keyh. Ceh padahal adik ada 3 jek pon. muahahaha
p/s: sian mama mesti dah tak tahu nak marah sape dah kat rumah tu..
p/s: bila ada depan mata kita tak sedar berharganya dia.