Welcome to my blog :)

rss

Khamis, 23 September 2010

cerita blue. repost.

Hukum karma

Bila kita buat orang

Nanti orang buat kita

Tiap apa yg kita buat ada balasan



Teringat perbuatan kejam aku yang accidentally menila kucing nenek aku yang bernama kadir. Bukan salah aku. Beliau yang datang masa aku sedang menila baju sekolah catin. Aku pulak tak tahan godaan tengok bulu beliau yang lebat + puteh gebOo tersebot. Yang aku pelik, mama beliau tidaklah seputih itu? Owh.. kena rogol mungkin. Kesian. Botol nila di tangan aku tanpa segan silu terus aku tonggeng ke arahnya. Tak tahu syaiton mana menghsut aku tatkala itu. Tapi aq syok jer tgk die da jd blue (baca:biru).

Hari ini, beliau balas dendam terhadap aku. Walaupun aku tak kenal kadir sepenuhnya. Tak macam nenek aku, sekilas ikan di air dah tahu gay ke lesbian. Tapi aku cukup kenal warna biru nila beliau tu.


Ini ceritanya.


Aku bangun pagi awal hari ni. Tido da jam 5. jam 6.30 bangun. Mengantok. Mata stim2 je masok bilik air. Masa air hujan buatan dr paip tu mencecah kulit rasanya terus efek ke otak. Terus aku mengelak air tu. Da macam kambing takot kena hujan. Tiba2 tangan aku tersentap botol nila yang entah siapa2 letak atas rak sabun tu. Terus bermandikan air nila. Nah.. ni baru betul cerita blue. Lagi haru bila warna tu tak nak tanggal. Kuasam. Aku keluar bilik air mintak tolong mama aku. Terserempak dgn kadir si kucing biru. Muka beliau mmgla xleyh blah. Macam mengejek aku jer. Ooo.. gelakkan aku lah tu. Takpe2. len kali aku kuningkan otak kau pulak. Baru padan muka.

Hukum karma

Bila aku buat kucing

Kucing buat aku balik



Moral of the story: janganlah kita buat membuat. -_-''

Rabu, 22 September 2010

perihal Pn Jamilah dan sambal.

Pn Jamilah call.

Pn J: hai buatpe?

aku: takde buatpe. nape ma? 

Pn J: mama nak pos cadar ngan barang2 awak ni. nak apa2 lagi tak

aku: erm. nak sambal ikan bilis boleh?

Pn J: ape?? hari tuh masa balik raya nape tak buat? macam mana nak pos sambal ikan bilis. ko ni memang lah suke benor mengarut!

aku: erm. yerla2. orang gurau je.


semalam tengah aku duk saja tetiba mesej sampai. 
'long, ma dah pos cadar dengan sambal ikan bilis'

hehehe. kalau dah nama tu mak.. 

aku jawab, 'eleh. ari tu bebel.'

Pn Jamilah jawab: 'mak mana nak bia anak dia kempunan nak makan. masa ni je mama masak tuk awak. besok2 mama takde da takde sapa nak layan ko nak makan itu ini macam ni lagi dah.'

terburai air mata aku. terima kasih mama. sayang mama.

Pn Jamilah terchenta







p/s: belum reda lagi homesick aku. Y_________Y






Sabtu, 18 September 2010

dari 1202. selamat hari raya.

ntahapehape orang dah abes beraya aku baru terhegeh-hegeh nak wish. so what orang puasa sebulan raya pon sebulanla kan? except for me aku puase 21 hari saja so aku raya 21 hari jugakla. heh. apa nak buat. nama pon perempuan kan? itu pon 7 hari beraya dirumah lagi 14 hari beraya di kolej, auditorium dan TPO dengan schedule yg padat dan mantap! wah. bahagianya aku menjadi student kolej mental ni. eh.. eh.. silap. dental. -_-''.


dari 1202? owh. dari bilik terchenta ku di kolej. roomate tak sampai lagi. tidur sorang lah aku malam ni. jangan terlebih kira pulak karang. sorang tetap sorang okeh. aminn.. apalah naseb hamba terbeli tiket awal. orang duk beraya lagi aku duk sorang-sorang berchenta dengan kuih raya Pn. Jamilah bungkuskan sambil dengar lagu raya. sadis sungguh. T______________T


semalam naik bas aku duduk sebelah abang hensem. macam pernah nampak tapi dimana ya? dan dan je. dapat abang ensem terus macam pernah jumpa. cube kalau abangLa yang duduk sebelah. kenal pon buat tak kenal ye dak? aku ni bila dah mamat hensem kat sebelah kontrol lawalah kan even muke selebet tapi sebelum naik bas aku dah telan ubat selsema 2 bijik memang kaw2 punya berkesan. selepas 2 minit aku menatap wajah hensem idaman kalbu tu aku pon tenggelam dalam mimpi. alamak ai.. mimpi abang hensem pon syok jugak hujan2 neh.. gatai. dalam syok2 aku tidoq tuh tetiba suara halus menusuk ke telinga. seram sejuk jugak aku. ekon pulak elok je tersembor ke muka. bukak je mata nampak abang hensem tersenyum sinis. 'ko tak nak turun ke. dah sampai sungai nibong ni. tido macam mati.' 


T________T. hampeh. hancor harapan aku. ko tak sehensem rupa mu rupanya. cube kalau ko kejut ko cakap, sayang bangun sayang dah sampai sungai nibong nih.. kan ke bahagia aku terus setahun aku tak tidor lagi dah. pssstttt!


fine. ade aku kesah. tapi apa pon terima kasehla abang hensem yang tak berapa nak hensem sebab kejutkan aku yang tidor mati ni. kalau tak kompem trip aku malam tu KT-PP-KT. bak kate pepatah, dari KT aku naik bas, ke KT jugalah aku berhenti. heh. ok aku bongok. hahaha. :P







p/s: selamat hari raya semua maaf zahir batin. ampun dan maaf dipinta sekiranya tersasul kata di belog saya ni. jangan lupa klik nuff ya kawan-kawan. :)
p/s: rindu ayahanda, bonda, nenda, adinda semua, sepupunda juga. (ada ke?)



 

Isnin, 13 September 2010

lagi soal kawen mengawen di hari raya.

eh ramai nye orang kawen di hari raya. konfius aku. korang nak kawen ke korang nak raya ni? hahaha. membebel pulak kan? oh ya. tetibe je masuk tak kasi salam ke ape kan? assalamualaikum dan selamat sejahtera. salam satu malaysia :). apa khabar semua? lamanya tak bertandang ke belog kesayangan ni. hihi.

ok kawan-kawan. bagaimana raya anda? baju raya ok tak? ade yang dah sendat ke? jangan salahkan tailor anda ye. salahkan mulut yang tak berhenti berendang berketupat tuh. :P

hari ni sepupu aku kawen. alahai. jeles saya. nak kawen jugak. calon takda? huh. takpelah lupakan saja impian saya tuh. gatalkan? sepupu aku nih dalam diam-diam tiba-tiba bertunang. tup tup sekarang dah kawen. aku yang gatal nak kawen die dah selamat kawen dah. kelakarlah pulak rasanya. tapi ape pon. wish you selamat pengantin baru. semoga berbahagia ke anak cucu. (ehem. dah kawen tu cepat2lah dapat anak. nak tgk anak secomel maknye ke bapaknye.. :p)

gambar pengantin tak banyak aku sempat ambil. sebab tadi pon datang dah lewat. ni anak2 dara paling hot kat kampung aku punya pasallah ni. bersiap bukan main lagi. yang sorang tuh malu nak pakai tudung ada batu-batu. yang sorang lagi baju ketat pulak. adoyai cik temah oiiiii.... yang sorang lagi bukan anak dara. tapi anak teruna. gosok baju tak ilang2 kedutnya. padahal tak pandai gosokkan? alahaiii.. melepasla aku nak tumpang glamer pengantin haaa... tapi apa pon dapat tengok pengantin dah sejuk hati aku. suka tengok orang bahagia even diri sendiri kadang2 tak bertemu bahagia. xleyh blah ayat novel derrr..

eh kejap2 yang comel ni bukan pengantinnye. hahaha :P


haaaa.. ni baru pengantin yang sah.. hihi :P





 ni sepupu i yang santek tuh... orang sebelah i cropklan sebab merosakkan gambo jek. -_-''

bismillahirahmanirrahim... amin... okeh makan, makan.. :P


selamat pengantin baru nomie. semoga berbahagia ke anak cucu..


p/s: aku lambat lagi nak take turn. tapi tengok orang kawn rase nak kawen jgk camne? hihi :P
p/s: oh ya.. anak2 dara meletop dalam cerita di atas tuh tok aku ngan tok sedara aku. :P :P 

Sabtu, 28 Ogos 2010

bersawang. quick hapdate.

hampeh betul tuan rumah ni... bersawang belognya! fuhh.. fuhh.. haachuummmm!! isk isk.. berdebu-deban.. (ade ea?) hahaha.. maklumla lame bebenor tak melawat belog kesayangan eden ni ha... tapi takpela. i kembali dengan cerita sensasi. ada sapa-sapa tengok Cik Midah Kuih Bangkit baru ni? bapak lawak ceritanya. director Murali Abdullah. siyes weyh tak kering gusi aku nengok cerita tuh. tambah pulak dengan telatah Amyza Adnan dengan Zul Yahya sangat mencuit hatiku yang gundah gulana. :)


ok. bukan nak review telemovie sangat pon. saje takde apa yang tulis. sekarang ni dah kat 3 bulan di kolej. dah 3minggu puasa dan lagi 2 minggu nak raya. baju raya takde. huhuhu. Pn. Jamilah aku tuh entah belikan ke tidak. kalau tak alamat beraya t-shirt dengan kain batik jerla aku kan. jadikla bibik kat dapur... 


oh ya. lagi.. aku OoooOOoooo BALIK KAMPUNGGGG.. OOOOoooOOO BALIK KAMPUNGGGG pada 7/9/2010. cuti sekali dengan cuti sem. berakhir pada 19/9/2010. tapi aku balik kolej awal 17/9/2010 sebab salah beli tiket.. T___________T. so ada sapa-sapa nak ajak dating silakan ya kawan-kwan. tolonglah aku taknak duk kolej sorang-sorang. bulan pose je setan kena ikat bulan syawal dah berkeliaran balik kot hantu jembalang semua tuh. ish. celupar lak mulut puaka aku neh..


dahla. mencarut lak. huhu. ok kawan-kawan. selamat menghabiskan pose dengan jayanya. :)


nak jugak menyelitkan?


p/s: kawan-kawan sy punya buffered and metered earning sedang berjalan. rajin2 kelik nuff ya. thanks :)

Rabu, 18 Ogos 2010

uish... u rebut i boleyh. i ni ramai dah booking.

hah kau. punye kontroversi i ni nyah. sekali diorang rebut-rebut i nyah. i nak tergelak pon ada nyah. u know nyah? hampir-hampir gaduh depa tadi nyah. i nerves tak tahu nak cakap apa. first time i tengok kesungguhan orang nak rebut i. wah... terharu i nyah... u hado ke macam tu nyah? ade ke rebut-rebut u macam tu nyah. kalau hado pon, lelaki tak jumpa tikar semayang je nyah kan?

hah. ni la i nak cerita nyah. u taw nyah. yang sorang tu suruh i susun jadual. yang sorang lagi suruh i siapkan schedule. mau tak pening kepala i nyah. boleh bahagi 2 tak i ni nyah? senang sikitkan nyah? ye dak. i dah malas dua dua i tak layan i pergi jumpa doktor buat apoiment betul-betulkan gigi rongak ni ha. baru puas hati i nyah. melopong dua-dua tak terkata apa. sekali dua-dua buat muka dengan i. malas betul i nak pujuk. terpaksalah i bertalam dua muka bulan-bulan pose ni nyahhhhh... depan yang tu i mengata yang sana. depan yang sane i mengata yg sini. hipokrit i nyah.. ambek hati... dah habes pahala pose aku tinggal lagi suku je yang ada aku rase nyah. geram ni nyah! ishhh...
munafik i nyah... astaghfirullahalazimmmmm... 

tapi takpe nyah. i tahu u ne mengucap lagi panjang dari kan nyah? maklumlah. i tengok u bukan main lagi kena marah tadi, tulah nyah. lain kali u jangan cakap besar nyah. semua benda u cakap u pandai. jangan riak nyah... tuhan tu bayar cash je bulan-bulan pose ni nyah. kan dah tak pandai? kan dah kena gelak? orang lain pon pandai jugak nyah. tapi low profile jer. macam i.. haha. jangan marah ye nyah. terkutuk pulak u kat sini. dah hilang lagi suku pahala pose. dahla nyah. i malas la.  dari i mengumpat kat sini baik i pegi bazar ramadhan. duit takde pon.. tapi bolehla menghilangkan lemak exercise berjalan tu. huhu. nyah.. belanja i nyah?

amacam nyah? seksi tak muke mintak belanja i nyah? =P

Rabu, 11 Ogos 2010

1 ramadhan. puasa tak?

wah pejam celik dah setahun kita meninggalkan ramadhan yang lalu. sekarang dah masuk ramadhan lagi. alhamdulillah.. kita berpeluang menyambut bulan mulia ini. masih lagi hidup untuk menikmati kebesaranNya. jadi bagaimana 1 ramadhan anda? adakah anda keuzuran hari ini? atau sengaja tak puasa menguzurkan diri? 

semalam mesej Pn Jamilah. macam ni bunyinya:

salam bonda. selamat menyambut bulan ramadhan.. semoga ramadhan membawa seribu keberkatan buat bonda. anaknda mungkin tidak pulang berpuasa dirumah. jadi kita jumpa raya sajalah ya bonda. jangan lupa belikan anaknda mu yg malang ni sehelai bj raya (nak jugak menyelit). 

tunggu lah respon Pn Jamilah dengan penuh debaran. sekali Pn Jamilah balas:

tengoklah kalau ada baju raya mama yg lebih. 

ades.. sadis sungguh. kalau raya tahun ni aku pakai baju Pn Jamilah, berjubahlah aku tahun ni. maklumlah, Pn Jamilah sekarang sedang giat bersokan.. untuk kesihatan lemak tubuh badan katanya. tapi aku heran jugak. sukan apa kalau aktivitinya di dapur saja? =P

pagi tadi pula, dalam 5.15 aku bangun untuk bersahur. tapi malang, dalam keadaan mamai tu aku lupa aku bangun sebab nak sahur dan aku tidur balik. sengal tak??? tulah akibat tak reti nak tidur awal sebab berfesbuk sampai lewat malam tidur lewat 'stay up'.

oh ya, seperkara lagi saya lupa. tadi saya check nuffnang analytic. maklumlah 1 ramadhan kan. nak tahulah apa kamu-kamu semua search kan. doa buka puasa ke, nikmat ramadhan ke, apa-apa sajalah yang baik-baik. tapi....

*kelik untuk tumbesaran sehat*


oh. ada lagi yang cari cerita blue free ya? buat apa? main sabun? janganlah. tahan dulu sebulan ok? 


till then. selamat menyambut ramadhan dan selamat berbuka semua.. :)


p/s: rindu nak puasa kat rumah. meriah je. 
p/s: hari ni penang bukak kol 7.34pm. :)
p/s: dapat buffered erning dan metered earning. tolong klik nuff ya kawan2. boleh tambah duit raya.. ngee~ :D

Jumaat, 6 Ogos 2010

korang sakit hati tak?

hoi! hoi!

kau panggil siapa?
panggil aku kah?
sorry. mak bapak aku tak kasi aku nama tu semasa aku keluar dari perut mak aku dulu. 
kau jangan memandai kasi nama baru.

hoi! hoi!

apa kau ingat hebat sangat ke kau boleh panggil orang macam tu?
tak berbudi bahasa tak tahu malu.
tak reti hormat org. waklu!

hoi! hoi!

amboi! 

mentang-mentang kau TUA
kau boleh panggil orang macam tu ke?
dulu masa muda-muda kau sekolah mana?
kau tak belajar adab dan manner?
sukasuki sukahati. macam haram je.



p/s: fine. aku mencarot lagi. so what? belog akukan. nak saman silakan. =P

Rabu, 4 Ogos 2010

mak.. adik mengandung. adik kena tukar sekolah la ek?


apa perasaan korang kalau satu hari, anak, adik, saudara-mara korang bertanya soalan begini pada korang? apa yang akan korang respon?

remaja lelaki dibenarkan berkahwin seawal 18 tahun dan remaja perempuan pula 16 tahun. 

korang rasa logik kah kalau mereka berkahwin seawal usia ini. kenapa tidak? kalau mereka boleh bercinta seawal umur 12 tahun kenapa tidak berkahwin? ya. bercinta tak sama dengan kahwin. kahwin perlu tanggung jawab.

ada yang kata rating perceraian di negara kita akan mengalahkan rating slot akasia di TV3. kenapa? yang kahwin pada umur 20 tahun ke atas pon ramai yang bercerai bukan? artis contohnya. heh.


so apa pendapat korang pasal hal ni?




 

kebaikan dan keburukan online.. hapdate blog dan facebook.

heh. kenapa aku punya tajuk macam tajuk karangan darjah 6? aku dah 21 tahun. saiz je maybe adelah sikit macam budak darjah 6. *comel kot. hari ini mari kita mengupas kesan-kesan online terhadap diri sendiri ye kawan-kawan.


bila saya online saya lupa baca buku. fine. saya tipu. saya memang tak mahu baca buku. sem ni got 12 subject OMG very-very tough one. macam otak boleh dapat muscle tegar-tegar kalau baca 12 modul tebal macam balak tuh.

bila blogwalking terus lupa dunia. boyfie ditinggalkan. sekandal diabaikan. kekasih gelap terhalalkan. baca blog sangat tekun sampaikan kalau ada soalan kefahaman lepas tiap entri saya yakin saya boleh dapat full mark. demn! kalau dulu macam ni masa sekolah, maybe aku dapat 5A UPSR, 8A PMR dan 10A SPM. maybe sekarang aku kat OXFORD ke an? xde ah kat kolej mental dental nih -_-''.

kalau bukak FB mesti akan mencarut dengan rakan-rakan FB dekat wall. yang tak tahan akan ada kawan-kawan yg bukak topik sama kat wall dia lepas tu hantar komen: 'komen kat wall aku pulak'. sengal tak kawan-kawan??

bukak FB mesti sampai tak sedar dah 2 @ 3 pagi. tomorrow got lecture so sape-sape yg berbalas komen kat wall tuh mesti masa lecture sekor-sekor macam kena tembak jepun oh.. banzai!

kalau sakit hati mesti on the spot terus publish kat wall mencarut-carut. tapi besh kot dapat meluahkan perasaan sambil mengumpat secara online. heh.


ok. aku mencarot lagi. sekian terima kasih. aku nak bukak modul. baca betul-betul. bukak je. haramjadah (~_~)v

 muka moyong wat-wat xde asaimen. *pemalas tapi online sangat rajin*



p/s: saya suka life saya sekarang. staf macam haram. ok. mulut aku mulut puaka. so what?? nak saman? silakan.




Related Posts with Thumbnails