Welcome to my blog :)

rss

Khamis, 17 Jun 2010

oh mama.. saya mahu kawen!

Ni dah bulan 6. ramai betullah orang kahwin. kat rumah aku, aku dah standby kad jemputan tu siap tebuk-tebuk lubang nak ikat dengan tali gantung kat pintu ganti kad raya nanti. Maklumlah sekarang dah canggih. Mana ada orang nak hantar kad raya lagi dah macam zaman aku kecik- kecik dulu kan? Nak gantung kat pintu pon tak lepas. Baru cukup untuk separuh je. Tak cantiklah kan. So alang-alang dah banyak kad kahwin kat umah ni dari aku bazirkan baik aku simpan untuk raya. Muahahahahaha..

Oleh sebab ni musim orang kahwin, maka aku pon sibuk memenuhi undangan dan perut. Satu hari sampai 4-5 tempatlah jugak. Oh ya. Aku on diet. Tapi di bibir sahaja bukan di perut. -_-''. Tapi aku tak makan free.. habes jugak 5 hengget dik non oi... bukan nak mengira. Tapi kira jugak. Kalau 4-5 tempat sehari mau dah 20 hengget ye dak?

Sepupu belah papa aku pon dah bertunang hari tu dengan orang Perak. insyaAllah bulan 9 nanti dilangsungkan perkahwinannya. Jeles betul aku. Sebab aku jeles maka aku pon try lah menyuarakan kejelesan aku ni depan pn Jamilah


 
'ai.. pandang kanan orang kahwin, pandang kiri orang kahwin.. bila mama nak tengok orang kahwin depan mata ma?'

'abeh selama ni aku tengok orang kahwin pakai kaki ke??'


 
@_@

Sadis betul. Okeh. Cubaan kedua.


 
'ma.. mi ni dah lama membujang. Ingat nak kahwin jugaklah..'

'yang ko gatal sangat nak kahwin tu, nanti ko kahwin ko nak kasi suami ko makan apa?'

'alahh.. kan die kerja.. pandai-pandailah dia cari duit nak makan ma.. tak berlaparnya anak mama ni.. insyaallah. Orang kata rezeki orang lepas kahwin ni lain. Lagi banyak. Murah rezekilah katakan'


 
Pn Jamilah buat muka innocent dengan selamba dia berkata:


 
'Aku tak kesiankan ko. Ko tuh tolak batu dengan kayu je kalau pasal makan. Laki ko tuha. Ko nak kasi makan apa? Masak pon ko tak reti. Ada hati nak kahwin. takkan hari-hari nak suruh dia makan nasi tapau jek? Baiklah takde bini kalau macam tu kan?'


 
T_T

Oh.. baru aku sedar diri. Muahahahahaha. So sekarang, aku kena belajar masak dulu baru pikir nak kahwin. teehee :D

Eh hari ni nak masak ape ye? Batu masak 3 rasa dengan kari kayu? Jom kita google resepi dia.. Lalala. Lol :P

18 ulasan:

  1. hehehe.. nanti kahwin jemput kte tau :) ohh mama sy mahu kahwin jugak.. hahahha

    BalasPadam
  2. dabooninie: hihi.. okeh.. cam biasalah nnt sy jemput online.. hahahaha

    BalasPadam
  3. alahai...samalah kita...dah kawen pon maseh tak pandai masak...tp takper, yang penting abang sayang...muehehehe....

    senang ko cari jer lelaki yang pandai masak...kan senang...

    BalasPadam
  4. intankuterpilih: muahahahaha.. masalahnye xde laki yg pandai masak nak kat kita.. huhu~~

    BalasPadam
  5. amik je mama boy..sure dorg reti masak
    haha takyah senak2 pikir pasal makan..(^^,)

    BalasPadam
  6. tak pandai masak pun boleh kahwin.. belajar sikit2.. kalau dah jodoh tak kemana

    BalasPadam
  7. tetibe aku trase ape mak ko ckp..sob.sob

    BalasPadam
  8. salam..klu dah sampai jodoh kawin ajerlah..
    akak pun dulu tak pandai masak..
    biasalah kan..belajar pastu kerja..mana ada
    masa nak masak..

    BalasPadam
  9. aummmm.... nok kawen pong tunggu aku balek dulu

    BalasPadam
  10. blh tahan jugak pn jamilah tu ek?
    adoyai...
    kata kat mama lps kawen la br belajar masak.
    ngeee...

    BalasPadam
  11. amboii
    hahahaha
    tak lamer da tu nak kawen
    huhuhuhu

    spupu sy invite guner fcbook jer
    takdo kad2 ni
    jimat
    ehehehe

    BalasPadam
  12. ika pun tgh blaja masak ni.. pojoe suh kursus ngn mak 3bulan duk umah... haha!! mau kawen cepat2!! pojoe dh xsbr!! huhu
    jom kawen rammyd!!!

    BalasPadam
  13. betul ka ngko nak kawen???

    BalasPadam
  14. amik 2 kali tepek!hahahaha

    comel comel!

    BalasPadam
  15. nak kawin nih dah ada calon ke??
    huhuhu

    BalasPadam
  16. syuq: tak bahaya ke amek mama boy jadi suami.. nnt berebut dgn mak mertua jgk.. macam mertua vs menantu. heh

    zuriey: tapi mama soh belajar masak jugak!

    iniaku: hahaha ko mesti 2x5 ngan aku kan?

    kakinakl: alah kebanyakan orang macam tu ah sekarang ni kak..

    BalasPadam
  17. sya: insyaallah kalu mg balik derah.. hahaha'

    anisalya: mama tak kasi. dia cakap nanti suami tak sayang..

    syahira ariff: haha taw xpe sekarang mane de orang guna kad sangat dah...

    atikah: nak kawen cakap taw ite belajar kat penang gak :)

    Jairo: belum lagi baa

    helena's: hahaha lol :D

    nirelwolf: carikkanlaaa :P

    BalasPadam
  18. hahahahhaha
    lawak seh
    kalo kamu dah dapat resepi untuk batu masak 3 rasa dan kari kayu,sila lah kongsi bersama ya...
    terus jatuh chenta sama kamu

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails