Welcome to my blog :)

rss

Selasa, 27 Julai 2010

DARI KERANA MATA


orang kata dari mata turun ke hati.
dari mata kita jatuh hati,
dari mata kita boleh mencari erti, 
dan dari mata pon boleh buat kita rasa macam nak mati.


aku bukan nak riak.
mata aku nak kata cantik takla sangat. 
sikit tu ada lah.
tapi ada jugak yang berminat dengan mata aku ni.
oh. terima kasih lah
kerana kamu menghargai ciptaan tuhan ni
tapi,
aku tak perlu kot perhatian sebegitu rupa
takda peminat pon tak apa kalau macam ni.
sungguh
bukan aku riak ke sombong ke perasan cantik ke apa
cuma aku memang betul-betul taknak
sakit kot!
huh
menciklah secret admirer aku tu. nanti aku jumpa aku pijak kau sampai lumat!

KURANG ASAM PUNYA CHULLY!!!


 tengok kesan 'gegetan chenta' si chully peminat rahsia aku. Y_Y


sebab aku saket, aku kena balik ah jumpa mama. 
sakit rindu ni kot.
kan mama kan?
haish.. 
homesick pulak.. T.T



p/s: chully tuh sejenis serangga. bisa dia macam bisa kala jengking. tapi tak matilah kot.
p/s: dengar kata chully ni makan mayat. huhu. takde gambarlah. nanti dapat sekor aku amek gambo die sebelum aku pijak die. :)
p/s: minggu ni saya balik kot. jumpa Pn. Jamilah  :D

Isnin, 19 Julai 2010

bila seorang ibu bersuara

aku duduk terbaring penat. duduk ke baring? mana-mana jelah. tapi aku memang penat. tiba-tiba aku teringat. aku ada cakap dengan Pn Jamilah, aku takde baju nak pakai pergi kelas sebab hari tu aku ingat aku boleh pakai uniform. so, aku mintak Pn Jamilah poskan. dah 3 hari, kompem baju aku dah sampai. aku bingkas bangun sarung seluar and keluar pergi tingkat 1. 


aku tinggal tingkat 12. masa aku naik lif, tiba-tiba tingkat 4 lif berhenti. pintu terbukak. tapi takda orang. sunyi, sepi, hanya aku dan lif. aku tekan button lif untuk tutup pintu. pintu tertutup. tapi terbukak balik. eh tutup balik. alamak dia bukak balik lah. dalam aku dah sumpah seranah lif tu. sial betul. kat tingkat 4 yang takde oranglah kau nak buat hal. tiba-tiba mulut puaka aku ni terkata, ''hai mambang kau main lif mambang..'' bulu roma aku menegak macam pakai tancho! terus aku bukak langkah katik seribu berlari ke tangga turun tingkat 1.


dah settle ambil barang, aku naik ke bilik. kali ni aku tunggu orang lain. aku taknak naik lif sorang-sorang lagi dah. buatnya mambang lif ngorat aku, ajak aku dating kat komtar ke haru aku dibuatnya. sampai bilik aku call Pn Jamilah. aku cerita satu persatu pengalaman aku tadi. lantas Pn Jamilah berkata.

'mambang tuh bosan nengok muka ko. asek nak main lif je. cuba turun tangga. buang sikit lemak tuh. pemalas. kan dah kena kacau. setan suka orang malas ni.'

oh bonda... anakanda di tingkat 12 bonda.. bagaimana bisa anakanda turun naik guna tangga. nanti longgaq kepala lutut, wang hantaran kena diskaun mahukah dikau wahai bonda??


sambil sembang aku bukak bungkusan pos tu. mak ai. banyaknya baju Pn Jamilah pos. macam nak suruh aku pindah terus kolej mental dental ni.


'ma.. banyaknye baju?'

'dah tu.. ari tu kata tak dak baju nak pakai. pos ah semua. senang. takde nak pos banyak-banyak kali. ko ingat ko jen kena ngorat ngan mambang. aku pon kena ngorat ngan mambang posmen jugak.'

ok fine. kalau aku cakap banyak-banyak nanti makin kecoh Pn Jamilah kita tu. last-last Pn Jamilah tanya duit belanja ada tak. aku cakap ada. anak dia kan tokey.


'hah? tokey? ko jual ape?'

'alah ma. jual topup ah. kan dah lama mi jual'

'ohh.. ingatkan jual tahik idong. jangan tau. haram. tak berkat hidup nanti'

ok. so, moral of the story hari ni, jangan jual tahi idong, nanti hidup tak berkat ye kawan-kawan. hahaha =P

si gemuk dan Pn Jamilah rock-rock gtu. haha LoL



p/s: rindu Pn Jamilah saya, Tok Mek saya dan adik-adik saya soooooo much!!

Sabtu, 17 Julai 2010

nathan pancut sperma

hoh.. lagi-lagi cerita blue. hari-hari aku menyajikan cerita blue je kat korangkan? aku pon tak tahulah kenapa korang suka sangat tengok cerita blue. fanatik BN kah? oh tidak aku rasa. belog aku belog sampah. takkan ada cerita politik disini nanti kena saman okeh.  


kelik untuk tumbesaran


see? yang mengungguli carta ofkos cerita blue. weyh. korang memang sangap nak tengok eh? kesian korang. sini bukan tempatnya. walau aku suka mencarot aku tak pernah jual cerita blue. haram weyh. even lebih dari balik modal sekalipon aku boleh dapat tapi aku tak nak ah makan duit haram. huhu. 
nathan pancut sperma? nanti aku tanya nathan. tapi biar aku cari dulu siapa orangnya.

gambar malam pertama. sekarang yang nak buat aku rasa mesti pikir dua kali. kalau tak nanti jadi macam ariel peterporn yang tak pernah pikir walau pon lebih 40 kali dia buat. =P
okeh. ni yang semalam punya.



ya! menang lagi kan??? so, ada siapa-siapa yang nak tempah sebarang cerita blue? mari sini emailkan kat aku. nanti aku pos Quran dengan sejadah. kasi khatam dulu taw? khatam quran ya adik-adik. jangan ajak orang tua pergi sunat (khatan) pulak. ti tok kadi pening tersalah potong. hahaha lol.

okeh. cukup cerita pasal analytic tu. hari ni aku pergi tengok ong bak. lepas tu merayap kat Queensbay then pergi karok. suara sumbang habis janji rock. pastu kami balik. penat. tapi terubat rindu dan tensen. :)
dah satu  hari berjalan kami pergi makan. elias cakap kat situ pork free. sengal. memang lah. dah nama pon halal kan? boleyh pulak tengah makan dia tanya tomyam vavi ada tak? -_-''. jenuh aku nak menjawabnya. hari ni pergi kami di serve kan teh apa ntah. teh herba kot. elias suka! kalau dia letak tongkat ali ke apa habislah kau tak tidor malam ni. hahahaha =P

kat restoran cantik. makanan sedap. tapi banyak katak suka kencing. vavi!

teh bunga tongkat ali elias.

aku nak ambik gambo air yang ada payung tu je. makcik kat belakang sebok enterprem. :P

tengok makcik tu nak buat apa....

haaa.. dia nak buat love okeh. tapi tangan dia kekok. hehehe. anyway. dia memang suka tunjuk gigi cantek dia tuh.

pakcik elias aku. lol :D






p/s: saya rindu moyong saya. god, please give him to me :(
p/s: thanks guys. u make up my day, everyday :)
p/s: got reason to smile, got reason to cry..

Khamis, 8 Julai 2010

nurse medical vs dental nurse


okeh.. aku naik lif. then aku pelik. kenapa lif ni tak macam lif lain? kenapa dinding dia orang tutup dengan papan? kaler pink pulak tuh. aku macam agak tak boleh blah la dengan keadaan ni. curious taw. kadang-kadang ada jugak try intai-intai celah-celah papan tu. manelah tahu diorang saje tutup nak sorok peta harta karun ke, jampi serapah pas exam ke ape kan?

last-last, akhirnya, finally aku dapat tahu jugak setelah hampir setahun aku memendam rasa. rupa-rupanya kat lif tu banyak iklan. hahahaha -_-''
nak tahu iklan apa??


''eleh... setakat korek gigi orang pon nak amek sampai diploma. balikla woiii!!!!''
p/s: sudah baca harap balas ye miss GG =p

''balas: eleh... cuci bontot orang pon nak diploma. korang ah balik! bontot sendiri pon belom tentu cuci!''
p/s: balas ah balik!


dan begitulah mereka ni berbalas=balas 'pantun' sampai habis dinding lif tu. oh. baru aku sedar. betullah. budak medical takda tegur kami sangat. ada perang tradisi rupanya. sengal jugak nurse ni ea? aku ingat lemah lembut kat luar dalam pon macam tulah jugak. rupanya.. hihi.. so sape-sape yang duk gile tengok nurse come-lote nak-nak yang baru masuk praktikal tu, hati-hati ea. mulut puaka semua tu. hahahha! aku pon. eh. bukan part mulut puaka tu. okeh. adalah sikit-sikit. tapi bukan ah. yang part comel tu baru aku. wiki-wiki XD




p/s: aku refer semua nurse. bukan medical or dental sahaja. jangan saman aku! =P

Isnin, 5 Julai 2010

aku disuruhnya mencarot.. ada ke patot..?

ada ke patot disuruhnya aku mencarot. mana boleh? mak aku cakap nanti tuhan kerat lidah. aku kan budak baik. lagipon kau nak suruh aku mencarot apa kat belog aku yang shupan lagik shantun ni? vavi? hissshhhhh... tak baik.. tak baik.. berdosa tau?? kalau berdosa, nanti kena azab. ko nak? aku taknak.. dosa aku yang ada pon dah berazab-azab agaknya. -_-''

okeh. stop shitting. hari ni hari last budak-budak junior orientasi. aku tak. aku junior tua. (taknak ngaku seyh. wtf) hari ni dah ada kelas anatomi pergigian. sekali kakak KPSL cakap Pn Azmah kasik lecture 110km/j. hamek kau. tersentap diorang kejap. satu hape pon tak masuk kepala. ada yang terhegeh-hegeh pergi salin slide show. hello! kami tadi angkat modul berat-berat kasik korang yang korang salin slide show tu apa jadah? adoyai. aku cukup bengang kalau orang tak pandai menghargai kemudahan diberi. dah bagi jamban depan mata, kau pergi berak kat perigi buta nun jauh kat sana. ibarat macam tu lah kan. 

lepas tu, Pn Mag pesan, lantik penghulu. diorang bising-bising pakai pilih ikot sedap je. aku cakap la kat diorang. bukan apa, kesian nanti nak kena tukar-tukar macam dulu sebab tak puas hati kan. padahal sendiri yang pilih. pastu sendiri yang komplen sendiri punya pilihan. kelingkan ayat aku? ade aku kesah?  sekali lepas aku habis cakap, diorang pakat ramai-ramai vote aku jadi penghulu. demn. ko ingat aku promote diri ke kat depan tu dik oi... lepas tu, time kakak ni bebel bagitahu jadual semua terkekek-kekek macam kakak ni duk buat lawak sarkas kat depan. oh junior. kenapalah? mengapakah? kamu gilakah? aku jerit korang melopong buat muka innocent. aku malas nak jerit banyak-banyak. nanti jadi macam dulu kes aku jerit marah budak,KPSL terasa. alahai. hati orang 'senior' ni sensitif sikit kot. so mimi, kena jaga mulut celupar kau tu. mulut ko dahla mulut puaka. heh. 



p/s: stat hari ni, maybe aku akan banyak membebel pasal kolej je kot. bestnye.. nanti boleh kutuk-kutuk orang macam dulu-dulu kat belog. eh. silap. bukan kutuk ye. kritikan membina. =P
p/s: budak-budak KLPM yang follow aku kat sini sila inform ye. mana lah tahu nanti terkutuk korang ke nanti korang lak yang terasa. kalau inform awal-awal takdelah aku nak kutuk. okeh. kan aku cakap aku mulut puaka. heh.

 



Sabtu, 3 Julai 2010

award lagik!

okeh.. dapat award lagi.. from si kecik manis.. siap ada entri spesel lagi untuk aku.. hebat tak? hebat tak? okeh. shut up mimi


1. anda mesti memuji si pemberi award.
kecik dan manis. hahaha

2.sila beri award ini kepada 10 bloggers yang lain.
aku nak bagi 3 jek! 
hidayah rodzi (sesi balas dendam. haha)
encik tikus (saye syuke! *blushing* gatal)

3.anda mesti memberitahu kepada 10 blogger tadi.
mestilah. akukan kecoh. =p

4.bagaimana anda boleh digelar sebagai blog yang best, great.
aku pon tak tahu ape yang hebat sangat belog aku neh. banyak sawang je. akukan malas. (pehh.. semua benda buruk perlu cakap ke ngek?)

iklan befOre masuk tidO:
time jam
baca tiga qul
tengok gambar family ngan si tikus moyong
dengar lagu kau tetap dalam anganku (aku memang JIWANG pon)

Tag! tag! tag!

okeh. dapat tag dari dayah. love you dayah. sila muntah. haha

syarat 1= mesti menggunakan huruf pertama dari blog anda
A - AkuGadisKecoh

 
syarat 2= jawapan xley berulang
ai! ai! sir!

 
1. nama anda :
ana nurul shamimi bt md sabri  :)

2. perkataan 4 huruf:
ARSE

3. nama budak laki:
Atoi

4. nama budak perempuan :
Aminah

5. pekerjaan :
Arkitek

6. warna :
Amber
ni adalah kaler amber bagi sapa2 yang tak tahu termasuk aku

7. sesuatu yang anda pakai :
anklet

8. makanan :
ayam KFC

9. Sesuatu yang boleh dijumpai di tandas :
adik aku ngah berak.
 

10. tempat :
ada la kat mana2. -_-''

11. alasan bila terlewat 
alaaa.. tadi terciritla boss...

12. sesuatu yang anda jeritkan
ANTU!!!!!!!!!!!!

13. tajuk filem :
Alice In Wonderland

14. minuman :
AIR.. haha

15. kumpulan muzik :
Arctic Monkeys
*credit to pakcik gogel.*

 
16. haiwan :
Arnab

17. nama jalan :
Angkasapuri. (lokasi: tak dapat dikenalpasti ~_~'')

18. jenis kereta :
Alfa Romeo

19. mereka yg bakal di tag :
1. atikah





p/s: okeh da siap satu tag. thanks to sarip dol sebab dia yang banyak jawabkan. teehee :)

Khamis, 1 Julai 2010

malam pertama saya.. sumpah saya nerves! nak nanges pon ada.

oh. saya macam tak percaya. akhirnya datang juga hari ni. saya tak pernah mimpi pon saya akan mengalaminya. i mean, adalah sekali dua kan, tapi tak sangka akhirnya ia betul-betul berlaku. saya malu! saya nerves! saya nanges! ohh... dia tengok saya macam serba salah je. tapi dia faham je, maklumlah malam pertama kan. korang percaya tak saya boleh nanges semalam. hello semalam malam pertama saya. hari yang saya tunggu-tunggu selama ni. kenapa saya nanges??? waddehekla mimi!

okeh. stop. semua ingat aku melucahkan. hahaha. semalam malam pertama aku di KLPM selepas aku bercuti sakit hampir 8 bulan menghabiskan beras masa di rumah. suppose aku happy boleh jumpa kawan-kawan lama yang sekarang dah jadik senior aku. tapi semalam aku sangat-sangat homesick.. rindu shartini yang gedik.rindu farid yang koya semak smart, rindu mama, rindu papa, rindu tok mek yang suka bebel tuh, rindu rumah dan rindu bilik saya! huhu.

tadi dah pergi lapor diri. ramai budak baru(junior) kali ni. pening lah kepala kawan-kawan aku aka senior diorang. muahaha. aku nak gelak je. moga sucsess menjadi senior. janganlah korang jadi senior yang kerek giler macam SESETENGAH senior kita dulu. mintak-mintak diorang tak baca. heh. tadi dah jumpa almost everyone including Dini, Kak Aza, Wanie, Ernie, Afiza, Fazlin, Zie, kak Yani, Mira & Nini, even tengok kat lif je diorang tak nampak aku pon tapi it counts okeh! miss them bangat! aha! benda yang aku wajib tulis kat sini. diorang tanya.. 'mimi kenapa tembam?' okeh respon wajib aku.. orang bahagia duk umah biasalah. dalam hati.... T_T. demn! sila diet mimi!

oh ya lupa nak cakap. junior aku lawa-lawa weyh. esp yang dari sabah sarawak. mak aihhh... cun melecun. kalau nak ngorat sila jadik follower saya. boleh ea macam tu? kekeke. biol si mimi ni. dahla. aku nak mandi. nanti pegi makan lagi. yay! eh tadi bukan aku cakap nak diet ke?? erkk... -_-''

 view from 1202: pulau pinang pepagi celik.

view from 1202: pulau pinang kala senja.

oh ini budak tembam dan roti tisunya! chumel dan tinggiiiiiii.. giler kentang!



p/s: ya allah.. kau permudahkanlah perjalanan ku kali ini..
Related Posts with Thumbnails