Welcome to my blog :)

rss

Jumaat, 30 April 2010

BERITA PANAS LAGI SENSASI!!!!!!!!!!!!! HOT FROM OVEN

Nak tengok gambar 'hot' lagi sensasi artis-artis muda yang ngetop masa kini? Nak baca gosip dunia hiburan kita yang setaraf dengan hollywood? Nak tengok gambar awek-awek berkemban dengan body yang mengiurkan? Nak baca perkembangan politik yang gempar di Malaysia? 

heh. sorrylah. blog aku bukanlah tempatnya. aku pon bukan sentiasa menghapdate cerita-ceritya panas kat Malaysia ni. Just follow as silent reader je. keke :P

Apa yang aku nak cerita ni baru je 5minit berlaku depan mata aku ni. Sebab tu aku cakap hot from oven. Fresh lagi tau!  Sedang aku syok tutup akaun kira duit tetiba je terdengar bunyi macam gelas jatuh tapi kuat giler. Bila aku jenguk, aku tengok ada satu motor dah bergelimpangan atas jalan. Aku cari tuan punya moto. Yang langgarnya kereta nissan sentra kaler silver. Aku tengok dia punye driver. Lelaki. Selamba badak je tengok cermin sisi and then terus blah. Aku jerit-jerit suruh budak-budak kat pasar raya ni tahan kereta tu. Tapi sekor pon tak mengendahkan aku. Last-last tuan punya motor keluar angkat motor dia and kejar kereta tu. Kereta tu punyalah laju, yang aku geram tu, kenapalah drivernya tak keluar mintak maaf ke ape ke. Padahal nanti tuan motor tu pergi buat repot, mamat tu tetap kena saman jugak. Kalau keluar mintak maaf senang. Settle kat situ terus. Silap-silap, kalau dah mintak maaf tuan motor tu halalkan je. Manalah tahu kalau-kalau motor tu tak rosak, calar kecik je kan. 

Yang bebudak ni pon aku heran jugak. Melopong je sekor-sekor duk menjerit 'kejor! kejor!' bila tengok tuan motor tu akat motor dia. Bukan nak tolong sama. Aishhh.. Entah papela... Samalah keadaannya kalau tengok eksiden tengah jalan. Sebok tengok je sampai jalan jam. Turun tolong taknak pulak. Tersesak-sesak pulak ambulans nak lalu. Tak ke menyusahkan? Aku kadang-kadang bengang jugak dengan perangai pengguna jalan raya kat Terengganu ni. Ni berdasarkan ape yang aku lihatlah. Aku tak alami sebab biasanya aku jadi co-pilot je. Tapi aku geram jugak. Sebab kadang-kadang mereka-mereka ni tak berhemah langsung. Bawak kereta tak reti nak sabar. Tak berhemahlah. Kalau eksiden mulalah nak salahkan orang lain. huhu -_-''

Membebel jugak aku akhirnya. Ingat nak cerita pasal motor tadi je. Sudahla. Aku nak solat!






p/s: aku benci orang bawak kereta @ motor macam palat.  

Isnin, 26 April 2010

ape perasaan korang kalau boy ada girl len kat myspace @ fb @ twitter?


huh! Aku memang ler takleyh nak terima. Terus rasa nak mintak emel and password boy aku sendiri! This happened to my kawan sengal aku. Sangat kesian dol. Tapi nasebla dia da 'bersedia' i means ada plan B dah ada boy lain jugak. heh. tadi dia nak bukak myspace boy dia. Tapi boy dia punya layout yang tak leyh bukak komen tu. So aku pon ajarkan dia. Bukak-bukak je komen tu, HAH! AMEK KO! 

honey2, sayang2, muah2 dengan betina lain siooooottttttt.................

Dengan aku sekali naik geli. Wah3.. Bukan main lagi. Tiap-tiap hari bergayut konon mulut sayang-sayang tak pernah tinggal. Kita ingat muahmuah dia untuk kita je. rupa-rupanya kita share2 dia punya muahmuah tu dengan betina lain... Aku tak nakkkkkK!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

bila tanya boy dia, boleh boy dia cakap, 'saya layan dia atas katil ke sampai awak nak hangin macam ni?''

Amboi3.. Banyak cantik mukanya. Menyampah tol. Jantan memang ler cam tu. baca:jantan. Lelaki please jangan terasa okeh? Cuba kalau kita yang kantoi macam tu, aku rasa dah tak cakap banyak dah, terus serang jer kan? Kalau korang, korang rasa apa? Aku rasa geramla!




p/s: kenapa aku yang teremo lebeh? heh :P

p/s: nak je aku suruh boy aku delete fb dia. bia aku sorang je ade fb. boleh tak? hihi.

Ahad, 25 April 2010

JANGAN EJEK AKU!! NANTI AKU BUNUH DIRI!!!


Korang paham tak aku cakap?? Jangan ejek aku lagi! nak puji silakan. Aku benci orang ejek aku. Kenapa nak ejek-ejek aku. Aku tak ejek korang pon. Aku tak kacau korang kenapa mesti korang kacau aku? korang tahu tak bila kena ejek self esteem jadi low giler rasa terus tak bersemangat nak hidup. sebab tu aku nak bunuh diri! kalau aku mati depan korang baru korang puas hatikan? Nanti kau ejek hantu aku pulak sebab bumi dah tak terima roh aku. Yela akukan mati bunuh diri. tengok korang berani tak nak ejek hantu aku!



Huh. Sedang berblogwalking kat belog cahayaChenta ni terpanggil lak nak buat entri ni. Lagi berita budak sebelas tahun nak bunuh diri sebab kena ejek. Yang mengejek pon takde kerja lain ke korang nak buat? Dari mengejek orang tak tentu pasal baiklah korang bukak buku buat latihan ke ape ke.. Tahun depan nak UPSR. haih. Nasib baiklah korang bukan adik- adik aku. Kalau tak sekor-sekor aku tambat kat pokok ada kerengga tu. kawanlah korang dengan kerengga tu. Kalau kawan dengan manusia korang tahu nak mengejek je kan? Sudahlah adik- adik oi.. Muda-muda korang dah belajar nak jadi 'setan'. Bila dah besar korang nak jadi apa? membebellak makcik ni. -_-''. 



Setiakawan tu kena pupuk dari kecil lagi. Sebab time kita susah nanti kalau bukan family kita yang tolong, kita cari kawan-kawan. Kata orang berkawan biar seribu kan. So, jagalah kawan kita seperti mana kita jaga keluarga kita. Mereka pon sebahagian dari hidup kitakan? Kawan kita tempat kita lepas geram, tempat kita bersayang-sayang, tempat kita mengadu, tempat kita kongsi segalanya kan.. Apa salahnya kita layan dia baik-baik.. Nak bergurau pon biarlah bertempat. Jangan sampai kawan tu makan dalam. Mereka pon manusia macam kita jugak. ada hati ada perasaan. ok lah kawan-kawan. tiba-tiba bersyarah pula saya di sini. heh. 





p/s: sayang sayang kawan-kawan saya. anda bagaimana?
    

Contact lens menyebabkan mata buta?

Aku tak pernah pakai contact lens so aku tak tau implikasinya. Tengok orang pakai memang cantik, macam si Ayu dak yang kerja dengan aku ni. Cun melecun minah ni ha. Umur baru 18.

eh2.. kenapa aku promote minah ni plak?



Ada makcik yang cerita kat aku tentang pengalaman pahit yang menimpa anak dia sampai 44 hari menginap di wad hospital tawakal gara-gara contact lens. Katanya anaknya tu lupa nak bawak specs beliau masa nak balik UIA. So terpaksalah dia guna contact lens. Dalam dua tiga hari lepas tu, tetiba mate dia bengkak-bengkak dan sakit teramat sangat. Dah banyak kali pergi klinik doktor cakap sakit mata biasa. Tapi satu hari sebab tak tahan sakit yang teramat sangat anak dia call dia kat terengganu ni cakap sakit. So makcik ni dengan husband dia pergilah ke UIA tengok anak diorang and bawak anak diorang dapatkan rawatan kat hospital Tawakal. Pergi specialist la kot. Da tu, doktor kat sana cakap mata anak dia terkena jangkitan kulat yang ada dalam liquid yang letak contact lens tu. Apa ntah nama dia.. (sory malas nak google sebab si siput taknak bekerjasama hari ni.. huhu -_-‘’) doktor pon cakap yang anak makcik tu bernasib baik sebab cepat bawak dapatkan rawatan kalau tak butalah.. jadiklah kassimah selamat.. haish.. tak baiklah aku ni.. ok ok.. sambung. Doktor cakap tak leh nanges sebab kalau ada air mata lagi cepat kulat tu membiak. Makcik tu terpaksa ulang-alik terengganu-KL-Terengganu selang 2 hari sebab anak2 beliau yang lain still sekolah takde sapa nak uruskan. Kesian. Tapi itulah, dah nama pon mak kan? Makcik tu cakap anak dia tinggal kat wad berasingan sebab takut infection berjangkit kat orang lain @ jadi makin teruk sebab surrounding tak terkawal. Katanya itu kes pertama seumpamanya. Nisbah 1000:1 means dalam seribu adalah sorang yang mengidap penyakit ni. So nak cari ubat pon susah. Sampai kena listkan nama ubat & pergi cari kat farmasi. Huhu penatnya macam ni kan? Macamlah aku yang sakit. Dipendekkan cerita anak dia terpaksa tangguh pengajian sebab sakit. 44 ari duk wad takleyh bukak mata weyh. Sumpah aku taknak!




Haaaa... takot tak? Takot tak? Ni lah aku nak membebel ket. Tak guna bersakit-sakit semata-mata nak cantik. Dak Ayu tu pon cakap tak nak kai lens dah. Takot buta. Sayang!




p/s: teringat time saket dulu. tapi bila kita saket tuhan ampunkan dosa kecik kita. alhamdulillah jela :)

Sabtu, 24 April 2010

perlukah PhD dalam hidup??

Phd bkn yang membawa gelaran doktor tu. Phd ialah perasaan hasad dengki yang membawa gelaran pendengki terlampau yang juga boleh dinaikkan pangkat kepada pengumpat terlampau. Ok setakat itu sahaja definisi aku yang mengarut ni.




Sekarang musim budak2 U, kolej tengah exam. So, ramai kawan2 aku sebok exam. Aku pulak melepak sebok dengan kerja. Hari2 kerja macam kerbau tapi hasilnya tak dapat jugak. Kenapa? Sebab ramai org dengki kat aku. Orang dengki kenapa. Yela akukan santek. Hahaha. Okeh. Aku tipu -_-''  sebenarnya aku bukan apa. Takde niat der nak menyakitkan hati sesiapa esp tokey aku yang menyakitkan hati aku tu. Bukan nak mengumpat die pon. Tak caye die boleh baca & sahkan. (well ofkoslah die tak bace kalau tak aku takde der nak wat entri ni.. hihi :P )




So ape citer ek sebenarnya? Aku malas nak mengulas sikap orang melayu kita ni. Pantang tengok orang lebih dari kita. Macam-macamlah dibuatnya. Santaulah, bomoh2 lah nak suruh orang lain jatuh. Tak boleh ke kita sendiri belajar macam mana nak maju macam orang lain. Kenapa mesti nak jatuh kan orang yang lagi maju dari kita. Bukan ke elok kalau kita mintak turunkan ilmu @ tips2 berniaga ke ape ke kan ke lebih berfaedah dari buat benda2 syirik nak jatuhkan orang? Bengang betullah aku dengan orang melayu kita ni. Nak mengata bangsa sendiri ni aku taknak. Tapi kalau dah bangsa sendiri buat malu je ape yang boleh kita harapkan? Bangunlah.. kalau bukan kita sendiri yang mengubah bangsa kita siapa lagi? Orang melayu sekarang canggih.. yang merempit buat stunt atas jalan raya tu anak siapa? Anak orang melayu kita. Yang kena tangkap maksiat beramai2 tu anak siapa? Anak melayu kita. Yang meragut orang2 tua tepi jalan tu anak siapa? Anak melayu kita. Yang buang2 anak yang jadi trend fofular sekarang ni anak siapa? Anak melayu kita. **sigh**




Apalah nak jadikan? Sudahlah. Aku bosan nak membebel kat sini. Renung2kanlah sendiri.


*gambar hiasan*
santekk jugak.. saje menyempit.. hihi :P







p/s: bosan der nak melayan kerenah orang.

Khamis, 15 April 2010

bile kita sayang orang tu..

Bila kita sayang orang tu


Kita tunggu dia lame pon xpe..


Tp biler dia tnggu kiter?


Dia mrh2..


Hati kate, ala adatlah ada yang


menunggu n ditunggu






Bile kite sayang orang tu


Kite xtdo pon xpe layan dia yg ngah


bosan o de masalah..


Tp biler kite bosan o de masalah.


Ada dia layan kite?


Hati kate xpe dia busy kot






Bile kite sayang org tu


Kita gaduh ngan dia,kita diam je


Tp dia heboh 1 dunia


Hati kate xpe, dia tension tuu






Bile kite sayang org tu


Kita kol nak ckp ngan dia


Tp dia bg phone kat org len


Bile jadi camtu, xpe


Hati kata, xpe, ckp je,kawan dia,


kawan kite gak






Bile kite sayang org tu


Kita b'cerita dgn dia,


dia wat dunno je..


Tp bile dia b'cerita ngan kita


Kita dgr,s'patah2 kite igt


Hati kata x pe syg katakn…






Biler kiter sayang org tu


Kita & dia lapar


Tp kite bg sume roti kita kat dia


Hati kata,ala jagalah hati dia,sian


dia lapar tu….






Bile kite sayang org tu


Kite sanggup bg dia rest bile dia letih,


Tp bile kita letih,dia suruh gak


kite layan dia bila dia bosAn


Adil ker?


Hati kata,ala bkn selalu pun..






Bile kite sayang org tu


Kita jdi macam org gile ble dgr dia sakit,


Tp bile kita sakit,


Dia siap kuar ngan kawan2 dia g meraikan


hari kesakitan kita,


Hati kata,ala x pe,xkan dia nak


b'kepit ngan kita 24 jam je






Bile kite sayang org tu


Kita xpernah tipu2 & pentingkan diri sendiri


Tp dia menipu & hipokrit tahap gaban


Hati kata xpe,dia mmg camtu kena lah


terima..






Bile kite sayang org tu


Kite sayang nk tingglkn dia selama2nya..


Tp dia xtahu kite berdepan dgn maut,


Wlpn kite sakit,dia kate kat kite,


sakit bese2 je 2,jgn nk mengarut la


Hati kata,camnelah dia bile


kite xde,msti dia hepi kn






Bile kite sayang org tu


Kite xsanggup tgk dia derita even sket pn


Tp dia xpernah hargai diri kite,


Hati kata,tau x btapa kita syg kn


dia????






Bile kiter sayang org tu


Kite sanggup tingglkan dia selamanya utk dia bahagia


Tp dia tahu x pengorbanan kite??


Hati kata,xpe,janji insan yg di sayangi bahagia






Dan………… ……






Bile kite dah tinggalkan dia selama2nya


Dia datang ziarah pusara kite


Dia kata..


Dia mintak maaf sebab pernah mengata kite


Dia mintak maaf sebab pernah buat kite tunggu dia


Dia mintak maaf sebab pernah paksa kita layan dia time bosan


Dia mintak maaf sebab pernah heboh 1 dunia pasal salah kite


Dia mintak maaf sebab pernah xhiraukan call kite


Dia mintak maaf sebab pernah xdgr luahan hati kite


Dia mintak maaf sebab pernah wat kite kelaparaan sbb dia


Dia mintak maaf sebab pernah ganggu waktu rehat kite


Dia mintak maaf sebab x pernah hiraukan sakit kita


Dia mintak maaf sebab pernah pentingkan diri dia sendiri


Dia mintak maaf sebab x pernah tgk p'deritaan kite






Bie kite sayang org tu


Kite wat semuanya kan?


Tp dia x pernah faham kan?






Dan…………? ? ?…






Bile kite tinggalkan dia


Dia dtg pada kite & kata


Sorry…


Sorry??? selepas lukakan hati kite?






Bile kite sayang org tu


Kite kata xpe lah


Aku dah tinggalkn dunia,


Moga dia bahagia tanpa kite..


tapi ada dia wt pape tuk kite?


ada dia hargai pe yg kita wat tuk dia...??


dia lagi bahagia dengan dunia & kawan2 dia..


Hati kata, xpe la..mengalah la demi insan tersayang..


Dan hati kite kata g


Xpe lah apapun yg dia wt


Kite tetap sayang org tu…..


Kita sayang die untuk selamanye smpi bile2 pn..


ble kita ckp kita syg die lebey dari diri kita


die kata kita saje jer nak amik hati die..


pdhl die xtau kita memang syg die macam nak mati...


nak wat semua utk die klu kita mampu..


selamanya...



p/s: aku cilok kat fb.. aku rase ramai yg mengalami situasi yg same kan?

Ahad, 11 April 2010

Ada Manis Macam Buah Saya Tak Kak? eeuuwwwwwww..

hah... tak kuasa nyah.. just nak story sal 2 ekor minah ni. eh.. minah ke mamat? kompius dah makk.. petang semalam, budak sebelah kedai aku neh nak pergi toilet. so dia mintak tolong aku jagakan kedai buah dia. aku pon duduk jerla situ. pastu tengah aku syok2 makan tunggu orang beli buah ada 2 orang 'perempuan' giler cun tahap gaban lalu nak masuk pasar raya. memang semua mata memandanglah. cun wooo.. body dia. perghhhh... top to toe, melelehhh.. tapi, aku macam pelik a. dada diorang cam flat je. bukan nak tengok sangat, saje je nak usha sape lagi mantap. hahaha :P. sedang aku syok usha, tup tup, dah tercongok depan mata aku. yang aku tak paham.. apa kejadah yang sekor ni kai tudung? adehh.. senak jugak tengok pondan kai shawl cam tuh. pandai pulak dia lilit2. hahaha! nak tergelak ada, kagum pon ada. aku pon tak reti nak melilit2 shawl ni. tiba2 dia beliau bersuara:

kak, buah ni manis tak?

alahai, lemah lembutnye. kalau aku ni lelaki, dah terbuai rasanya.

manislah kot kak. eh.. bang.. eh.. cik..

alah kak ni.. janganlah bang2. gelilah kak. tak nampak shawl kita cantik ni haa.. kilat2 glam gitu kak. kak ada?

heh. siot lak.

nak beli buah ni ke tak. kalau nk beli saya nak timbangkan.

ada manis macam buah i tak agaknya u? (tanya member pondan dia lagi sekor tu)

huh. mananya buah korang. flat je. aku ni boleh jugak nasi lemak 50sen. korang tuh kuih lapis pon tak lepas. flat je cam bukit kena caras.

wah. bila masa pulak minah ni ada kat sini. tadi kate nak pergi toilet. selamber je dia sound. hahaha. bantai tergelak aku. pondan 2 ekor tu terus buat muka.

bau longkanglah mulut ko ni noks. ti aku cucuk tang sini, cucuk tang sini, (jari tunjuk2 kat tetek dada) lagi besar dari kau punya nasi lemak 50 sen tu haaa... dahla nyah. baliklah. tak lapar aku nak makan buah minah ni. berulat!

amboi mulut.. aku sumbat dengam betik baru tau.

mereka pon terus blah dengan marahnya. sampai jalan pon terkangkang2 sebijik cam jantan. kepit2 dah hilang ntah ke mana.




p/s: pondan cantikkan?

Sabtu, 10 April 2010

Pil Perancang Mencantikkan Kulit Muka


aku rasa maybe ramai yang tak tahu tentang fakta ini. ya! ini adalah fakta. malah terbukti keberkesanan nya. ramai jugaklah kawan2 aku yang menggunakan kaedah ini. muka memang clear siot. mana2 yang ada jerawat batu penuh satu muka tu, makan je pil ni memang cantiklah. jerawat, pimple, acne semua hilang. bukan tu je, kulit muka pon jadi halus mulus, siap nampak bulu2 roma kat muka tu. macam muka baby..

aku pon kadang2 tergoda jugak nak makan pil ni sebab nak cantik. maklum jerla muka da berkarat. jerawat tak payah kirela. huhu~ tensi aku. tapi lepas aku dengar satu persatu side effect pil ni dari kawan2 aku yang makan pil ni, aku rasa baik aku redha jer muka aku macam ni. hahaha :P

pada korang2 yang merancang untuk mengambil pil perancang untuk cantik tu, sini aku share sikit keburukan ambil pil perancang.

# period jadi tak teratur sebab hormon tak stabil. kejap sikit kejap banyak @ spotting (kadang banyak giler darah, kadang2 sikit giler darah, kadang2 takde daah langsung. kan menyusah kan?

# mengalami loya2 @rasa nak muntah kalau makan pil ni lepas korang makan.

# sakit kepala sebab banyak estrogen

# mengalami pembesaran breast  tak larat aku nak bawak besar2 weyh

# mengalami mood swing (kalau korang amek, warning bf korang awal2. :P)

# selera makan bertambah, berat badan bertambah, semua pon bertambah

# sakit perut

# sakit mate: blurred vision

# pembengkakan kaki @ pinggul

huh banyak tol side effect nye. letih aku nak menanggung. bersakit- sakit semata2 nak cantik? tak kuasalah. syukur jelah dengan muka aku yang dah cantik ni hihihi. so sape2 yang nak cuba2 makan pil ni semata2 nak cantik, think twice ok?





p/s: efek berbeza atas setiap orang.
p/s: sekarang orang dah tak malu nak beli pil perancang lagi dahkan?

Rabu, 7 April 2010

Zaman mengurat lain zaman bercinta lain

Serius aku tersangatlah bengang

Kalau call payah betul nak angkat

Mau dua tiga kali baru berangkat

Buat apa?

Berak?

Alahhh.. dulu masa zaman mengurat tuh tengah berak pon boleh angkat

Sekarang?

Bila cakap kita cakap tak suka, dia cakap sorry

Dah buat salah say sorry

Pas tu buat lagi

Waddehek?

Bila kita marah cakap kita melentinglah, kuat mengamuklah

Hello? Yang awak buat saya mengamuk tu siapa suruh?

Takde nyer aku nak mengamuk tak tentu pasal

Ni asal mengamuk jer kata kita mengamuk tak bersebab

Orang gila je mengamuk tak bersebab

Nak tutup salah sendiri

Dulu masa zaman mengurat cakap bukan main lagi

Ke langit tuuuu

‘i terima u seadanya’

Tapi dah bercinta asek nak komplen jer

‘seadanya’ dah kemana?

Ke longkang?

HIPOKRIT tau tak?

Suruh kita matang

Dia tu dah matang sangat ke?

Masa mengurat dulu cakap kita manje macam budak2

Meleleh2 wa cakap lu

Sekarang nak suruh kita matang lak?

Hall arse!

Geram! Geram! Geram!

Time mengurat puji melambung-lambung

Dah bercinta komen bertimbun-timbun

Kahwin? tak kuasa aku nak fikir

Sudahlah! Aku nak berak!



*luahan sekeping hati*


Sekian sahaja teks pengucapan pembukaan diari hidup saya pada hari ini. datang kerja je terus kena bebel dengan kawan satu tempat kerja. rasa terpukul pulak.. macam kena batang hidung sendiri. hihi :P 



p/s: cebisan ini tiada kaitan antara yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. (eh.. ada yang terasa ke? Opppss.. )

p/s: lega.






*saje menyelit*

Selasa, 6 April 2010

eksiden oh eksiden

Uhh.. penat. Sedang bekerja. Nak buat terapi otak dengan blogwalking dan fesbuk-ing. Tp si siput celcom ni asek datang bulan jer. Asal bukak je merah. Asal bukak je merah. Tak pernah nak biru. Adoyai. Penipu lah beruk broadband nih..... entri yang aku da siap taip dua tiga hari lepas pon sampai sudah aku tak post kat belog. Haish.. marah betul aku. Rasa nak pergi serang je celcom center tu. Okeh. Terima kaseh kerana membaca mendengar bebelan saya =.=


Aku sebenarnya nak cerita pengalaman best aku eksiden baru2 ni. Huhu~ masa tu otw nak pergi kerja. Dalam jam 10 a.m macam tuhla. Aku pon tak hengat sangat butir2 peribadi dia. Si berukband ni punye pasal la ni. Macam mana boleh eksiden? Aku pon tak tahulah, pakcik tu cakap aku berangan masa bawak motor. Mana ada aku berangan. Aku bawak aku fokus je kat jalanraya tu. Tu yang aku tak nampak kereta pakcik tuh kat depan. Pakai taram je aku langgar. Naseb bek aku hidup lagi. Haha. Pakcik tu cakap.. ‘nak oiii.. kereta pakcik yang besor ni pon awak boleh langgar.. (kenapa taknya, pakcik yang lagi besau dari kereta tu pon saya boleh langgar). Yang paling aku tak tahan.. pak cik tu keluar je dari kereta dia, terus dia cakap: pakcik baru jer cat baru kereta ni.. padahal aku tengok da berkarat2 dah. Mentang2 lah calar sikit. Naseb bek aku takde lesen. Kalau tak aku da pergi repot dah. Lagi pon pakcik tu yang salah. Ramai saksi yang tengok. Jalan tu macam dia sorang je nak lalu. huh! Tak pasal2 berparut kaki aku neh.. dah kena diskaun hantaran seposen kan? :P


Takpelah. Sir cakap, tu pengalaman. Nak guna jalan kena ‘kenal’ jalan dulu.yela tu.. yang ‘kenal’ jalan straight ke kubur tu siapa nak jawab? Tak nak aku. Tobat pon belum lagi.. -_-‘’



p/s: aku tak nak nek motor dah.. huhuhu


Ahad, 4 April 2010

LELAKI, JANTAN, MAN, MALE??

huh rasa dah berkurun tak melawat belog kesayangan aku yang tak seberapa ni. nak buat camne.. berukband aku suka jeles2. nak online pon susah. mencik!!!!!!!!! ada lagi satu spesies yang nak dekat sama dengan perangainya dengan berukband aku neh. hikhik. LELAKI.. korang kenal tak? ofkosla kenal kan? LELAKI kan pelengkap hidup kita. chewah... da kutuk puji pulak. :P..

here's A to Z about MAN.. enjoy!! :)


A- Aktif
B- Boros
C- Cuci mata
D- Degil
E- Ego
F- Fanatik bola & kawan
G- Gatal tak kena tempat
H- Hipokrit
I- Ilmu
J- Jambu
K- Kaki pukul
L- Lurus bendul
M- Malas
N- Nangis
O- Ongkos
P- Playboy
Q- Quiet
R- Romantik
S- Sombong
T- Tampan
U- Universal
V- Vakum dalam pertelingkahan
W- Workaholic
X- Xfiles
Y- Yakin
Z- Zzzz







p/s: mana satu LELAKI idaman kalbu anda?
Related Posts with Thumbnails