Welcome to my blog :)

rss
Memaparkan catatan dengan label azam tahun baru. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label azam tahun baru. Papar semua catatan

Sabtu, 1 Januari 2011

cerita toyol di tahun baru.


Okeh aku tulis entri ini pada Satu Januari 2011. Lokasi: 1202, KLPM. Mood: belia benci kolej. Haha. Lambat post sebab: berukband macam taik!

Sumpah rindu anak beranak aku kat kampung. Kucing tok aku si puteh tu pon aku boleh rindu sedangkan masa ada depan mata aku sepak terajang caci maki je. betulla orang kata. Jauh di mata dekat dihati. dekat dimata dekat dikaki. huhu


Semalam baru sampai kolej. Sedangkan the day before yesterday aku dah sampai penang dah. Bukak je pintu bilik terus diterpa angin rindu. *ceh ayat haram kuaq dahh.. haha. Rindu kat kampung. Terduduk jap atas katil. Pepel sungguh katil aku. Gerutu aku dalam hati. Apa kaitan dengan rindu? Aku pon tak tahu..


Arini aku lalui dengan penuh keazaman. Yerla ari ni kan Satu Januari, mesti semua orang muke poyo jer azam baru penuh didada. Azam tahun lepas entah dah buat ke belum. Biasalah. Manusia. Memandangkan aku pon manusia maka Aku pon sama. Muka memang berazam gila. Muka aku ni kalau berazam memang macam lebih hangat daripada biasa. Oh. Terperasan plak. Hiks!


menyempit


Azam apa aku tahun ni yer? Erm. Tahun ni nak beli kereta. Eh tak boleh. Tak keje lagi. Nak beli rumah. Erm. Tak boleh gak takde gaji takleyh wat loan. Nak jadi best student? Best student tuh ape hah? Nak jadi orang lebih baik?? Hampeh. Perangai baik sikit dari setan kot. Haha. Nak kurus?? Takyah mimpilah. Sepuluh tahun dah berazam nak kurus tak kurus-kurus pon. Nak jadi ape lagi... erm. Okeh. Aku nak jadi batman ah tahun ni. Eh.eh. batwoman. Apa salahnya berazam yang mustahil sedangkan yang mustahil pon susah nak dimustahilkan. Okeh ayat keling sekian terima kasih.


Esok dah kelas sumpah malas nak pergi. Plus terlibat orientasi budak-budak baru masuk kesian asek kena marah jer diorang. Erm. Yang hensem, jambu, muke innocent baik nak mati rasa macam nak ngorat pon ramai jugak. Aishhh.. rambang mata eden. Eden jerla. Diorang tuh sampai juling mata pon tak nampak der eden ni ha... yerla. Pipiku tak segebu.. muka ku tak seayu.. pinggangku tak seramping itu.. hukhuk.


So kesimpulannya disini ialah selamat tahun baru. Entri ini ditujukan khas buat semua yang mengenali serenade senget, a.k.a mimi senget, especially buat kawan-kawan sengal, Mr. Turtle yang berubah status Toyol, mamapapa, adik-adik dan follower terchenta dandan jek nak chenta bagai dan sesiapa sahaja yang membaca belog saya ketika ini. sekian terima kasih. Peace!

wajah kesayangan hamba. rindu kamu semua. T___T








p/s: dulu masa sekolah cikgu cakap aku terer buat karangan mengarut lari topik kalau karangan 350 patah perkataan aku boleh drag jadi 3500 perkataan tapi setiap perenggan takde kaitan pon. Whooahhhh.. handal tak? Handal tak? WTF!

p/s: perkataan toyol ada satu kot. wah peningkatan mendadak nih. hiks! jangan marah :)







Rabu, 2 Jun 2010

Bulan dah ada 6? Biar betul ni. Aku macam tak caye je.

Korang percaya tak bulan dah ada 6 weyh. Sumpah aku tak tipu. Tadi pagi aku bangun, aku tengok dinding. Kat dinding korang tahu tak ada apa? Ada kalendar ye kawan-kawan. Dan hari ni dah 3/6/2010. Omputih say 3rd june 2010 okeh? So dah masuk bulan 6 dah ye. Camne baru hari ni aku baru perasan neh. Cilakak.


Eh2.. dah bulan 6? Pejam celik pejam celik pejam tak celik-celik dah masuk bulan 6 kan? Makin lama makin kertu rupanya aku ni.. ehem.. bukan aku je.. yang sedang membaca sekarang pon sama yea :P. Sekarang ni cepat betul masa berlalu kan? Kalau setahun tu, rasa sekejap je. Lagi-lagi kalau tengah hangat hangat tahik ayam bercinta. Dah kenal setahun pon rasa macam baru semalam jatuh cinta. Kalau budak-budak bolehlah kata cinta monyet. Kalau dah tua macam ni, cinta kingkong agaknya. Hampeh. Heh


Sebab dah masuk bulan 6, maka dah setengah tahun dah kita dalam tahun 2010 ni. Tapi aku punya azam tahun baru tak tercapai lagi. Jap. Aku ada buat azam ke masa tahun baru hari tu? @_@. Ofkoslah. Aku nak kurus. Heh. Tapi mengikut keadaan aku time ni dan ini, aku rasa aku better lupakan saja hasrat murni aku tuh. Aku rasa aku dah cantik begini (ayat penyedap hati. Sila senyum sinis sekarang -_-'')


Oh ya aku pon ingat nak kahwin tahun ni, tapi memandangkan calon suami satu pon tak ada nak cakap tak laku malu :P so itu pon terpaksa aku lupuskan dari list azam aku yang gatal ni.


ngehngeh muka gatal nak kawen. teehee :P


Dah banyak azam aku terpaksa potong guna liquid paper sebab aku tak mampu laksanakan. Wishlist pulak makin hari makin bertimbun, semua benda nak. Jadi hati-hati bila berazam. Kalau rasa tak boleh sampai ke pangkal lengan janganlah kita menyeluk pekasam. Suka hati aku je modified peribahasa. Sudahlah. Aku nak berhenti merepek. Cakap banyak-banyak nanti kena saman, ada page kat facebook (eleh macamlah femes sangat.poyo.), macam-macam lagi lah. Jom blogwalking. :)







p/s: pedehal ko citer sal azam tahun baru tengah-tengah tahun ni? Tebiat dah?

p/s: yang wat page hate israel kat fb tu korang sedar tak fb tu pon yahudi punye. Lau btul nak hate boikot ah. Tak yah berfesbuk. Boleh?
Related Posts with Thumbnails