Welcome to my blog :)

rss
Memaparkan catatan dengan label mydin mall. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label mydin mall. Papar semua catatan

Jumaat, 14 Mei 2010

Nenek aku kata, kalau mydin mall blackout..

Ahhhhhhhhhhhh..blackout!!!!! aku lom cebok lagi ni! Time aku berak lah nak blackout. Huhu





Demikian keadaannya dirumah aku masa blackout semalam. Heh. Sangat havoc ok. Nenek aku dengan spontan bangun meraba- raba tv cari lampu suluh beliau. Motif dia meraba- raba tv tu? Aku pon tak tahu.. hihi. Dah tu bila dah jumpa lampu suluh, dia cari lilin untuk diletak kat depan tu. Gelap ya amat!





Sebab panas, kami lepak- lepak kat luar sambil mengumpat bersembang kosong. Tengah bersembang tetiba nenek aku cakap..


Hai.. kalau mydin mall takdok api lagu ni.. mati lemahlah orang hok duk dalam or. rasenye takdok lah rakyat ganu. Hilang secopeng. Baru a sunyi sepi ganu ni.

*hai.. kalau mydin mall blackout macam ni, mati lemaslah orang yang kat dalam tu. Rasanya takdelah rakyat terengganu ni. Hilang separuh. Bari sunyi sepi terengganu ni.




Maklum jelah.. korang pernah pergi mydin mall terengganu tak? Kalau korang pergi, mesti korang percaya apa nenek aku cakap. Separuh rakyat terengganu pergi shopping sana. Aku tak tahulah shopping apa. Yang pasti mydin mall tiap- tiap hari, tak mengira masa, even hari JUMAAT, time solat JUMAAT sekali pon ramai orang jugak LELAKI sama ramai ngan perempuan. Diorang tak pergi solat ke? Heran aku. Parking selalu penuh je. Korang jangan harap la kalau pergi senang- senang jek nak dapat parking. Memang tak der...


Jadi apa tunggu lagi? Datanglah melawat terengganu. Kalau anda datang jangan lupa pergi ‘midvalley’ mydin mall. Pasti anda terpegun dengan keindahan lautan manusia disana. Anda akan dijamu dengan kecantikan kereta mewah yang pasti menarik perhatian anda. Yelah. Orang terengganu kaya- kaya. Semua pakai kereta besar- besar tapi shopping kat mydin mall jek. Heh.


Sekian sahaja promosi tahun melawat terengganu dari saya. :P.


p/s: huhu.. saket!! Tapi aku nak berblogging jugak. Heh.


see muka si penyempit yang moyong ngah saket. lalala :P
Related Posts with Thumbnails