Welcome to my blog :)

rss

Rabu, 30 Jun 2010

Pelakon popular korea bunuh diri

ello korang.. korang hengat lagi tak pelakon drama yang menjadi kegilaan ramai suatu ketika dulu, Winter sonata yang ada Bae yong Jun tu.. itu je yang aku kenal pon.. salah seorang pelakonnya iaitu Park Yong Ha telah membunuh diri tanpa diketahui sebabnya. Polis masih lagi melakukan siasatan atas kes tersebut. Sayangkan? Muka ensem, nak kata takda duit, berlakon lagi, menyanyi lagi mesti kaya kan? Tapi itulah. Tanpa iman didada apa pon boleh jadi. Siapa yang tak kenal dengan Park Yong-Ha ini gambarnya. 




Yang tak ingat, Park Yong Ha ni berlakon sebagai kekasih kedua kepada heroin dalam filem tu setelah hero asal nya dikatakan meninggal dunia. Aku pon tak ingat sangat dah cerita dia. Sekarang cerita korea banyak sangat. Kot-kot tertukar dengan jalan cerita lain pulak. heh




p/s: cerita asal disini

Rabu, 23 Jun 2010

1'st award.. huhu.. cam menang oscar jek rasanya. batak betol. wikiwiki

okay okay.. sorry i tak buat speech sbb i tak sangka i menang. omaigod. i really cant believe this. ada orang yang ekcelli see my effort through blogging. although i just merepek mencarot and just crapping and shitting dekat blog i tu still ada orang yang pandang. oh God.. i think i'm gonna cry.. ^^. soory i feel stupid when i talk fully english or BM. that's why i use bahasa rojak. :


see kalau betul2 ada award untuk blogger macam ni mesti muka aku macam orang batak je kan? jakunlah katakan. yerla baru setahun durian sekarang musim meh dalam dunia blogging ni. lainlah kalau macam otai tuh. mesti banyak award diorang dapat kan? kalau blogger lain kasi dalam bentuk piala aku rasa boleh kaya tokei kedai perabot sebab blogger asek beli rak nak letak award kan? teehee.. okeh senget stop making craps!


1- apa nama blog kamu dan kenapa letak nama tu
AkuGadisKecoh. aku memang kecoh pom. kalau cakap fon kat terengganu, satu batu pahat leh dengar taw. okeh. tipu. -_-''

2- apa nama url blog dan dari mana datangnya idea tue
http://akusiuman.blogspot.com/ sebab aku memang siuman kalau tak dah lama aku kat tanjung rambutan. heh 

3- apa method dalam penulisan GadisKecoh?
mesti ada huruf. ada perkataan ada ayat ada karangan pastu mesti betul tang subjek ngan prediketnye. menatang ape tuh??

4- pernah rasa nak hapuskan blog? sebab musababnya?
banyak kerja lain lagi aku nak buat daripada susah2 nak hapuskan blog. padahal rabun IT tak tahu cane nak 'hapuskan blog'. ngehngehngeh

5- pernah ahli keluarga anda baca blog nie?
tak kot... tak tahulah kot2 nenek aku ada curik-curik skoden belog aku ni. sebab dia pon macam berminat je nak berblogging. eh.. blogging ke babling? heh

6- apa perasaan anda bila ada orang kata blog anda buruk sedangkan ada orang lain cakap blog anda cantik
jarang benor aku dengar orang kata belog aku santek. lau orang kata aku santek selalu lah jugak aku dengor. wakakaka

7- bila blog anda diberanakkan?
sape beranak belog aku??? boleh aku jejak kasihkan dengan mak belog aku ni. dah 7 bulan kot tak jumpa :P

8- siapa orang pertama yang tahu anda ada blog?
dah terang-terang aku yang buat belog ni mesti ah aku dulu yang tahu.

9- apa perasaan anda bila ada orang berkata tentang blog anda di sekolah
takde perasaan pon. tak baik mengata kat belakang. lebih2 lagi kat sekolah. mengumpat akulah tu.

10- 10 orang yang bakal di tag.



Khamis, 17 Jun 2010

oh mama.. saya mahu kawen!

Ni dah bulan 6. ramai betullah orang kahwin. kat rumah aku, aku dah standby kad jemputan tu siap tebuk-tebuk lubang nak ikat dengan tali gantung kat pintu ganti kad raya nanti. Maklumlah sekarang dah canggih. Mana ada orang nak hantar kad raya lagi dah macam zaman aku kecik- kecik dulu kan? Nak gantung kat pintu pon tak lepas. Baru cukup untuk separuh je. Tak cantiklah kan. So alang-alang dah banyak kad kahwin kat umah ni dari aku bazirkan baik aku simpan untuk raya. Muahahahahaha..

Oleh sebab ni musim orang kahwin, maka aku pon sibuk memenuhi undangan dan perut. Satu hari sampai 4-5 tempatlah jugak. Oh ya. Aku on diet. Tapi di bibir sahaja bukan di perut. -_-''. Tapi aku tak makan free.. habes jugak 5 hengget dik non oi... bukan nak mengira. Tapi kira jugak. Kalau 4-5 tempat sehari mau dah 20 hengget ye dak?

Sepupu belah papa aku pon dah bertunang hari tu dengan orang Perak. insyaAllah bulan 9 nanti dilangsungkan perkahwinannya. Jeles betul aku. Sebab aku jeles maka aku pon try lah menyuarakan kejelesan aku ni depan pn Jamilah


 
'ai.. pandang kanan orang kahwin, pandang kiri orang kahwin.. bila mama nak tengok orang kahwin depan mata ma?'

'abeh selama ni aku tengok orang kahwin pakai kaki ke??'


 
@_@

Sadis betul. Okeh. Cubaan kedua.


 
'ma.. mi ni dah lama membujang. Ingat nak kahwin jugaklah..'

'yang ko gatal sangat nak kahwin tu, nanti ko kahwin ko nak kasi suami ko makan apa?'

'alahh.. kan die kerja.. pandai-pandailah dia cari duit nak makan ma.. tak berlaparnya anak mama ni.. insyaallah. Orang kata rezeki orang lepas kahwin ni lain. Lagi banyak. Murah rezekilah katakan'


 
Pn Jamilah buat muka innocent dengan selamba dia berkata:


 
'Aku tak kesiankan ko. Ko tuh tolak batu dengan kayu je kalau pasal makan. Laki ko tuha. Ko nak kasi makan apa? Masak pon ko tak reti. Ada hati nak kahwin. takkan hari-hari nak suruh dia makan nasi tapau jek? Baiklah takde bini kalau macam tu kan?'


 
T_T

Oh.. baru aku sedar diri. Muahahahahaha. So sekarang, aku kena belajar masak dulu baru pikir nak kahwin. teehee :D

Eh hari ni nak masak ape ye? Batu masak 3 rasa dengan kari kayu? Jom kita google resepi dia.. Lalala. Lol :P

Selasa, 15 Jun 2010

karate kids rock bebeh!! [versi review]

pergghhhh.. sekarang sedang bercuti sakan di Johor. tapi ini cuti bajetlah namanya. tak ada shopping mopping just wandering around sebab takde duet melihat keindahan bumi Johor ni. and also baru- baru ni pergi tengok movie dengan rakan sengal saya si Radin and her very budak-budak tapi besar and chumel sangat sister. maklumlah.. terengganu takde wayang. dah jalan tempat orang ni apa salahnya buat wayang sekali. eh eh.. tengok wayang la. hiks! asal nya nak tengok karate kids dan toy story. tapi toy story belum lagi ditayangkan. so pergi tengok karate kids sajalah.


before masuk panggung kami beli popcorn and jajan so that nanti takdalah rasa kosong sangat masa tengok movie. dan aku memang tak lengkap kalau takde pepsi jadik peneman setia masa tengok movie. movie start at 2 pm tapi da 2.05pm baru terhegeh-hegeh nak bukak. so kami terpaksalah makan dulu popcorn yang kami beli sementara nak menunggu tu. aku pon tak paham lah macam mana hari tu boleh 'mulut rabak' pulak makan sampai tumpah-tumpah kesian si aya kena sapu semua. tapi okehla kan. aku tengok si aya tu pon takda kerja sangat. tercegat je duk usha minachi yang tengah tunggu nak tengok cerita Singam. heh. movie start at 2.30pm. lambat! but it paid off! :)



mula-mula cerita macam dah menyentuh hati aku, sikitlaa.. sebab si Dre Parker (Jaden Smith) terpaksa berpisah dengan kawan-kawan dia sebab mak dia dipindahkan ke china atas urusan kerja. since then, dia terpaksa adapt dengan persekitaran baru, kawan baru dan tak kurang juga musuh baru. apabila dia terpaksa berhadapan dengan pembuli yang selalu 'kick his ass' katanya, maka muncullah Mr Han (jackie chan) datang menyelamatkannya dan mengajarnya kung fu bagi mempertahankan diri.  okeh. enough being seriyes-seriyes and enough about the movie review!

sekarang aku nak cerita how HHOOOOTTTTTTT si Jaden Smith tu! wah aku macam jatuh cinta dengan anak si Will Smith ni. HOT macam bapak die jugak! sangat kiut okE! and masa scene dia nangis sebab kena pukol dengan si pembuli yang berlagak macho (tapi kengkadang aku tengok macam hensem gak dak chinese tuh) aku pon rasa nak menangis skali. muka nangis dia pon sangat lah mencairkan hati aku. aku macam nak cakap 'alalala nape nangess ni mucuk.. meh2 kakak comel pujuk ye syayang..'' muahahahahaha.. geli tak? geli tak? budak ni pandai berlakon buat muka blur + cute + tak tahu malu + innocent + sweet + noty and macam2 lagilah. body dia pon hot even dia still budak tak akil baligh lagi dik non oi tapi da nampak ketul-ketul sioott.. lambat betul ko besar ye.. gatal noh! hope dia berlakon lagi lepas ni sebab aku macam dah sangap nak tengok dia berlakon dalam filem genre lain pulak.

wah nampak tak ketulan ketulan kat lengan die tuh? dasyat woo @o@
credit to pakcik google sebab aku lom ada mase nak bergambar ngan dak nih. kekeke :P




okeh so sesiapa yang belum tengok cerita ni better pergi tengok sebab cerita best sesangat! lepas ni nak tengok toy story, A-Team macam malas nak tengok sebab cam siyes sangat citer die and aku biasanya tidor je kalau tengok cerita macam tu. hahaa..

okes las kawans-kawans. maus chows dulus. tatas!


p/s: lepas ni nak download pulak. tak puas tengok anak ikan Jaden Smith! teehee :D

Sabtu, 5 Jun 2010

Aku tak tahu ape aku buat kat sini.

Eh2.. tibe-tibe aku bukak laptop. Tiba-tiba aku online ngan berukband. Tiba-tiba aku bukak fesbuk. Tiba-tiba aku bukak belog. Tiba-tiba aku kelik new post. Tiba-tiba jari jemari aku yang cantik mulus ni menari-nari tango kat keybord menulis entri ini. Tiba-tiba aku dah tak tahu nak tulis apa lagi. Tiba-tiba aku rasa aku gila. Makan jum. Yumyum. Heh.


nak letak muka bengkak2 boley? T_T





p/s: help needed. Sila bagi advise @ tips @ kaunseling @ bebelan @ tutorial @ apa saja untuk menghilangkan serabut di kepala dan mengelakkan urat-urat medula oblongata tak bersambung dengan tendon di tulang lutut. Huhu. (~_~’’) paham ke? :P

p/s: serius aku betul-betul nak tips tu.

Rabu, 2 Jun 2010

Bulan dah ada 6? Biar betul ni. Aku macam tak caye je.

Korang percaya tak bulan dah ada 6 weyh. Sumpah aku tak tipu. Tadi pagi aku bangun, aku tengok dinding. Kat dinding korang tahu tak ada apa? Ada kalendar ye kawan-kawan. Dan hari ni dah 3/6/2010. Omputih say 3rd june 2010 okeh? So dah masuk bulan 6 dah ye. Camne baru hari ni aku baru perasan neh. Cilakak.


Eh2.. dah bulan 6? Pejam celik pejam celik pejam tak celik-celik dah masuk bulan 6 kan? Makin lama makin kertu rupanya aku ni.. ehem.. bukan aku je.. yang sedang membaca sekarang pon sama yea :P. Sekarang ni cepat betul masa berlalu kan? Kalau setahun tu, rasa sekejap je. Lagi-lagi kalau tengah hangat hangat tahik ayam bercinta. Dah kenal setahun pon rasa macam baru semalam jatuh cinta. Kalau budak-budak bolehlah kata cinta monyet. Kalau dah tua macam ni, cinta kingkong agaknya. Hampeh. Heh


Sebab dah masuk bulan 6, maka dah setengah tahun dah kita dalam tahun 2010 ni. Tapi aku punya azam tahun baru tak tercapai lagi. Jap. Aku ada buat azam ke masa tahun baru hari tu? @_@. Ofkoslah. Aku nak kurus. Heh. Tapi mengikut keadaan aku time ni dan ini, aku rasa aku better lupakan saja hasrat murni aku tuh. Aku rasa aku dah cantik begini (ayat penyedap hati. Sila senyum sinis sekarang -_-'')


Oh ya aku pon ingat nak kahwin tahun ni, tapi memandangkan calon suami satu pon tak ada nak cakap tak laku malu :P so itu pon terpaksa aku lupuskan dari list azam aku yang gatal ni.


ngehngeh muka gatal nak kawen. teehee :P


Dah banyak azam aku terpaksa potong guna liquid paper sebab aku tak mampu laksanakan. Wishlist pulak makin hari makin bertimbun, semua benda nak. Jadi hati-hati bila berazam. Kalau rasa tak boleh sampai ke pangkal lengan janganlah kita menyeluk pekasam. Suka hati aku je modified peribahasa. Sudahlah. Aku nak berhenti merepek. Cakap banyak-banyak nanti kena saman, ada page kat facebook (eleh macamlah femes sangat.poyo.), macam-macam lagi lah. Jom blogwalking. :)







p/s: pedehal ko citer sal azam tahun baru tengah-tengah tahun ni? Tebiat dah?

p/s: yang wat page hate israel kat fb tu korang sedar tak fb tu pon yahudi punye. Lau btul nak hate boikot ah. Tak yah berfesbuk. Boleh?
Related Posts with Thumbnails