heh. siapa berani kata aku makan macam kerbau sila angkat jari antu.. :P
salam. hari ini saya nak mencarut. (siap bagi salam bagai.) semalam kat pasaraya ada pasar malam. oleh sebab saya bekerja di sebelah pasaraya, maka saya pun nak membeli di pasar malam. (macam lahanat bahasa aku. kan aku kata aku nak mencarut?)
aku takde duit, makan pon saving giler. aku hari-hari belanja RM5 je. kalau sampai mati aku belanja macam ni, kompem sebelum mati aku boleh pakai Ferrari seyh. tinggal kat menara sendiri macam Donald Trump tu. alahai. Pn Jamilah selalu tanya, kalau belanja RM5 sehari, makan apa je? aku hanya mampu tersengih. mesti beliau risau aku tak makan. diakan mak. :)
tapi walaupun aku belanja RM5 sehari kat kedai ni, berat aku tiap hari bertambah 0.5kg. -_-''. KENAPA? maunya tidak. ni menu aku semalam.
- pagi-pagi lagi aku dah
curikmakan buah honey dew kat kedai buah sebelah ni. lapar sangat tak tahan. aku ni pulak memang spesies kena breakfast tak kiralah apa pun yang terjadi kecuali di bulan puasa ye kawan2 - makan nasi minyak lepas makan buah. tok aku yang letak lam beg sebab aku tak sempat breakfast kat umah.
- makan asam buah Nurul bawak. lepas makan nasi minyak
mintak sikitmakan mee sup kak Lala sebab nampak macam sedap jek- petang pergi pasar malam. beli roti jon pastu ayam madu 2 ketul.
- sebelum makan roti jon, makan ayam crispy Nurul beli kat pasar malam, makan mee goreng Nurul beli kat pasar malam. lepas tu aku sambung makan roti jon dengan ayam aku tadi.
- dah balik kerja makan nasi 2 pinggan lauk kicap, ayam cicah sos cili dengan kuah ikan singgang sket. perghhh... maunya tak berpinggan aku makan
pehhh... besh kan? kan? kan?
*gambo dr uncle google jek. mase makan tak sempat amek gambo*
see? macam ni 5kg pon aku boleh tambah lam satu hari. and the best part korang tahu tak apa? lepas makan aku bantai tido je. cam ular sawa kenyang. tapi ni bukan ular sawa dah. aku rasa ni macam ular sawa telan gajah taw! adehh.. penat. aku kena start diet dah. kalau tak baju uniform yang aku nak kecikkan sebab besar tu, aku kena alter jadi besar sebab dah kecik. huhu~~
p/s: aku tak makan macam kerbau, sebab kerbau makan lagi sikit dari aku. heh.
p/s: oh Nurul, kenapa kau beli makanan banyak sangat?? lepas tu kau biarkan aku habiskan. kejam! T_T
memanglah makan tak macam kerbau,tapi kerbau pun kalah makan macam awak nih taw,hehe :)
BalasPadamhahaha.. adess.. nak buat macam ne.. dah sememangnye pencinta makanan. hahaha
BalasPadamkite sama mimi... cume ika mkn byk tp xgimuk2 n kicil molek juge!!. tension2..huhu~~
BalasPadamatikah: huh! jeles2 tak aci!! :P
BalasPadamsaya xde pon cakap awak makan macam kerbau...cume nak cakap, kerbau pon xmkn cam awak...
BalasPadamsyafiq kadiran: yerlaa... da kerbau makan rumput jek.. mmg la tak makan macam saya :)
BalasPadamsedap2 semua, huhu perut ku mula berbunyi muzik remix
BalasPadamwaaaa.. aku yang ngah lapa ni bertambah2 lapa tengok makanan nih ;p
BalasPadamhaahahahahaha lawok2..ko makanla selagi bleh mkn dek non oiii
BalasPadamhahahah kenapa kebanyakan makanan tu orang lain yang bawak..hahahaha
BalasPadamnuriz: sila pergi makan sekarang! :P
BalasPadamzxara: haha.. da tu.. takreti2 nak pegi makan? jangan biarkan perut anda diselubungi bunyi2an. lalala :P
miss havoc: tengah makan ler ni haaa... :)
rossoner: sebab sendiri kedekut nak beli makanan. ag pon org len bawakl banyak2 takde sape nak abehkan, kan ke membazior.. :P
BalasPadamdulu Pon makaN macam Tu,tapI dah Menyesal sebab gemOk dah..huhu..ni naK diet..nak maKan macam Ikan..Sebab Mulut ikaN kecik..hahaha
BalasPadamyang penting makan sarapan kan?, diet masa puasa nanti boleh
BalasPadamcik idaY: hahaha. mak selalu marah. kalau makan tak beringat. dah gemuk sebok nak diet lak :P
BalasPadamav: hihi.. insyaallah.. raya nnt mau slim.. waaa
sedapnye mak long mie...
BalasPadammommy danish pun kuat makan jugakkk.. sampai nenek danish cakap mulut mommy danish nie asyik menguyah jekk.. bilela nak berenti menguyah nie.. hahahha
farina's: nenish nak dapat adik tu.. hahaha :P
BalasPadammakan je la macammana pun janji bahagia..perut mesti di isi.. dan jugak: hidup untuk makan haha
BalasPadamwaaa bestnyerrr...
BalasPadamhahaha , lebih kurang jek kita ni , kuat makan , haha :P
BalasPadam