Welcome to my blog :)

rss

Jumaat, 30 April 2010

BERITA PANAS LAGI SENSASI!!!!!!!!!!!!! HOT FROM OVEN

Nak tengok gambar 'hot' lagi sensasi artis-artis muda yang ngetop masa kini? Nak baca gosip dunia hiburan kita yang setaraf dengan hollywood? Nak tengok gambar awek-awek berkemban dengan body yang mengiurkan? Nak baca perkembangan politik yang gempar di Malaysia? 

heh. sorrylah. blog aku bukanlah tempatnya. aku pon bukan sentiasa menghapdate cerita-ceritya panas kat Malaysia ni. Just follow as silent reader je. keke :P

Apa yang aku nak cerita ni baru je 5minit berlaku depan mata aku ni. Sebab tu aku cakap hot from oven. Fresh lagi tau!  Sedang aku syok tutup akaun kira duit tetiba je terdengar bunyi macam gelas jatuh tapi kuat giler. Bila aku jenguk, aku tengok ada satu motor dah bergelimpangan atas jalan. Aku cari tuan punya moto. Yang langgarnya kereta nissan sentra kaler silver. Aku tengok dia punye driver. Lelaki. Selamba badak je tengok cermin sisi and then terus blah. Aku jerit-jerit suruh budak-budak kat pasar raya ni tahan kereta tu. Tapi sekor pon tak mengendahkan aku. Last-last tuan punya motor keluar angkat motor dia and kejar kereta tu. Kereta tu punyalah laju, yang aku geram tu, kenapalah drivernya tak keluar mintak maaf ke ape ke. Padahal nanti tuan motor tu pergi buat repot, mamat tu tetap kena saman jugak. Kalau keluar mintak maaf senang. Settle kat situ terus. Silap-silap, kalau dah mintak maaf tuan motor tu halalkan je. Manalah tahu kalau-kalau motor tu tak rosak, calar kecik je kan. 

Yang bebudak ni pon aku heran jugak. Melopong je sekor-sekor duk menjerit 'kejor! kejor!' bila tengok tuan motor tu akat motor dia. Bukan nak tolong sama. Aishhh.. Entah papela... Samalah keadaannya kalau tengok eksiden tengah jalan. Sebok tengok je sampai jalan jam. Turun tolong taknak pulak. Tersesak-sesak pulak ambulans nak lalu. Tak ke menyusahkan? Aku kadang-kadang bengang jugak dengan perangai pengguna jalan raya kat Terengganu ni. Ni berdasarkan ape yang aku lihatlah. Aku tak alami sebab biasanya aku jadi co-pilot je. Tapi aku geram jugak. Sebab kadang-kadang mereka-mereka ni tak berhemah langsung. Bawak kereta tak reti nak sabar. Tak berhemahlah. Kalau eksiden mulalah nak salahkan orang lain. huhu -_-''

Membebel jugak aku akhirnya. Ingat nak cerita pasal motor tadi je. Sudahla. Aku nak solat!






p/s: aku benci orang bawak kereta @ motor macam palat.  

10 ulasan:

  1. mentaliti yg perlu diubah..
    dan juga kurang nilai2 murni..huhuhuhu

    BalasPadam
  2. susah ar nak cakap..orang Msia nih..kalau eksiden suka jadik penonton jer..kalau tolong takper gak..ni memenuhkan jalan..menyusahkan pengguna lain lak dok bertenggek tepi jalan...

    BalasPadam
  3. yup.
    org kita mmg camni..
    cakap je tau!.
    pastu membebel.
    pastu mengumpat.
    pastu maki2.
    pastu salahkan orang.
    pigi daaa..
    p cermin diri dulu.
    huh..


    erk.
    bukan marahkan awk.
    marahkan kita.
    T____T

    BalasPadam
  4. hafizazmi17: betul tu

    solehah maximus: ha'ah. menyampah tengok orang yang jadi 'penonton' kat tepi2 jalan time ade eksiden tapi tak tolong pon.

    annadzirah: kita pon same je.. huhu :(

    BalasPadam
  5. tajuk tak menahan kan? nak gempak je. btw, metaliti orang kat malaysia memang macam ni.
    sebab tu bila eksiden je, traffic jam. bukan bz tolong ,tp bz tengok.

    BalasPadam
  6. membaca tajuk gempak!
    kalau asyik kes macam ni, kita semua ambil lesen jadi pilot. :)


    Jom terjah FIFA Piala Dunia.

    BalasPadam
  7. kasih & BaklisShafiqa: jum2 kite terbang lak pas ni. bio jam kat udara lak. :P

    BalasPadam
  8. tp kdg2 bahaya gk nk menolong org eksiden nieh..
    lg2 kalo dh terang2 nmpak darah mengalir..
    sbb peratusan kite nk berjangkit ngan darah die tu tinggi,in case kalo darah die ade virus yg merbahaya (hiv,etc)..sbb dh byk kes2 cmni jadik..
    so,lebih baik tlg call ambulans jer k.

    BalasPadam
  9. chentaleya: tol2.. aku pon tak pernah tolong. tolong tengpok pon aku tak pernah. sbb tak pernah ade orang eksiden depan hidung aku lagi. kekeke

    BalasPadam
    Balasan
    1. Myampah bace,,,budak gedik yg type mcm org bodo...

      Padam

Related Posts with Thumbnails