Welcome to my blog :)

rss

Rabu, 12 Januari 2011

pernah jumpa budak nih kat mana2 tak??

ni bukan entri untuk mencari orang ilang. ni entri nak memperkenalkan anak ikan baru mak. mude yaw. baru 14 tahun, tahun ni 15 la kot eh? status persunatan tidak diketahui, status keakilbalighan pon tidak diketahui. tapi mak peduli apa, mak sukee.. i loikeeeeeeee bak kata budak-budak 'geli' zaman sekarang. 





amacam? hensem tak anak ikan mak? hensem kan kan kan?
budak nih nama dia aiman. 
peserta Kamilah Bintang. pernah tengok?
alaaa kat Astro Ceria.
orang-orang innocent cam aku jer tengok Ceria tu. 
korang mesti ukak channel ada orang berbikini ke, ada orang gosip-gosip ke, ada orang main laser ke.. 
aku tak, aku cari channel untuk tatapan budak-budak je. 
maklumlah nak meminimakan dosa. =.=
ok tipu.
penat gaduh ngan tini last-last dia menang sebab dia kipas Pn Jamilah. 
menyampassssss.. seb bek aiman ensem. 
takdelah aku seksa dengar suara budak-budak tak pecah nak tercirit terpekik-pekik atas pentas tuh.
aiman tak, aiman macho. :P




p/s: tak boleh tido, bukak google search anak ikan hensem. cam haram jekkan? hahaha. ada aku kesah? aiman tak kesah. :P

p/s: tengok betol-betol muka aiman dengan muka aku, macam sama padan jek. lalalla
p/s: aiman wayyy better than Justin Bibir! (-_-)v


Khamis, 6 Januari 2011

tribute buat kekasih hati.


Ok. PMS. Harap maklum.


Hati terasa sayu
Mata menjadi kelabu
Lidah seraya kelu
Berkata pun tidak termampu
Air jernih tidak tersapu
Bertanya mengapa begitu
Satu jawapan tidak ketemu
Aku tidak tahu..


Sebelum mencarot panjang-panjang sila bagi salam dulu. Assalamualaikum wbt.


''malam ni langsung tak boleh tidur long. Hati rasa sedih sangat-sangat. Rase macam tak sanggup nak hantar farid kat asrama esok pagi. Terasa kehilangan macam hantar awak dengan fendi dulu''


Pukul 4 pagi. Aku bangun gosok mata. Baca mesej tengok sender: Pn Jamilah. Baca ayat pertama terus terburai air mata aku. Menangis sampai bengkak-bengkak mata nih. Bukan taknak balas ma. Tapi mi tak tahu nak balas apa. Sedih rupanya ma. Ingatkan suka anak dapat belajar tempat bagos-bagos kan? Tapi dalam suka sedih jugak sebab kena tinggal jauh-jauh.  


Kalau aku kat rumah tu mesti malam tu aku masakkan pared sedap-sedap, layan pared macam raja, sayang dia lebih sikit so that esok bila dia nak tinggal aku dia yang nangis dulu. Bolehlah aku coverkan? Eleh baru nak masuk asrama dekat gila jalan kaki pon sampai nak nanges-nanges. Tengok aku, ne campak mana pon rilekkk je. takde pon nak nanges-nanges. Padahal berbaldi air mata tu kalau tadah.


Farid. Ensem. Jambu. Ramai kakak angkat. Tapi koya. Menyampah tapi aku sayang. Pemalas tapi rajin. Gedik tapi macho. Mengade tapi manja. Keras tapi lembut hati. Jahat tapi baik budi. Dia form 3 awek form 5 tapi panggil abang. Geli. Hahaha. Ermm.. ni sesi kutuk adik ke puji adik? Dua-dualah senang. Adik aku, aku punya pasalla kan? Haha


Dear insan yang bernama Farid Hakim,

Insan yang bernama Nurul Shamimi ni just nak cakap, dia rindu saat kamu marah-marah dia, dia rindu saat kamu tarik rambut dia, dia rindu saat kamu gelakkan dia, dia rindu saat kamu gila bersama dia, dia rindu saat dia ajak kamu mengumpat orang lain masa duduk dalam kereta, dia rindu saat kamu masakkan untuk dia bila dia lapar malam2, dia rindu saat kamu amekkan makanan @ minuman sambil membebel cakap dia malas nak amek sendiri, dia rindu semua saat bersama kamu.

Love you so demn freaking machmach!!












p/s: untuk adik-adik yang lain, tunggu korang tinggal aku jauh2 baru aku wat tribute tok korang kat belog keyh. Ceh padahal adik ada 3 jek pon. muahahaha


p/s: sian mama mesti dah tak tahu nak marah sape dah kat rumah tu..


p/s: bila ada depan mata kita tak sedar berharganya dia.

Sabtu, 1 Januari 2011

cerita toyol di tahun baru.


Okeh aku tulis entri ini pada Satu Januari 2011. Lokasi: 1202, KLPM. Mood: belia benci kolej. Haha. Lambat post sebab: berukband macam taik!

Sumpah rindu anak beranak aku kat kampung. Kucing tok aku si puteh tu pon aku boleh rindu sedangkan masa ada depan mata aku sepak terajang caci maki je. betulla orang kata. Jauh di mata dekat dihati. dekat dimata dekat dikaki. huhu


Semalam baru sampai kolej. Sedangkan the day before yesterday aku dah sampai penang dah. Bukak je pintu bilik terus diterpa angin rindu. *ceh ayat haram kuaq dahh.. haha. Rindu kat kampung. Terduduk jap atas katil. Pepel sungguh katil aku. Gerutu aku dalam hati. Apa kaitan dengan rindu? Aku pon tak tahu..


Arini aku lalui dengan penuh keazaman. Yerla ari ni kan Satu Januari, mesti semua orang muke poyo jer azam baru penuh didada. Azam tahun lepas entah dah buat ke belum. Biasalah. Manusia. Memandangkan aku pon manusia maka Aku pon sama. Muka memang berazam gila. Muka aku ni kalau berazam memang macam lebih hangat daripada biasa. Oh. Terperasan plak. Hiks!


menyempit


Azam apa aku tahun ni yer? Erm. Tahun ni nak beli kereta. Eh tak boleh. Tak keje lagi. Nak beli rumah. Erm. Tak boleh gak takde gaji takleyh wat loan. Nak jadi best student? Best student tuh ape hah? Nak jadi orang lebih baik?? Hampeh. Perangai baik sikit dari setan kot. Haha. Nak kurus?? Takyah mimpilah. Sepuluh tahun dah berazam nak kurus tak kurus-kurus pon. Nak jadi ape lagi... erm. Okeh. Aku nak jadi batman ah tahun ni. Eh.eh. batwoman. Apa salahnya berazam yang mustahil sedangkan yang mustahil pon susah nak dimustahilkan. Okeh ayat keling sekian terima kasih.


Esok dah kelas sumpah malas nak pergi. Plus terlibat orientasi budak-budak baru masuk kesian asek kena marah jer diorang. Erm. Yang hensem, jambu, muke innocent baik nak mati rasa macam nak ngorat pon ramai jugak. Aishhh.. rambang mata eden. Eden jerla. Diorang tuh sampai juling mata pon tak nampak der eden ni ha... yerla. Pipiku tak segebu.. muka ku tak seayu.. pinggangku tak seramping itu.. hukhuk.


So kesimpulannya disini ialah selamat tahun baru. Entri ini ditujukan khas buat semua yang mengenali serenade senget, a.k.a mimi senget, especially buat kawan-kawan sengal, Mr. Turtle yang berubah status Toyol, mamapapa, adik-adik dan follower terchenta dandan jek nak chenta bagai dan sesiapa sahaja yang membaca belog saya ketika ini. sekian terima kasih. Peace!

wajah kesayangan hamba. rindu kamu semua. T___T








p/s: dulu masa sekolah cikgu cakap aku terer buat karangan mengarut lari topik kalau karangan 350 patah perkataan aku boleh drag jadi 3500 perkataan tapi setiap perenggan takde kaitan pon. Whooahhhh.. handal tak? Handal tak? WTF!

p/s: perkataan toyol ada satu kot. wah peningkatan mendadak nih. hiks! jangan marah :)







Rabu, 29 Disember 2010

geng-geng HINGUSAN



First time aku rasa fesbuk ni bermanfaat. Thanks kepada pencipta fesbuk mark zugeblablabla *tak tahu name penuh malas nak google. Beberapa hari ni aku berjumpa semula dengan kawan-kawan sekolah rendah aku dulu. Kawan-kawan sekolah menengah senang nak cari, kawan-kawan IPTA lagi senang nak cari, tapi kawan hingusan susah woo nak jumpa.. Dah 9 tahun kot berpisah. bila dah jumpa balik semua dah lain. ayat wajib ''dah besar dah ko''. Memanglah takkan nak stay 12 tahun sampai bila-bila kan? 



Dah jumpa ni rasa banggalah pulak. Ramai kawan-kawan aku sekarang belajar oversea. Sebab tuh macam susah nak jumpa. Bagos2. Korang belajar la jauh-jauh. Bia aku jaga malaysia ni. Korang jangan riso ek. ceh padahal kurang pandai tak ley pegi ovesea. huhu



Dulu masa kecik-kecik aku pengawas. Selalu berebut dengan AsmA nak baca doa masa kelas fardhu ain petang2. Dulula. Zaman innocent dulu. Sekarang hampeh suruh baca doa makan aku pas kat adik laki aku je. Kan sok2 nak imamkan bini. Alasan. =.=



Paling lawak lam kelas dulu syaheed lah. Selalu buat lawak. Sebab aku suka jalan ngan mulut banyak, cikgu syamsul suruh aku duduk tepi syaheed. Yerla mamat tuh dulu ketua pengawas kot tapi hampeh giler sangat lawak saya bising2 gelak sebab dialah bukan sebab saya mulut banyak ye cikgu. Kesian saya. @_@ Sekarang syaheed kerja hospital dah. Pakai viva u! Okehla tu beli kereta guna gaji senirik dah. aku ni ntah bila lagik an. Pakai vavi pon lom tentu. hakhak.



Paling nakal dulu syed. Huh dulu sumpah aku benci dia. Dia tolak kerusi aku sampai jatuh macam nangka busuk. Nuramin bahagia jek gelakkan aku. Tapi tu dulu. Sekarang dah hensem macam nak ngorat lah pulak. hakhak. Kalau perempuan bagi kat asma lah award nakal tu. Aku ingat lagi dia tampo rusydi depan ustaz. Nak terkencing aku gelak. dulu dia tomboy, sekarang dia ayu. Dah pandai jiwang, fesbuk pon share profile nan pakwe kan kan kan. :P



Ramai lagilah. adam (bukan adam Af), fahim, solehuddin, marami, zulhilmi, hifni, azim (forever babyface haha :) hafiza, safina, akmal, nadia, aina.. syairah. alia, fariha, solehah satu geng pergi oversea. Wah. Dasyat. Dulu aku ade geng gak. aina, shahaida, asma, nuramin (sesat :P ). Tapi kitorang belajar dalam negara jer. Takpela belajar mana2 sama je. Menuntut ilmu tu kan tuntutan agama? Alhamdulillah. Suke tengok kawan-kawan aku berjaya.



Nak jumpa depan hidung lambat lagi kot. Sok dah nak balik kolej mental. huhu. So terpaksalah curi gambo cun dari fesbuk je. Sekali lagi terima kaseh mark zugeblablabla wtf :P. erm. Korang semua pon halalkan jekla ea. :)




ahah! abang syaheed dengan viva nye yang gojes! nak tumpang! nak tumpang! 

aku amek gambo ni sebab mase ni adam saaaangaaattt adorable. :D


hah rusydi. dah ayu sekarang. hikhik :P

fahim: aku tak jumpela gambo die rambut kembang sesorang. huhu

 azim 'babyface'. dari dulu sampai sekarang camni jekla. tak tua pon aku nengok. kiut camnilah jugak. haha

ni zulhilmi ngah wat iklan colgate. hihi

ni syed. nampak matang dah sikit. even muke tak banyak berubah. :)

amin~ dulu kini selamenye encem xoxo!

 nurul syairah che abd aziz. nak masuk minang datangla ke alamat tertera. haha. *jgn marah syek~

 sema: oh. oh. cant believe u grown up being someone soo ayu. :P

 hoh. awek cun. shahaida. makin ari makin cantik member aku sorang ni. macam aku. lalala :P

ainaa. ok muke ko matured muke aku manja. tu jer perbezaan kita. hahaha

pina: minggu depan dah jadi tunangan orang. takmo noty2 keyh. selamat berbahagia 


and lastly, budak paling cun kat sekolah dulu.. ni memang tak boleh dinafikan lagi dah. memang terbukti kecunan dia. haha

hah. mestilah tuan nyer blogkan?? jangan jeles~ :P




p/s: malaysia menang eh? sayang kamO malaysia. eh ape name perempuan nak pakai coli laser tuh? aku pon banyak. eleh. show off plaks. menyampassss...

p/s: kawan2. love u guys soooo much!!! sumpah rindu!! :D xoxo muaahhhhxxx!!












Isnin, 27 Disember 2010

hidupnya kini berubah

biasanya dia bising
tapi hari ni dia senyap
biasanya dia gedik
tapi hari ni dia baik je
biasanya aku menyampah pon ada dengan dia
tapi hari ni aku cam sayang dia lebih je
biasanya dia kuat mengadu
tapi hari ni aku buat apapon dia diamkan jek
biasanya dia berebut nak tengok tv dengan aku
tapi hari ni aku jadi raja nak tengok korea 24 jam pon takpe
biasanya dia sebok asal petang jek bising ajak beli gula-gula
tapi hari ni dia cakap da tobat tanak beli gula-gula lagi dah
hahaha



TENGOK MUKE BUDAK YANG MALAS GOSOK GIGI TAPI RAJIN MAKAN GULA-GULA PASTU BILA GIGI DAH KENA CABOT BARU NAK MENYESAL BAGAI =.=



oh. semalam malaysia menang eh. walaupun kami suka main laser tapi kami boleh sumbat 3 gol && penjaga gol kami hensem. hakhakhak. jangen marah dong ya! :P

p/s: gambo curik kat naz :)




p/s: oh cuti dah nak habessss... tidakkkK!!!



Isnin, 20 Disember 2010

cuti berwawasan dan chenta baru.

whooahhhhh.. cuti sem. dah nak sampai penghujung! assignment aku belum siap lagi. pejadahlah malas sangat perempuan ni. Pn Jamilah tu selama ni kalau aku mengadap lappy ada je dia marah sebab membazir buang karan kat umah aku jek an. tapi cuti ni since aku cakap aku ada banyak giler melambak asaimen nak kena buat dia tak bunyik pon aku on lappy 24 jam. heaven giler. mati-mati dia ingat aku berasaimen. sorry ma. anak ma ni bukan buat asaimen tapi whoring di mukabuku beliau. maybe muka anak ma yang sengaja dikerut-kerutkan ni membuatkan ma caya yang anak ma ni sedang bermatian berjuang menyiapkan asaimen. hihi


cuti berwawasan? hah. berwawasannnla sangat kan? erm. before cuti adela perancangan nak memenuhkan cuti dengan aktiviti bermanfaat. contoh? oh. jalan-jalan usha jantan hensem. boleh cari pasangan hidop elak maksiat. tak berwawasan ke tuh? :P. hasil cuti sem sebulan: gemok, jerawat, boncet, kesimpulannya GEMOK. eh. diet sebulan gemok jugak? mau tak. aku masak satu kuali. mase hidang dah hilang setengah isi kuali tuh. i wonder mane pegi separuh makanan tu? errrr... *tutup perot. 


oh ya. cuti kali ni heaven gila sebab i jumpa mamat ensem merangkap pakwe baru, pelengkap hidup, buah hati, intan payung dan yang sewaktu dengannyalah. ya kawan-kawan saya sedang berbahagia sekarang percayalah. =.= i rasa dia pon dah jatuh cinta kat i lah. asal tengok i jek dia senyum. eeee... geram geram geram. macam nak peluk cium pon ada. nasib i ingat tuhan lagi. ish. kepada u.. yes you! yang buat i jatuh cinta! i love u so much much much much. rindu bersepah ni. hoho T_______T




 aiman aqill 




oh. oh. oh. shumell :)
saya shukew
saya chenta
saya sayang
saya rindu kamoo 
bau kamo sedap macam baby!

oh. mesti wonder kan? 
mane dia dapat kecomelan dia tuh?




hehehehe. terjawab tak persoalan anda. 


oh. siapa tadi kata aku pemalas? 
aku rajen taw. 
ade bukti!

see? yang malas tuh puteh! tengok fail aku bersepah tu. dia rilek je lepak sebelah. bukan nak tolong selakkan ke ape. makan nak. kerja malas. 
sejibik ngan tuan.







p/s: seeing someone. erm.. tak pasti. =.=

Jumaat, 10 Disember 2010

status sekarang.

berada di samping family terchenta. sangat happy ada mereka disisi. tetapi down kerana kurang motivasi dalam diri. sory enchik belog. kekasihmu ini bizy body.

this week 
i keep seeing people who i dont wanna see. 
i keep doing things i dont wanna do
i keep doing mistake that shouldnt be done
i keep and keep and keep.... only God knows. =.=

tak tahulah nak jadi apa
tak tahu nak mengadu pada siapa
tak tahu mahu buat apa
susah ke menjadi seorang manusia?
life always this comlicated isnt it?

oh... PMS mungkin.
serba serbi serba tak kena
jantung bergendang gendut
dada terasa nak pecah
hati terhiris sembilu
apakah??



p/s: buang tebiat agaknye. hiks! :P

Isnin, 8 November 2010

fire drill yang tak berape nak fire drill.

'abang.. tunggulah kejap. nanti ayang pergilah.' seronoknya hidup berumah tangga. ada insan yang boleh berkongsi hidup setiap masa. nak tidur dengan dia. bangun tidur pon bersama dia.

'mimi sayang.. bangun mimi sayang.'

''ehmmm... japla bang.. sayang mantuk lagi ni.. semalam tak kasi orang tidur'' sambil senyum sinis.

dia senyum. aku tergoda. baru nak goda dia balik. tetibe........ KRINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!

aku terkejut beruk bingkas bangun. sialan. mimpi rupanya, ape gatal bebenor aku mimpi berlaki bini nih??? ahhh.. tapi mimpi tuh syok! bunyi apa bising gila tuh? bingit telinga aku. potong stim betul. tapi sumpah aku tak stim pon. heh!

siti pandang aku macam pandang orang gila dengan muka berkerut-kerut. yang kejut aku tadi si siti rupanya. patotlah suara suami aku macam perempuan. aku ingat aku kawen dengan pondan ke apa. lega kejap. siti cakap ada fire drill. sebab penggera kebakaran berbunyi. aku mamai-mamai lagi. orang lain dah turun ke? macam tak dengar bunyi orang kecoh-kecoh pon. aku tidur balik niat nak sambung mimpi basah 'syok'. 

siti tepuk bontot aku. pedihnya sampai simfisis pubis kot... kurang asem. aku bangunlah jugak memaksa diri untuk menyelamatkan diri dari kebakaran kononnya. lepas tu sebab fire drill tak boleh guna lif jadi kami guna tangga. DARI TINGKAT 12 okeh! mak aii.. it takes like FOREVER nak sampai bawah tu.. tapi alhamdulillah. berkat usaha tangga kejayaan, aku sampai jugak kat lobi. 

macam-macam ragam. muka tak mandi, baju tido seksi tak leyh blah, macam-macam ah. pak guard cuci mata saje. sukelah tu. tengok kami nurses ni bertukar uniform kan???

nampak sangat muka tak mandi kan. mata pon bengkak-bengkak lagi. haha


masing-masing fedup jek nunggu warden yang tak turun-turun.


 fesyen rambut terbaru. uptodate sungguh. hahaha


yey! akhirnya abang-abang bomba datang menyelamatkan kami!

 minah-minah kecoh gila kamera. bukan selalu dapat peluang macam ni. :P

akhirnya warden turun. kami dapat tahu itu bukan fire drill. tapi betul-betul. tak sangka betul. naseb baik kami sempat menyelamatkan diri. toilet mate aku siap sempat gosok gigi dan sarung kasut sukan lagi. hampeh betul. abang bomba cakap ada masalah wiring kot. pastu terbakar. tapi sikit je. sensor tuh kesan asap lalu berbunyi. macam hampeh je ayat aku. tapi last-last lepas tu kami boleh naik bilik. aku cepat-cepat je berdiri depan pintu lif tuh. tak sanggup lagi aku nak mendaki tangga naik tingkat 12. malam tuh rasakan sensasi denyutan yang teramat sangat kat kaki aku sampai rasa macam nak demam. padan muka. sampai suruh tak bersenam. huhu. lepas tu aku manfaatkan dengan sambung mimpi basah tido aku. hihihi. hepi endingkan??



p/s: sakit kaki sampai hari  ni tak hilang. huhu

Patot ke kau as pendidik menyumpah-nyumpah student setiap hari?


Owh. Firstly, ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupon yang dah mati. Siapa makan pedas, dia yang berak-berak esok pagi okeh. Jahanam


Pernah tak korang jumpa lecturer, pengajar, cikgu tutor dan yang sewaktu dengannya yang suka menyumpah-nyumpah korang dalam kelas? Apa pendapat korang tentang orang lahanat macam ni? Ni pendapat aku. Sorry. Ini entri emo.


Aku cukup pantang kalau benda aku tak buat orang kata aku buat. Kami pergi kelas nak belajar bukan nak dengar kau cakap kami takkan pass exam sebab lembap, kami takkan pass exam sebab lepas siap jawab soklan exam kami tido, kami takkan pass exam sebab pergi kantin lepas pukul lapan, kami takkan pass exam sebab kami tanya lepas exam boleh balik bilik tak. For God sake! Apa yang kami buat tuh melayakkan kami untuk didoa seperti itu oleh pendidik kami sendiri ke??


Oi kau! Aku tahulah kau pendidik. Tapi kau tolong sikit eh. Setakat pangkat kau yang tak seberapa tuh kau ingat kau boleh menyumpah orang sesuka hati ke? Kata orang bodohla apalah. Kau tu yang orang duk mengumpat hari-hari sebab tak reti buat kerja kau tak sedar diri pulak?


Oi kau! Setakat modul kau yang bersepah tuh, kau jangan ingat aku lapar sangat nak belajar ngan kau. Satu sem ni aku belajar sendiri je taw. Tak pernah pon aku dengar kau mengajar dalam kelas. Sebab makin aku dengar makin aku tak paham. Bukan aku sorang je! satu kelas cakap macam tu. So bererti bukan aku yang salah penilaian lah kan?


Oi kau! Mentang-mentang status kau kat sini as ‘pendidik’ kau boleh buat sesuka hatilah? Macam tu? Pelisssss lah. Kau selalu cakap, kau percaya tuhan kau. Tapi aku tak rasa tuhan kau suka kau menyumpah orang tiap-tiap hari.


Oi kau! Kau tak pergi ke kursus-kursus yang wajib dihadiri oleh’pendidik’ supaya cara pembelajaran dan pengajaran kau lebih efektif? Kau pergi kursus tuh ada ke diorang cakap kena sumpah pelajar baru  kau boleh jadi seorang pendidik yang berkaliber?


Oi kau! Kau paham tak erti hormat. Aku hormat kau sebagai orang yang memberi ilmu. Tapi kau tak reti ke nak hormat orang yang hormat kau? Kau mintak tolong aku, lepas tuh kau cakap aku bodoh. Mintak maaflah. Kalau macam tu, itu kali terakhir aku tolong kau.


Huh. Sorrylah cik  belog. Beta tak tahu nak luah kat siapa. Luah kat orang, mulut orang lagi besar dari mulut tempayan. Tapi golongan pendidik di luar sana.. silalah musahabah diri. Watch the word that come out from your mouth. Silap perkataan, haram ilmu yang anak didik anda terima dari anda. Sepatut nya anda yang menjadi tunggak kejayaan mereka. anda yang menjadi contoh, anda yang menjadi idola. Tapi kalau anda tidak menghalalkan ilmu yang anda beri, berbaloikah ‘pengorbanan’ anda itu kononnya? Saya sedih. Tapi allah menguji saya dengan orang seperti itu, saya redha. Harap allah menghalalkan ilmu yang saya dan kawan-kawan pelajari. Kalau ‘kau’ taknak halalkan takpe. Pengajar lain tidak pernah lokek ilmu. Malah mereka lebih berpengetahuan. Timba ilmu dari mereka lebih afdal. Taklah sesat-sesat. Buku cakap lain kau ajar lain. Kami jawab exam salah kau kata kami bodoh pulak. Huh. 






p/s: geram dengan segelintir manusia yang tidak sedar kelemahan diri dan mencipta kelemahan pada orang lain untuk meutup kelemahan dirinya.

Sabtu, 6 November 2010

sengal saya. ini untuk kamO..

aku merajuk kau pujuk
aku tunjuk kau ikot
aku senduk kau mangkuk
hiruk pikuk, kau sanggup..

aku gedik kau lentik
aku cubit kau sakit
aku cinta kau sayang
aku benci kau layan

aku jahat kau baik
aku pergi kau cari balik
aku mengada kau macam nak jentik
tapi darah kau tak pernah nak naik

kau tunjuk aku nampak
kau kata aku dengar
cuma kadang-kadang hati aku memberontak
aku tak boleh beza yang auta atau yang benar

sayang kau yang abadi
kasih kau sampai mati
cinta kau tak bertepi
harap semua itu tak berhenti

please love me till the end.. :)

p/s: i love you..


Related Posts with Thumbnails