Welcome to my blog :)

rss

Khamis, 23 September 2010

cerita blue. repost.

Hukum karma

Bila kita buat orang

Nanti orang buat kita

Tiap apa yg kita buat ada balasan



Teringat perbuatan kejam aku yang accidentally menila kucing nenek aku yang bernama kadir. Bukan salah aku. Beliau yang datang masa aku sedang menila baju sekolah catin. Aku pulak tak tahan godaan tengok bulu beliau yang lebat + puteh gebOo tersebot. Yang aku pelik, mama beliau tidaklah seputih itu? Owh.. kena rogol mungkin. Kesian. Botol nila di tangan aku tanpa segan silu terus aku tonggeng ke arahnya. Tak tahu syaiton mana menghsut aku tatkala itu. Tapi aq syok jer tgk die da jd blue (baca:biru).

Hari ini, beliau balas dendam terhadap aku. Walaupun aku tak kenal kadir sepenuhnya. Tak macam nenek aku, sekilas ikan di air dah tahu gay ke lesbian. Tapi aku cukup kenal warna biru nila beliau tu.


Ini ceritanya.


Aku bangun pagi awal hari ni. Tido da jam 5. jam 6.30 bangun. Mengantok. Mata stim2 je masok bilik air. Masa air hujan buatan dr paip tu mencecah kulit rasanya terus efek ke otak. Terus aku mengelak air tu. Da macam kambing takot kena hujan. Tiba2 tangan aku tersentap botol nila yang entah siapa2 letak atas rak sabun tu. Terus bermandikan air nila. Nah.. ni baru betul cerita blue. Lagi haru bila warna tu tak nak tanggal. Kuasam. Aku keluar bilik air mintak tolong mama aku. Terserempak dgn kadir si kucing biru. Muka beliau mmgla xleyh blah. Macam mengejek aku jer. Ooo.. gelakkan aku lah tu. Takpe2. len kali aku kuningkan otak kau pulak. Baru padan muka.

Hukum karma

Bila aku buat kucing

Kucing buat aku balik



Moral of the story: janganlah kita buat membuat. -_-''

Rabu, 22 September 2010

perihal Pn Jamilah dan sambal.

Pn Jamilah call.

Pn J: hai buatpe?

aku: takde buatpe. nape ma? 

Pn J: mama nak pos cadar ngan barang2 awak ni. nak apa2 lagi tak

aku: erm. nak sambal ikan bilis boleh?

Pn J: ape?? hari tuh masa balik raya nape tak buat? macam mana nak pos sambal ikan bilis. ko ni memang lah suke benor mengarut!

aku: erm. yerla2. orang gurau je.


semalam tengah aku duk saja tetiba mesej sampai. 
'long, ma dah pos cadar dengan sambal ikan bilis'

hehehe. kalau dah nama tu mak.. 

aku jawab, 'eleh. ari tu bebel.'

Pn Jamilah jawab: 'mak mana nak bia anak dia kempunan nak makan. masa ni je mama masak tuk awak. besok2 mama takde da takde sapa nak layan ko nak makan itu ini macam ni lagi dah.'

terburai air mata aku. terima kasih mama. sayang mama.

Pn Jamilah terchenta







p/s: belum reda lagi homesick aku. Y_________Y






Sabtu, 18 September 2010

dari 1202. selamat hari raya.

ntahapehape orang dah abes beraya aku baru terhegeh-hegeh nak wish. so what orang puasa sebulan raya pon sebulanla kan? except for me aku puase 21 hari saja so aku raya 21 hari jugakla. heh. apa nak buat. nama pon perempuan kan? itu pon 7 hari beraya dirumah lagi 14 hari beraya di kolej, auditorium dan TPO dengan schedule yg padat dan mantap! wah. bahagianya aku menjadi student kolej mental ni. eh.. eh.. silap. dental. -_-''.


dari 1202? owh. dari bilik terchenta ku di kolej. roomate tak sampai lagi. tidur sorang lah aku malam ni. jangan terlebih kira pulak karang. sorang tetap sorang okeh. aminn.. apalah naseb hamba terbeli tiket awal. orang duk beraya lagi aku duk sorang-sorang berchenta dengan kuih raya Pn. Jamilah bungkuskan sambil dengar lagu raya. sadis sungguh. T______________T


semalam naik bas aku duduk sebelah abang hensem. macam pernah nampak tapi dimana ya? dan dan je. dapat abang ensem terus macam pernah jumpa. cube kalau abangLa yang duduk sebelah. kenal pon buat tak kenal ye dak? aku ni bila dah mamat hensem kat sebelah kontrol lawalah kan even muke selebet tapi sebelum naik bas aku dah telan ubat selsema 2 bijik memang kaw2 punya berkesan. selepas 2 minit aku menatap wajah hensem idaman kalbu tu aku pon tenggelam dalam mimpi. alamak ai.. mimpi abang hensem pon syok jugak hujan2 neh.. gatai. dalam syok2 aku tidoq tuh tetiba suara halus menusuk ke telinga. seram sejuk jugak aku. ekon pulak elok je tersembor ke muka. bukak je mata nampak abang hensem tersenyum sinis. 'ko tak nak turun ke. dah sampai sungai nibong ni. tido macam mati.' 


T________T. hampeh. hancor harapan aku. ko tak sehensem rupa mu rupanya. cube kalau ko kejut ko cakap, sayang bangun sayang dah sampai sungai nibong nih.. kan ke bahagia aku terus setahun aku tak tidor lagi dah. pssstttt!


fine. ade aku kesah. tapi apa pon terima kasehla abang hensem yang tak berapa nak hensem sebab kejutkan aku yang tidor mati ni. kalau tak kompem trip aku malam tu KT-PP-KT. bak kate pepatah, dari KT aku naik bas, ke KT jugalah aku berhenti. heh. ok aku bongok. hahaha. :P







p/s: selamat hari raya semua maaf zahir batin. ampun dan maaf dipinta sekiranya tersasul kata di belog saya ni. jangan lupa klik nuff ya kawan-kawan. :)
p/s: rindu ayahanda, bonda, nenda, adinda semua, sepupunda juga. (ada ke?)



 

Isnin, 13 September 2010

lagi soal kawen mengawen di hari raya.

eh ramai nye orang kawen di hari raya. konfius aku. korang nak kawen ke korang nak raya ni? hahaha. membebel pulak kan? oh ya. tetibe je masuk tak kasi salam ke ape kan? assalamualaikum dan selamat sejahtera. salam satu malaysia :). apa khabar semua? lamanya tak bertandang ke belog kesayangan ni. hihi.

ok kawan-kawan. bagaimana raya anda? baju raya ok tak? ade yang dah sendat ke? jangan salahkan tailor anda ye. salahkan mulut yang tak berhenti berendang berketupat tuh. :P

hari ni sepupu aku kawen. alahai. jeles saya. nak kawen jugak. calon takda? huh. takpelah lupakan saja impian saya tuh. gatalkan? sepupu aku nih dalam diam-diam tiba-tiba bertunang. tup tup sekarang dah kawen. aku yang gatal nak kawen die dah selamat kawen dah. kelakarlah pulak rasanya. tapi ape pon. wish you selamat pengantin baru. semoga berbahagia ke anak cucu. (ehem. dah kawen tu cepat2lah dapat anak. nak tgk anak secomel maknye ke bapaknye.. :p)

gambar pengantin tak banyak aku sempat ambil. sebab tadi pon datang dah lewat. ni anak2 dara paling hot kat kampung aku punya pasallah ni. bersiap bukan main lagi. yang sorang tuh malu nak pakai tudung ada batu-batu. yang sorang lagi baju ketat pulak. adoyai cik temah oiiiii.... yang sorang lagi bukan anak dara. tapi anak teruna. gosok baju tak ilang2 kedutnya. padahal tak pandai gosokkan? alahaiii.. melepasla aku nak tumpang glamer pengantin haaa... tapi apa pon dapat tengok pengantin dah sejuk hati aku. suka tengok orang bahagia even diri sendiri kadang2 tak bertemu bahagia. xleyh blah ayat novel derrr..

eh kejap2 yang comel ni bukan pengantinnye. hahaha :P


haaaa.. ni baru pengantin yang sah.. hihi :P





 ni sepupu i yang santek tuh... orang sebelah i cropklan sebab merosakkan gambo jek. -_-''

bismillahirahmanirrahim... amin... okeh makan, makan.. :P


selamat pengantin baru nomie. semoga berbahagia ke anak cucu..


p/s: aku lambat lagi nak take turn. tapi tengok orang kawn rase nak kawen jgk camne? hihi :P
p/s: oh ya.. anak2 dara meletop dalam cerita di atas tuh tok aku ngan tok sedara aku. :P :P 
Related Posts with Thumbnails