Welcome to my blog :)

rss

Isnin, 8 November 2010

Patot ke kau as pendidik menyumpah-nyumpah student setiap hari?


Owh. Firstly, ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupon yang dah mati. Siapa makan pedas, dia yang berak-berak esok pagi okeh. Jahanam


Pernah tak korang jumpa lecturer, pengajar, cikgu tutor dan yang sewaktu dengannya yang suka menyumpah-nyumpah korang dalam kelas? Apa pendapat korang tentang orang lahanat macam ni? Ni pendapat aku. Sorry. Ini entri emo.


Aku cukup pantang kalau benda aku tak buat orang kata aku buat. Kami pergi kelas nak belajar bukan nak dengar kau cakap kami takkan pass exam sebab lembap, kami takkan pass exam sebab lepas siap jawab soklan exam kami tido, kami takkan pass exam sebab pergi kantin lepas pukul lapan, kami takkan pass exam sebab kami tanya lepas exam boleh balik bilik tak. For God sake! Apa yang kami buat tuh melayakkan kami untuk didoa seperti itu oleh pendidik kami sendiri ke??


Oi kau! Aku tahulah kau pendidik. Tapi kau tolong sikit eh. Setakat pangkat kau yang tak seberapa tuh kau ingat kau boleh menyumpah orang sesuka hati ke? Kata orang bodohla apalah. Kau tu yang orang duk mengumpat hari-hari sebab tak reti buat kerja kau tak sedar diri pulak?


Oi kau! Setakat modul kau yang bersepah tuh, kau jangan ingat aku lapar sangat nak belajar ngan kau. Satu sem ni aku belajar sendiri je taw. Tak pernah pon aku dengar kau mengajar dalam kelas. Sebab makin aku dengar makin aku tak paham. Bukan aku sorang je! satu kelas cakap macam tu. So bererti bukan aku yang salah penilaian lah kan?


Oi kau! Mentang-mentang status kau kat sini as ‘pendidik’ kau boleh buat sesuka hatilah? Macam tu? Pelisssss lah. Kau selalu cakap, kau percaya tuhan kau. Tapi aku tak rasa tuhan kau suka kau menyumpah orang tiap-tiap hari.


Oi kau! Kau tak pergi ke kursus-kursus yang wajib dihadiri oleh’pendidik’ supaya cara pembelajaran dan pengajaran kau lebih efektif? Kau pergi kursus tuh ada ke diorang cakap kena sumpah pelajar baru  kau boleh jadi seorang pendidik yang berkaliber?


Oi kau! Kau paham tak erti hormat. Aku hormat kau sebagai orang yang memberi ilmu. Tapi kau tak reti ke nak hormat orang yang hormat kau? Kau mintak tolong aku, lepas tuh kau cakap aku bodoh. Mintak maaflah. Kalau macam tu, itu kali terakhir aku tolong kau.


Huh. Sorrylah cik  belog. Beta tak tahu nak luah kat siapa. Luah kat orang, mulut orang lagi besar dari mulut tempayan. Tapi golongan pendidik di luar sana.. silalah musahabah diri. Watch the word that come out from your mouth. Silap perkataan, haram ilmu yang anak didik anda terima dari anda. Sepatut nya anda yang menjadi tunggak kejayaan mereka. anda yang menjadi contoh, anda yang menjadi idola. Tapi kalau anda tidak menghalalkan ilmu yang anda beri, berbaloikah ‘pengorbanan’ anda itu kononnya? Saya sedih. Tapi allah menguji saya dengan orang seperti itu, saya redha. Harap allah menghalalkan ilmu yang saya dan kawan-kawan pelajari. Kalau ‘kau’ taknak halalkan takpe. Pengajar lain tidak pernah lokek ilmu. Malah mereka lebih berpengetahuan. Timba ilmu dari mereka lebih afdal. Taklah sesat-sesat. Buku cakap lain kau ajar lain. Kami jawab exam salah kau kata kami bodoh pulak. Huh. 






p/s: geram dengan segelintir manusia yang tidak sedar kelemahan diri dan mencipta kelemahan pada orang lain untuk meutup kelemahan dirinya.

5 ulasan:

  1. salam...

    iskk...isskk..isskk... xpatut tuuuu....

    rotan xper.. start dgn rammy dulu...heheheh

    BalasPadam
  2. penah jumpa lecturer camtu. tp kelebihan lecturer camni, dia mudah kasi markah. tp tatau la in this case...

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails