Welcome to my blog :)

rss

Rabu, 26 Mei 2010

yes!! 3 jejaka hot malaya dalam genggaman!!! [fast update]

wah. wah. wah dan wah. hari ni hari bertuah aku. si Nurul tak datang, Ayu tak datang, maka aku sorang. ada promoter celcom datang promote  Celcom Broadband, Celcom Blue dengan Celcom UOX. ganteng-ganteng gitu dong.. aku baru interview. sorang dah kawen, 2orang lagi bujang trang tang tang. bertuahnya aku dapat cuci mata. Asek tengok customer tua gatal singgah je cari ubat kuat jenuh jugak aku ni ha.. Cosway tak jual ubat kuat la ngek! korang nak mati ke apa? kan boleh jugak aku buat senaman mata menjeling-jeling, main mata dengan cowok ganteng tu. alahai.. aku nak aim si kecik molek tu.. kiut miut je. mintak fesbuk dahla. pe barang nak mintak nombor telefon zaman sekarang ni kan? muahahahahahhaha. dahla aku nak pergi ngorat!

 hins.. hins.. kalau tak cukop umor tutup mata! tade la ekstrem camni aku nak ngorat.. P




p/s: huh. kalau pakwe aku baca ni mati aku kena basuh otaknye. harharhar. gile kentangggg..
p/s: nak amek gambo. tapi malu. ti diorang cakap aku ni gedik tak tahu malu lak. memang pon. ada haku kesah?  :P

Isnin, 24 Mei 2010

siapa kata aku makan macam kerbau?

heh. siapa berani kata aku makan macam kerbau sila angkat jari antu.. :P


salam. hari ini saya nak mencarut. (siap bagi salam bagai.) semalam kat pasaraya ada pasar malam. oleh sebab saya bekerja di sebelah pasaraya, maka saya pun nak membeli di pasar malam. (macam lahanat bahasa aku. kan aku kata aku nak mencarut?)


aku takde duit, makan pon saving giler. aku hari-hari belanja RM5 je. kalau sampai mati aku belanja macam ni, kompem sebelum mati aku boleh pakai Ferrari seyh. tinggal kat menara sendiri macam Donald Trump tu. alahai. Pn Jamilah selalu tanya, kalau belanja RM5 sehari, makan apa je? aku hanya mampu tersengih. mesti beliau risau aku tak makan. diakan mak. :)


tapi walaupun aku belanja RM5 sehari kat kedai ni, berat aku tiap hari bertambah 0.5kg. -_-''. KENAPA? maunya tidak. ni menu aku semalam.

  • pagi-pagi lagi aku dah curik makan buah honey dew kat kedai buah sebelah ni. lapar sangat tak tahan. aku ni pulak memang spesies kena breakfast tak kiralah apa pun yang terjadi kecuali di bulan puasa ye kawan2
  • makan nasi minyak lepas makan buah. tok aku yang letak lam beg sebab aku tak sempat breakfast kat umah.
  • makan asam buah Nurul bawak. lepas makan nasi minyak
  • mintak sikit makan mee sup kak Lala sebab nampak macam sedap jek
  • petang pergi pasar malam. beli roti jon pastu ayam madu 2 ketul.
  • sebelum makan roti jon, makan ayam crispy Nurul beli kat pasar malam, makan mee goreng Nurul beli kat pasar malam. lepas tu aku sambung makan roti jon dengan ayam aku tadi.
  • dah balik kerja makan nasi 2 pinggan lauk kicap, ayam cicah sos cili dengan kuah ikan singgang sket. perghhh... maunya tak berpinggan aku makan

pehhh... besh kan? kan? kan? 
*gambo dr uncle google jek. mase makan tak sempat amek gambo*


see? macam ni 5kg pon aku boleh tambah lam satu hari. and the best part korang tahu tak apa? lepas makan aku bantai tido je. cam ular sawa kenyang. tapi ni bukan ular sawa dah. aku rasa ni macam ular sawa telan gajah taw! adehh.. penat. aku kena start diet dah. kalau tak baju uniform yang aku nak kecikkan sebab besar tu, aku kena alter jadi besar sebab dah kecik. huhu~~





p/s: aku tak makan macam kerbau, sebab kerbau makan lagi sikit dari aku. heh.
p/s: oh Nurul, kenapa kau beli makanan banyak sangat?? lepas tu kau biarkan aku habiskan. kejam! T_T

Rabu, 19 Mei 2010

gula OH gula




definisi wikipedia:

Gula merupakan sejenis pemanis yang telah digunakan oleh manusia sejak 2000 tahun dahulu untuk mengubah rasa dan sifat makanan dan minuman. Dalam kegunaan am, orang-orang yang bukan ahli sains menggunakan perkataan "gula" untuk bermaksud sukrosa atau sakarosa yang merupakan disakarida berhablur yang berwarna putih. Gula yang dibuat secara dagangan datang daripada pokok atau pokok bit gula. Dalam senarai ramuan, mana-mana satu perkataan yang berakhir denga "osa" mungkin merupakan gula. Dalam istilah masakan, gula dikenali sebgai makanan yang memberikan rasa manis.

definisi mimi:

gula adalah sejenis pemanis yang sangat diperlukan dalam masakan tambah lagi aku merupakan orang yang sangat pemanis orangnya. hahaha gula digunakan untuk menampah perasa dan ummpphh!! dalam Teh Boh, dan buat Kopi Cap Kapal api betul- betul kaw! tanpa gula kau takkan sampai ke bulan macam dalam iklan tu, dan jugak dalam nasi dagang tok aku yang manis tu. jadi tanpa gula maka tiadalah lagi ummpphhh! Teh Boh, tiada lagi betul- betul kaw Kopi Cap Kapal Api dan tiada lagi kemanisan dalam nasi dagang tok aku. huhu.. sadis bukan? 

agak keling definisi mimi ni aku rasa sebab aku sendiri baca pon tak paham muahahaha



so kenapa tetiba aku cerita pasal gula? semua dah sedia maklum krisis gula yang melanda terengganu ni. si peruncit tu pon dah kena denda beratus ribu sebab sorok gula kan? aku bukanlah pembeli panik. tapi pembeli emergency korang taw? tiap kali gula sampai kat pasaraya ni muka aku saja yang keluar masuk beli gula sampai berpuluh- puluh kilo aku boleh dapat. adehh -_-''. naseblah takde terserempak dengan penguatkuasa sepanjang proses 'mengangkut gula' tu.



tapi something yang bothers me all the way da spekaing london plak minah ni mana pergi gula yang berkilo- kilo aku hangkut tuh? yang aku pasti Pn Jamilah akan datang amek gula- gula tersebut. lepas tuh mungkin dia pergi bagi- bagi kat orang kampung ala- ala wakil rakyat tuh kan. bayangkan kejap. hahahaha :P



oleh kerana kemurahan hati Pn Jamilah bagi- bagi gula kat orang kampung maka ramailah orang kampung dah naik toncang. 'anak Milah tu kerja kat pasaraya. kalau kau nak gula cakap je kat si Milah tu haa'.. sohseh orang kampung. agaknya dah glamer aku ni sekarang gara- gara gula. maka mereka dah siapkan bajet save kan minyak sebab tak payah susah payah datang pasaraya.



tadi blogwalking ada terbaca tentang entri pasal orang nak beli gula kena tunjuk IC dan kad nikah. sampai tahap itu kritikalnya krisis gula kat sini. nasib baik serakat ni aku takde kena tunjuk apa- apa. kalau tak penat jugak aku nak bawak dokumen mengarut keluar masuk pasaraya gaya nak pergi interview saja kan?



sudahlah. aku taknak buat kerja haram ni lagi. malaslah aku. ada je orang nak bagi aku upah RM10 kalau aku belikan gula. tapi aku dah malas. masa aku rajin takde pulak orang offer camtu. hampeh betul! kepada pakcik makcik yang sekampung dengan aku ni.. kalau korang rajin blogwalking and terbaca entri aku, aku harap korang faham kenapa aku malas. beratlah gula tu, lagi pulak hari- hari aku keluar ,masuk pasaraya tu boleh kurus aku taw,. nanti pakwe aku nak peluk dah tak sedap. bhahaha! *Wink*



p/s: kurangkan gula dalam gizi harian.. tambahkan manis dalam senyuman :)

dari muda sampai tua kami manis dengan senyum saja :D

Jumaat, 14 Mei 2010

Nenek aku kata, kalau mydin mall blackout..

Ahhhhhhhhhhhh..blackout!!!!! aku lom cebok lagi ni! Time aku berak lah nak blackout. Huhu





Demikian keadaannya dirumah aku masa blackout semalam. Heh. Sangat havoc ok. Nenek aku dengan spontan bangun meraba- raba tv cari lampu suluh beliau. Motif dia meraba- raba tv tu? Aku pon tak tahu.. hihi. Dah tu bila dah jumpa lampu suluh, dia cari lilin untuk diletak kat depan tu. Gelap ya amat!





Sebab panas, kami lepak- lepak kat luar sambil mengumpat bersembang kosong. Tengah bersembang tetiba nenek aku cakap..


Hai.. kalau mydin mall takdok api lagu ni.. mati lemahlah orang hok duk dalam or. rasenye takdok lah rakyat ganu. Hilang secopeng. Baru a sunyi sepi ganu ni.

*hai.. kalau mydin mall blackout macam ni, mati lemaslah orang yang kat dalam tu. Rasanya takdelah rakyat terengganu ni. Hilang separuh. Bari sunyi sepi terengganu ni.




Maklum jelah.. korang pernah pergi mydin mall terengganu tak? Kalau korang pergi, mesti korang percaya apa nenek aku cakap. Separuh rakyat terengganu pergi shopping sana. Aku tak tahulah shopping apa. Yang pasti mydin mall tiap- tiap hari, tak mengira masa, even hari JUMAAT, time solat JUMAAT sekali pon ramai orang jugak LELAKI sama ramai ngan perempuan. Diorang tak pergi solat ke? Heran aku. Parking selalu penuh je. Korang jangan harap la kalau pergi senang- senang jek nak dapat parking. Memang tak der...


Jadi apa tunggu lagi? Datanglah melawat terengganu. Kalau anda datang jangan lupa pergi ‘midvalley’ mydin mall. Pasti anda terpegun dengan keindahan lautan manusia disana. Anda akan dijamu dengan kecantikan kereta mewah yang pasti menarik perhatian anda. Yelah. Orang terengganu kaya- kaya. Semua pakai kereta besar- besar tapi shopping kat mydin mall jek. Heh.


Sekian sahaja promosi tahun melawat terengganu dari saya. :P.


p/s: huhu.. saket!! Tapi aku nak berblogging jugak. Heh.


see muka si penyempit yang moyong ngah saket. lalala :P

Rabu, 12 Mei 2010

saya sedih hari ini..

sudah lama aku meninggalkannya dalam keadaan yang tidak pasti
hari ini adalah harinya. 
hari aku memberinya kepastian
kelmarin 12 MEI 2010
genap sudah 3 tahun
tapi hari ini kami mengakhirinya
kenapa
entah
cuma aku yang tahu
aku sayang
sumpah
tapi dia bukan orangnya
dulu pernah aku angankan hidup bersama
namun takdir penentu segala
tersurat segala yang tersirat

awak
terima kasih
semoga kita bahagia
saling mendoakan
'family saya family awak juga'
saya tak lupa
segala yang awak berikan
saya tak beri apa-apa kot
(hihi -_-'')
moga awak terus ada
beri saya sokongan
sebab awak sahaja yang tahu
kisah hidup saya
segalanya saya kongsi dengan awak
suka dengan awak
duka dengan awak
SAYA PERLU AWAK

even kita tak macam dulu, be right there for me please :(











p/s: aku sedih.. YA ALLAH.. tabahkan hatiku..

Selasa, 11 Mei 2010

Tribute untuk mama

Mama.. mi sayang mama. Tapi, banyaknye dosa mi dengan mama kan? Mi pernah tinggi suara, mi pernah buat mama nangis, mi pernah buat mama marah.. tak cukup lagi ke mi buat mama sakit separuh mati masa mi nak keluar melihat dunia dulu?


Mama.. mi tahu.. banyak insan dalam dunia ni, mana boleh menandingi mama seorang. Mama yang terbaik yang pernah tuhan bagi pada mi. Dalam dunia ni, mi ada ramai kawan. Mi kenal ramai orang. Tapi tak satu pon yang sama ngan mama. Mama sentiasa ada. Tak kira masa. Kawan- kawan ada yang macam tu ke?


Mama.. mi rasa, mi dah banyak menyusahkan mama. Dari mi sekecil tapak tangan sampailah sekarang, sebesar anak gajah ni. Penatkan mama? Melayankan kerenah anak- anak mama ni. Tiap kali mi cakap mi mintak maaf sebab nyusahkan mama, mesti mama cakap, takpe.. mama kan mama?


Mama pernah cakap, mak sorang boleh jaga anak sepuluh orang. Anak sepuloh orang belum tentu boleh jaga mak sorang. Kenapa mama cakap macam tu? Mama tak caya ke mi dan adik- adik akan jaga mama esok-esok bila kami dah besar? Kalau pon mama tak caya, takpe. Tapi mi janji. Mi jaga mama sampai bila- bila pon. Mi takot mi tak sempat je ma.. kot- kot mi yang pergi dulu manalah tahu kan? Mama janganlah risau. Mama kan baik.. anak- anak mama mesti baik macam mama. Mesti kami jaga mama.


Mama.. mama sayang mi kan? Mi tahu. Mama membebel pon, lepas tu mesti mama masak sedap-sedap, tak pun mesti mama ajak jalan. mama rasa bersalahkan? Mama tak perlu rasa macam tu ma. Mama takkan nak membebel, nak marah tanpa sebab kan ma? Tapi nak buat camne.. hati amma lembut. Alahan dengan anak- anak sendiri.


Mama.. mi bersyukur sangat. Tuhan bagi mama kat mi. Kalau boleh mi nak mama tengok mi jadi mama. Tapi mama kena kasi mi kawen dulu lah. Hihi.. mi harap sangat cucu mama nanti macam mama. Cekal macam mama, cantik macam mama, kuat macam mama, rajin macam mama..... mi taknak cucu mama ikot mi. Sebab mi jahat, mi lalai, mi alpa. Mi nak mereka jadi orang berguna bila mereja dah besar nanti. Mama doakan untuk mi ye mama?


Mama.. andai boleh ditukar ganti nyawa kita, mi nak gantikan mama waktu mama sakit.. waktu mama susah.. waktu mama sedih.. waktu mama rasa mama tak nak berada dalam situasi itu. Biarlah mi yang rasa semua. Tapi, mama mesti doakan mama yang ganti tempat anak- anak mama kan? Mama nak tengok anak mama bahagia selalu walaupun diri sendiri merana. Muliakan hati mama? Moga syurga tempat mama.


Mama.. selamat hari ibu mama. Mi dan adik- adik sayang mama sangat- sangat. Moga mama terus berada di sisi kami menempuh alam hidup yang kian lama kian mencabar ni. Moga mama terus bersama kami mengecap bahagia. Moga mama terus bersama kami menjadi tunggak kejayaan kami ye mama. Love you mama.






Sekian.. buat Pn Jamilah Abdullah






p/s: aku baru balik dari trip ngan si tikus! weee~ so lambat sket wat entri tok mama ni :)
Related Posts with Thumbnails