Welcome to my blog :)

rss

Khamis, 10 Februari 2011

konversasi lebat cetus ilham politikus usang

Minggu penad sangat. Homesick sangat. Aku rasa aku comel sangat. *tetibe


Sedang duk berangan nak kawen termenung mengenang masa depan yang malap, aku tiba-tiba sengih sorang-sorang macam kerang busuk. Memang agak kegemaran lah tabiat ini lately. Sindrom nak gila ni. Merbahaya. Tapi aku peduli apa. Suka hati akulah nak termenung pastu senyum sorang sampai subuh pon. Aku tak kacau orang. Aku kacau bilau je. haha


Sebab apa sengih? Aku teringat En. Sabri lah. Ini peristiwanya.


En. Sabri ada sebuah besi buruk kereta yang agak lama usianya. Kereta tuh digunakan since aku sekolah Form 2 lagi. So memang dia sayang sangat kereta tuh. Walaupon kereta tuh dah berapa kali aku calarkan, aku langgar orang, aku langgar tiang, kemek sana sini, dia tetap taknak beli kereta lain jugak. Bukan takda duit nak tukar kereta. Tapi dia tetap nak kereta yang tuh jugak. Aku langgar tiang bukan aku yang dijengah, rela dia usap-usap kereta tuh tanya ada apa-apa ke tak. Kalau kereta tuh hidup, agaknya dia pon naik heran aku rasa.


Alkisah, baru ni kereta tuh rosak taknak hidup. Papa bawaklah ke pomen (mekanik) untuk mengubati penyakit sawan kereta tersebut. Then, lepas 2 hari pomen tuh call beliau suruh amek kereta. Dia mintak mama aku hantar dia ngan motor ke rumah pomen tuh. Aku ikot sekali bawak kereta lagi satu. Padahal kalau tiga-tiga naik kereta pon takda hal. Nak buat camna. Dah macam 3 stooges pon ada jugak. Sampai jer kat rumah pomen aku tengok papa aku turun dari motor dengan muka merah-merah. Dengan tak bagi salamnya masuk rumah orang amek kunci kat tepi tu lepas tu masuk kereta. Mama aku terpinga-pinga je. lepas tu papa start kereta tuh. Reverse. Then aku dengar mama aku sound. ''kok ye pon jangan la pakai helmet naik kereta tu. macam kura-kura naik proton dah haa''. Aku bantai tergelak. Sebijik macam kura-kura kot. Papa aku sound balik. ‘aku nak berak. Tak tahan’. Terus dia pecut. 170kmj tuh aku rasa.


Aku tengok dia pecut aku followla belakang. Tapi tak sempat sebab dia laju sangat. Bila aku sampai kat rumah, aku tengok kereta buruk tuh dah tersadai depan pintu, aku cari kelibat helmet, tak jumpa. Tetiba masa aku nak pergi dapur papa aku keluar dari tandas dengan muka lega. PAKAI HELMET PERGI BERAK. Orang cakap tutup kepala masa masuk tandas sunat. Hamek kau! Bapak aku bedal helmet terus masuk toilet. Baru kebal. Setan pon tak tercelah. Muahahaha.

sekadar gambar hiasan *ntah mamat jepun mana ntah. muka macam sembelit je. kekeke.






p/s: sila berak dulu sebelum pergi mana-mana. sekian terima kasih. 
p/s: sori tajuk takde kena mengena. :P
Related Posts with Thumbnails