Welcome to my blog :)

rss
Memaparkan catatan dengan label tips diet. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tips diet. Papar semua catatan

Isnin, 24 Mei 2010

siapa kata aku makan macam kerbau?

heh. siapa berani kata aku makan macam kerbau sila angkat jari antu.. :P


salam. hari ini saya nak mencarut. (siap bagi salam bagai.) semalam kat pasaraya ada pasar malam. oleh sebab saya bekerja di sebelah pasaraya, maka saya pun nak membeli di pasar malam. (macam lahanat bahasa aku. kan aku kata aku nak mencarut?)


aku takde duit, makan pon saving giler. aku hari-hari belanja RM5 je. kalau sampai mati aku belanja macam ni, kompem sebelum mati aku boleh pakai Ferrari seyh. tinggal kat menara sendiri macam Donald Trump tu. alahai. Pn Jamilah selalu tanya, kalau belanja RM5 sehari, makan apa je? aku hanya mampu tersengih. mesti beliau risau aku tak makan. diakan mak. :)


tapi walaupun aku belanja RM5 sehari kat kedai ni, berat aku tiap hari bertambah 0.5kg. -_-''. KENAPA? maunya tidak. ni menu aku semalam.

  • pagi-pagi lagi aku dah curik makan buah honey dew kat kedai buah sebelah ni. lapar sangat tak tahan. aku ni pulak memang spesies kena breakfast tak kiralah apa pun yang terjadi kecuali di bulan puasa ye kawan2
  • makan nasi minyak lepas makan buah. tok aku yang letak lam beg sebab aku tak sempat breakfast kat umah.
  • makan asam buah Nurul bawak. lepas makan nasi minyak
  • mintak sikit makan mee sup kak Lala sebab nampak macam sedap jek
  • petang pergi pasar malam. beli roti jon pastu ayam madu 2 ketul.
  • sebelum makan roti jon, makan ayam crispy Nurul beli kat pasar malam, makan mee goreng Nurul beli kat pasar malam. lepas tu aku sambung makan roti jon dengan ayam aku tadi.
  • dah balik kerja makan nasi 2 pinggan lauk kicap, ayam cicah sos cili dengan kuah ikan singgang sket. perghhh... maunya tak berpinggan aku makan

pehhh... besh kan? kan? kan? 
*gambo dr uncle google jek. mase makan tak sempat amek gambo*


see? macam ni 5kg pon aku boleh tambah lam satu hari. and the best part korang tahu tak apa? lepas makan aku bantai tido je. cam ular sawa kenyang. tapi ni bukan ular sawa dah. aku rasa ni macam ular sawa telan gajah taw! adehh.. penat. aku kena start diet dah. kalau tak baju uniform yang aku nak kecikkan sebab besar tu, aku kena alter jadi besar sebab dah kecik. huhu~~





p/s: aku tak makan macam kerbau, sebab kerbau makan lagi sikit dari aku. heh.
p/s: oh Nurul, kenapa kau beli makanan banyak sangat?? lepas tu kau biarkan aku habiskan. kejam! T_T

Sabtu, 13 Mac 2010

Tips Untuk Gemuk Versi Diri Sendiri



Haaaa.. aku rasa ni first time orang kasi tips untuk gemuk kan? Hahaha. Takpelah. Orang suka je kalau aku gemuk wtf sedapkan hati snirik nampak?




Okeh, first anda kena bangun lewat dalam pukul 11 @ 12 tengahari camtu kan, sebab bila anda bangun, nasi dagang dah tersedia atas meja. So, anda makan jer nasi itu. Lepas tu anda mandi & bolehlah bersiap2 untuk pergi ke kenduri kakak rakan sengal anda. Oh ya. Ini untuk tips supaya tidak sesat untuk ke kenduri tersebut. Silalah ‘berderak’ ke rumah rakan anda sekerap mungkin sampai dia meluat tengok korang pon takpe janji anda tak kena u-turn sampai 2 kali sebab miss lorong masuk. Heh


ini tuan rumah merangkap rakan sengal saya dan flower girl, ROSDALILA & adik flower girl lupa nak tanya nama ape


Then bila sudah jumpa rumah rakan anda tu, silalah buat muka tak malu ceduk nasi cepat2 dan ceduk dengan amaun yang banyak terus sebab nanti kalau tak cukup anda nak buat 2nd round anda malu pulak kan? Then makan lah dengan senang hati dan lupakan tentang nasi dagang yang dah tersumbat dalam perut anda tu. Perut anda kan besar? dan berlapis2  =.=




After that, bolehlah anda lepak2 & rilek2 sekejap dengan rakan-rakan sengal anda supaya makanan yang dah penuh dalam perut anda tu boleh dihadam dengan cepat dan supaya anda boleh sumbat lagi selepas itu. Jangan lupa sambil itu anda rajin2lah exercise sikit, contohnya macam sambut dulang hantaran, angkut lauk2 pengantin, jadi ‘caterer terjun’ layan pengantin & co (sape2 yang join kat meja makan beradab tu la). Dan ofkos angkut balik lauk pengantin masuk dapur after pengantin selesai makan. Tapi anda janganlah membizikan diri terlampau sangat. Ini kan tips nak gemuk. Nanti kurus pulak camne kalau banyak sangat buat kerja.


PILOT 'caterer terjun'. cun tak? leyh start booking ea? hahaha


CO-PILOT 'caterer terjun' so-called makcik2 huhu


Okeh. Oleh kerana tadi sudah bakar lemak 0.05% maka anda kena topup balik lemak anda dengan cara membaham lauk pengantin tu. Pengantin bukan makan banyak pon. Dari membazir macam tu saja apa kata anda buat amal jariah dengan berkomplot bersama rakan sengal anda dan saudara2 pengantin tersebut dengan 'mencuri' lauk pengantin yang cantik tapi masin tu. Pasti ngancem gitu dong!


sila fokus lauk pengantin dan PENCURI lauk pengantin ATHIRAH LIYANA dan partner beliau :P


PENCURI tegar lauk pengantin. sekali lagi rakan sengal saya ATHIRAH LIYANA. :P


Lepas selesai sesi dengan pengantin, anda pulanglah untuk sesi bersama keluarga pula. Menunya mestilah something yang 'sedap-fresh-satu pantai boleh bau' sotong + ikan bakar + kangkung goreng belacan + nasi putih. Bedal selagi anda mampu. Kalau boleh biarlah anda menjadi yang pertama yang merasmikan menu tersebut dan yang terakhir bagi menghabiskan makanan anda. Biarlah anda di sound ‘makan macam kerbau’ pon takpe janji perut anda bahagia. Sesudah itu bila pulang anda jangan lupa tidur dengan sepuas-puasnya supaya makanan tadi juga lena di dalam perut anda sebagai lemak dan hasilnya, +2kg sioooTTTTTT!! Berkesan kan kawan-kawan?? Cubalah! Saya sudah, anda bagaimana? Wtf



-_-''



fokus kepada bekalan berpicnic. MEWAH wa cakap Luuuu...





p/s: selamat pengantin baru.. semoga berbahagia ke anak cucu.


nak pelamin macam ni KALAU kawen boleh? hahaha










 





Related Posts with Thumbnails