Welcome to my blog :)

rss

Rabu, 19 Mei 2010

gula OH gula




definisi wikipedia:

Gula merupakan sejenis pemanis yang telah digunakan oleh manusia sejak 2000 tahun dahulu untuk mengubah rasa dan sifat makanan dan minuman. Dalam kegunaan am, orang-orang yang bukan ahli sains menggunakan perkataan "gula" untuk bermaksud sukrosa atau sakarosa yang merupakan disakarida berhablur yang berwarna putih. Gula yang dibuat secara dagangan datang daripada pokok atau pokok bit gula. Dalam senarai ramuan, mana-mana satu perkataan yang berakhir denga "osa" mungkin merupakan gula. Dalam istilah masakan, gula dikenali sebgai makanan yang memberikan rasa manis.

definisi mimi:

gula adalah sejenis pemanis yang sangat diperlukan dalam masakan tambah lagi aku merupakan orang yang sangat pemanis orangnya. hahaha gula digunakan untuk menampah perasa dan ummpphh!! dalam Teh Boh, dan buat Kopi Cap Kapal api betul- betul kaw! tanpa gula kau takkan sampai ke bulan macam dalam iklan tu, dan jugak dalam nasi dagang tok aku yang manis tu. jadi tanpa gula maka tiadalah lagi ummpphhh! Teh Boh, tiada lagi betul- betul kaw Kopi Cap Kapal Api dan tiada lagi kemanisan dalam nasi dagang tok aku. huhu.. sadis bukan? 

agak keling definisi mimi ni aku rasa sebab aku sendiri baca pon tak paham muahahaha



so kenapa tetiba aku cerita pasal gula? semua dah sedia maklum krisis gula yang melanda terengganu ni. si peruncit tu pon dah kena denda beratus ribu sebab sorok gula kan? aku bukanlah pembeli panik. tapi pembeli emergency korang taw? tiap kali gula sampai kat pasaraya ni muka aku saja yang keluar masuk beli gula sampai berpuluh- puluh kilo aku boleh dapat. adehh -_-''. naseblah takde terserempak dengan penguatkuasa sepanjang proses 'mengangkut gula' tu.



tapi something yang bothers me all the way da spekaing london plak minah ni mana pergi gula yang berkilo- kilo aku hangkut tuh? yang aku pasti Pn Jamilah akan datang amek gula- gula tersebut. lepas tuh mungkin dia pergi bagi- bagi kat orang kampung ala- ala wakil rakyat tuh kan. bayangkan kejap. hahahaha :P



oleh kerana kemurahan hati Pn Jamilah bagi- bagi gula kat orang kampung maka ramailah orang kampung dah naik toncang. 'anak Milah tu kerja kat pasaraya. kalau kau nak gula cakap je kat si Milah tu haa'.. sohseh orang kampung. agaknya dah glamer aku ni sekarang gara- gara gula. maka mereka dah siapkan bajet save kan minyak sebab tak payah susah payah datang pasaraya.



tadi blogwalking ada terbaca tentang entri pasal orang nak beli gula kena tunjuk IC dan kad nikah. sampai tahap itu kritikalnya krisis gula kat sini. nasib baik serakat ni aku takde kena tunjuk apa- apa. kalau tak penat jugak aku nak bawak dokumen mengarut keluar masuk pasaraya gaya nak pergi interview saja kan?



sudahlah. aku taknak buat kerja haram ni lagi. malaslah aku. ada je orang nak bagi aku upah RM10 kalau aku belikan gula. tapi aku dah malas. masa aku rajin takde pulak orang offer camtu. hampeh betul! kepada pakcik makcik yang sekampung dengan aku ni.. kalau korang rajin blogwalking and terbaca entri aku, aku harap korang faham kenapa aku malas. beratlah gula tu, lagi pulak hari- hari aku keluar ,masuk pasaraya tu boleh kurus aku taw,. nanti pakwe aku nak peluk dah tak sedap. bhahaha! *Wink*



p/s: kurangkan gula dalam gizi harian.. tambahkan manis dalam senyuman :)

dari muda sampai tua kami manis dengan senyum saja :D

11 ulasan:

  1. huhu.. gula oh gula... nk coklat x mimi?? huhu..kasik jeles sket...huhu~~ jgn marah,, nnt cepat tua~~

    BalasPadam
  2. haha... sebab gula jugak laa osmet aku pening... sian dier...

    sebenarnye menggelabah betul orang yang panik sampai beli berkilo-kilo gula dan simpan kat dalam umah.

    alasan???? nak buat kenduri...

    padahal panik takut bekalan gula abes...

    walhal tak mati pun kalo tak makan gula... tu pasal la ramai sangat rakyat melesia kena kencing manis...

    p/s: sepanjang aku duduk umah sewa ni selama 3 tahun... gula dalam umah kitorang cuma beli setahun 4x je... caya tak?? makan luar pun takde... boleh je idup...

    BalasPadam
  3. dalam berita kata bahawa bekalan gula di sabah mencukupi. nah, rasakan; gula payah benar nak cari. tapi Alhamdulillah, sekarang dah ok sedikit.

    BalasPadam
  4. ya elah mbak...
    kirain ada apa...
    klo mau gula bilang aja mbak...
    gk usah posting di blog...
    hehehe....kidding...

    BalasPadam
  5. atikah: haha tanak,, takot gemookKK! :P

    ninaneno: eh eh alasan nye yang itulah. 'nak buat kenduri'. pemes kot alasan tu. haha

    ampuan awang: huhu di terengganu walau pon diorg cakap mencukupi tapi rakyat still bimbang lagi esp yang berniaga restoran @ yang berada di bidang pemakanan.

    buy cameras: mahu bikin gempak saja tu :)

    BalasPadam
  6. apsal gula kurang hah??tak cukup ladang ke? jom ramai-ramai buka ladang tebu dengan kilang gula hehe

    BalasPadam
  7. paling best baca label post ni, denda seludup gula

    BalasPadam
  8. fitrihadi: hahaha.. jum2 bertanam tebu di pinggir bibir.. lalala :P

    akuvision: nak wat cane.. cari trafik maa.. heh.

    BalasPadam
  9. heh. nanti gigi rosak ada karies :)

    BalasPadam
  10. ooh kt pasir mas ni pun takde gula juga..sadiss

    BalasPadam

Related Posts with Thumbnails