oh. saya macam tak percaya. akhirnya datang juga hari ni. saya tak pernah mimpi pon saya akan mengalaminya. i mean, adalah sekali dua kan, tapi tak sangka akhirnya ia betul-betul berlaku. saya malu! saya nerves! saya nanges! ohh... dia tengok saya macam serba salah je. tapi dia faham je, maklumlah malam pertama kan. korang percaya tak saya boleh nanges semalam. hello semalam malam pertama saya. hari yang saya tunggu-tunggu selama ni. kenapa saya nanges??? waddehekla mimi!
okeh. stop. semua ingat aku melucahkan. hahaha. semalam malam pertama aku di KLPM selepas aku bercuti sakit hampir 8 bulan menghabiskan beras masa di rumah. suppose aku happy boleh jumpa kawan-kawan lama yang sekarang dah jadik senior aku. tapi semalam aku sangat-sangat homesick.. rindu shartini yang gedik.rindu farid yang koya semak smart, rindu mama, rindu papa, rindu tok mek yang suka bebel tuh, rindu rumah dan rindu bilik saya! huhu.
tadi dah pergi lapor diri. ramai budak baru(junior) kali ni. pening lah kepala kawan-kawan aku aka senior diorang. muahaha. aku nak gelak je. moga sucsess menjadi senior. janganlah korang jadi senior yang kerek giler macam SESETENGAH senior kita dulu. mintak-mintak diorang tak baca. heh. tadi dah jumpa almost everyone including Dini, Kak Aza, Wanie, Ernie, Afiza, Fazlin, Zie, kak Yani, Mira & Nini, even tengok kat lif je diorang tak nampak aku pon tapi it counts okeh! miss them bangat! aha! benda yang aku wajib tulis kat sini. diorang tanya.. 'mimi kenapa tembam?' okeh respon wajib aku.. orang bahagia duk umah biasalah. dalam hati.... T_T. demn! sila diet mimi!
oh ya lupa nak cakap. junior aku lawa-lawa weyh. esp yang dari sabah sarawak. mak aihhh... cun melecun. kalau nak ngorat sila jadik follower saya. boleh ea macam tu? kekeke. biol si mimi ni. dahla. aku nak mandi. nanti pegi makan lagi. yay! eh tadi bukan aku cakap nak diet ke?? erkk... -_-''
view from 1202: pulau pinang pepagi celik.
view from 1202: pulau pinang kala senja.
oh ini budak tembam dan roti tisunya! chumel dan tinggiiiiiii.. giler kentang!
p/s: ya allah.. kau permudahkanlah perjalanan ku kali ini..