Welcome to my blog :)

rss

Isnin, 8 November 2010

fire drill yang tak berape nak fire drill.

'abang.. tunggulah kejap. nanti ayang pergilah.' seronoknya hidup berumah tangga. ada insan yang boleh berkongsi hidup setiap masa. nak tidur dengan dia. bangun tidur pon bersama dia.

'mimi sayang.. bangun mimi sayang.'

''ehmmm... japla bang.. sayang mantuk lagi ni.. semalam tak kasi orang tidur'' sambil senyum sinis.

dia senyum. aku tergoda. baru nak goda dia balik. tetibe........ KRINGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGGG!!!!!!!!!!!!!!!

aku terkejut beruk bingkas bangun. sialan. mimpi rupanya, ape gatal bebenor aku mimpi berlaki bini nih??? ahhh.. tapi mimpi tuh syok! bunyi apa bising gila tuh? bingit telinga aku. potong stim betul. tapi sumpah aku tak stim pon. heh!

siti pandang aku macam pandang orang gila dengan muka berkerut-kerut. yang kejut aku tadi si siti rupanya. patotlah suara suami aku macam perempuan. aku ingat aku kawen dengan pondan ke apa. lega kejap. siti cakap ada fire drill. sebab penggera kebakaran berbunyi. aku mamai-mamai lagi. orang lain dah turun ke? macam tak dengar bunyi orang kecoh-kecoh pon. aku tidur balik niat nak sambung mimpi basah 'syok'. 

siti tepuk bontot aku. pedihnya sampai simfisis pubis kot... kurang asem. aku bangunlah jugak memaksa diri untuk menyelamatkan diri dari kebakaran kononnya. lepas tu sebab fire drill tak boleh guna lif jadi kami guna tangga. DARI TINGKAT 12 okeh! mak aii.. it takes like FOREVER nak sampai bawah tu.. tapi alhamdulillah. berkat usaha tangga kejayaan, aku sampai jugak kat lobi. 

macam-macam ragam. muka tak mandi, baju tido seksi tak leyh blah, macam-macam ah. pak guard cuci mata saje. sukelah tu. tengok kami nurses ni bertukar uniform kan???

nampak sangat muka tak mandi kan. mata pon bengkak-bengkak lagi. haha


masing-masing fedup jek nunggu warden yang tak turun-turun.


 fesyen rambut terbaru. uptodate sungguh. hahaha


yey! akhirnya abang-abang bomba datang menyelamatkan kami!

 minah-minah kecoh gila kamera. bukan selalu dapat peluang macam ni. :P

akhirnya warden turun. kami dapat tahu itu bukan fire drill. tapi betul-betul. tak sangka betul. naseb baik kami sempat menyelamatkan diri. toilet mate aku siap sempat gosok gigi dan sarung kasut sukan lagi. hampeh betul. abang bomba cakap ada masalah wiring kot. pastu terbakar. tapi sikit je. sensor tuh kesan asap lalu berbunyi. macam hampeh je ayat aku. tapi last-last lepas tu kami boleh naik bilik. aku cepat-cepat je berdiri depan pintu lif tuh. tak sanggup lagi aku nak mendaki tangga naik tingkat 12. malam tuh rasakan sensasi denyutan yang teramat sangat kat kaki aku sampai rasa macam nak demam. padan muka. sampai suruh tak bersenam. huhu. lepas tu aku manfaatkan dengan sambung mimpi basah tido aku. hihihi. hepi endingkan??



p/s: sakit kaki sampai hari  ni tak hilang. huhu

Patot ke kau as pendidik menyumpah-nyumpah student setiap hari?


Owh. Firstly, ini tiada kena mengena dengan yang hidup mahupon yang dah mati. Siapa makan pedas, dia yang berak-berak esok pagi okeh. Jahanam


Pernah tak korang jumpa lecturer, pengajar, cikgu tutor dan yang sewaktu dengannya yang suka menyumpah-nyumpah korang dalam kelas? Apa pendapat korang tentang orang lahanat macam ni? Ni pendapat aku. Sorry. Ini entri emo.


Aku cukup pantang kalau benda aku tak buat orang kata aku buat. Kami pergi kelas nak belajar bukan nak dengar kau cakap kami takkan pass exam sebab lembap, kami takkan pass exam sebab lepas siap jawab soklan exam kami tido, kami takkan pass exam sebab pergi kantin lepas pukul lapan, kami takkan pass exam sebab kami tanya lepas exam boleh balik bilik tak. For God sake! Apa yang kami buat tuh melayakkan kami untuk didoa seperti itu oleh pendidik kami sendiri ke??


Oi kau! Aku tahulah kau pendidik. Tapi kau tolong sikit eh. Setakat pangkat kau yang tak seberapa tuh kau ingat kau boleh menyumpah orang sesuka hati ke? Kata orang bodohla apalah. Kau tu yang orang duk mengumpat hari-hari sebab tak reti buat kerja kau tak sedar diri pulak?


Oi kau! Setakat modul kau yang bersepah tuh, kau jangan ingat aku lapar sangat nak belajar ngan kau. Satu sem ni aku belajar sendiri je taw. Tak pernah pon aku dengar kau mengajar dalam kelas. Sebab makin aku dengar makin aku tak paham. Bukan aku sorang je! satu kelas cakap macam tu. So bererti bukan aku yang salah penilaian lah kan?


Oi kau! Mentang-mentang status kau kat sini as ‘pendidik’ kau boleh buat sesuka hatilah? Macam tu? Pelisssss lah. Kau selalu cakap, kau percaya tuhan kau. Tapi aku tak rasa tuhan kau suka kau menyumpah orang tiap-tiap hari.


Oi kau! Kau tak pergi ke kursus-kursus yang wajib dihadiri oleh’pendidik’ supaya cara pembelajaran dan pengajaran kau lebih efektif? Kau pergi kursus tuh ada ke diorang cakap kena sumpah pelajar baru  kau boleh jadi seorang pendidik yang berkaliber?


Oi kau! Kau paham tak erti hormat. Aku hormat kau sebagai orang yang memberi ilmu. Tapi kau tak reti ke nak hormat orang yang hormat kau? Kau mintak tolong aku, lepas tuh kau cakap aku bodoh. Mintak maaflah. Kalau macam tu, itu kali terakhir aku tolong kau.


Huh. Sorrylah cik  belog. Beta tak tahu nak luah kat siapa. Luah kat orang, mulut orang lagi besar dari mulut tempayan. Tapi golongan pendidik di luar sana.. silalah musahabah diri. Watch the word that come out from your mouth. Silap perkataan, haram ilmu yang anak didik anda terima dari anda. Sepatut nya anda yang menjadi tunggak kejayaan mereka. anda yang menjadi contoh, anda yang menjadi idola. Tapi kalau anda tidak menghalalkan ilmu yang anda beri, berbaloikah ‘pengorbanan’ anda itu kononnya? Saya sedih. Tapi allah menguji saya dengan orang seperti itu, saya redha. Harap allah menghalalkan ilmu yang saya dan kawan-kawan pelajari. Kalau ‘kau’ taknak halalkan takpe. Pengajar lain tidak pernah lokek ilmu. Malah mereka lebih berpengetahuan. Timba ilmu dari mereka lebih afdal. Taklah sesat-sesat. Buku cakap lain kau ajar lain. Kami jawab exam salah kau kata kami bodoh pulak. Huh. 






p/s: geram dengan segelintir manusia yang tidak sedar kelemahan diri dan mencipta kelemahan pada orang lain untuk meutup kelemahan dirinya.

Sabtu, 6 November 2010

sengal saya. ini untuk kamO..

aku merajuk kau pujuk
aku tunjuk kau ikot
aku senduk kau mangkuk
hiruk pikuk, kau sanggup..

aku gedik kau lentik
aku cubit kau sakit
aku cinta kau sayang
aku benci kau layan

aku jahat kau baik
aku pergi kau cari balik
aku mengada kau macam nak jentik
tapi darah kau tak pernah nak naik

kau tunjuk aku nampak
kau kata aku dengar
cuma kadang-kadang hati aku memberontak
aku tak boleh beza yang auta atau yang benar

sayang kau yang abadi
kasih kau sampai mati
cinta kau tak bertepi
harap semua itu tak berhenti

please love me till the end.. :)

p/s: i love you..


Related Posts with Thumbnails